Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 harus dilihat dari sudut yang positif. Memasuki fasa ketiga bermula 15 April hingga 28 April 2020, lanjutan PKP ini dilihat sebagai rahmat dalam bencana.
Manakan tidak, hampir dua bulan lamanya masa cuti ini dapat diisi dengan penuh berhemah bersama keluarga tercinta. Namun, PKP ini menjadi pembunuh psikologi secara senyap terhadap sebilangan besar masyarakat.
Justeru, AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) melancarkan slot MyCareCoV19 inisiatif stesen televisyen Islamik itu di bawah MusaadahCOVID19 bagi memberi bantuan kerohanian dan psikososial untuk rakyat Malaysia.
Menerusi slot MyCareCoV19 yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Assalamualaikum hari ini, lebih dua juta penonton TV AlHijrah berpeluang berinteraksi dengan panel professional yang dijemput ke studio setiap hari berkisar kerohanian dan psikososial.
Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Media Karangkraf, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata stesen TV islamik itu membuka pintu siaran seluas-luasnya untuk program yang memanfaatkan ummah.
“MyCareCoV19 adalah usaha kami untuk memeluk emosi masyarakat yang sarat dengan pelbagai isu psikologi semenjak serangan wabak COVID-19.
“Manusia secara fitrahnya diciptakan untuk bergerak bebas tanpa sekatan. Jadi kita boleh bayangkan betapa sesaknya nafas dan serabutnya minda apabila perlu berkurung seharian di rumah. Malahan ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan yang tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ads
Menggunakan tagline Bina Syurga Di Rumah. Bina Rumah Di Syurga. Berjuang Masuk Syurga Sekeluarga, program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen di dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum setiap hari pada jam 8 hingga 8.30 pagi bermula esok.
“Penonton boleh menghubungi talian 03 – 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini. Sebagai permulaan pada episod pertama siaran kita akan bawa Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menjawab segala persoalan penonton.
Ads
“Anggaplah begini, kami adalah sebahagian dari keluarga anda yang sayang dan peduli serta ambil berat tentang kemaslahatan jiwa kalian. Kita tidak mahu pertimbangan kemanusiaan, keinsanan dan kewajaran hilang dek ujian wabak ini,” kata Namanzee.
Melalui program MyCareCoV19, pakar-pakar dalam bidang psikologi, kekeluargaan, pengurusan emosi dan yang berkaitan dijemput untuk menjawab soalan-soalan penonton serta berkongsi tips-tips dan saranan yang mampu menyuntik semangat semua untuk menjalani perubahan dalam aktiviti seharian.
Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah Penderaan Domestik, Sahsiah Suami Isteri, Anak Tantrum Dek PKP, SOP Keluarga PKP, Konflik Penceraian, Adab Media Sosial dan E-Kuliah Keluarga.
Ads
Sementara itu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam perkongsiannya di facebok, tekanan ekonomi keluarga dan himpitan isu dalam rumahtangga dilihat menjadi pencetus kepada pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan dan kemurungan (depresi).
“Saya maklum, ini adalah saat yang sukar buat segelintir masyarakat kita. Justeru, izinkan kami untuk cuba memeluk emosi dan menenangkan jiwa anda seupaya kami. Dengan izin-Nya, kita mesti menang,” Ujarnya lagi.
Selain MyCareCoV19, TV AlHijrah turut menyantuni rakan-rakan artis nasyid melalui rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyeed.com dan Munsyid Malaysia untuk membantu penggiat seni nasyid yang terjejas akibat COVID-19.
Munajat akan memulakan siaran Ramadan ini setiap Sabtu selama 60 minit. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah Daqmie, Hazamin In-Team dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tarikh 1 Januari yang lalu menjadi detik paling bahagia buat mereka apabila diijabkabulkan. Namun kegembiraan itu tidak lama, mereka hanya sempat bergelar suami isteri selama 18 hari sahaja.
Walaupun sudah tiga bulan masa berlalu, bukan mudah bagi seorang wanita untuk menerima takdir selepas suami tersayang meninggal dunia berikutan terlibat dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Alor Gajah, Melaka.
Dalam perkongsian terbaru, wanita tabah ini berkongsi situasi di mana dia perlu mengambil kad nikah tanpa ditemani oleh suami tersayang.
“Tiba-tiba mama kejut “Ebby siap-siap jom kita ambik kad nikah.”
Apa yang lebih memilukan apabila melihat riak wajah ibunya yang gagal menahan sebak selepas mengambil kad berkenaan.
Masa ini tangan getar, sedih sangat hati ini. Ambil kad nikah tanpa suami yang hanya bertemankan ibunya. Tapi aku tak turun, mama yang ambil.
Sayu hati tengok mama cuba kuat terima kenyataan anak yang baru dia tengok bahagia sekarang tak ada.
Lebih memilukan, pegawai yang berkhidmat sempat bertanyakan mengapa pengantin sendiri yang tidak mengambil kad tersebut namun ibunya hanya mendiamkan diri.
Ebby orang tu tanya mama. Mana pengantin kenapa mak yang ambil. Mama punya la tak nak diorang tanya. Tak kuat mama nak jawab.
“Ya Allah peritnya kenyataan. Aku harus berpura-pura kuat depan mama. Sakitnya ujianMu kali ini Tuhan. Kenyataan yang tak mampu aku gambar bagaimana. Sakitnya untuk pujuk hati terima.
Akuinya, bukan mudah bagi dirinya untuk menerima apa yang telah berlaku dan terpaksa kuat demi ibunya.
“Hye, i datang ni, hari ni i dengan mama pergi ambik kad kahwin kita sayang. Benda ni la yang u tunggu-tunggu untuk ambik start dari kita kahwin kan.
“Hye suamiku, Ini bukti cinta u pada I. U halalkan I sebelum U pergi. Tengok inai dekat kuku I pun masih tersisa. I isteri U sayang, I’m your wife! Tunggu I kat syurga.
“Tunggu I kat sana oky suamiku, takpe sayang, walau dekat dunia kita tak lama. InsyaAllah Allah akan izin kita bersatu dekat sana nanti! I reda isteri u kuat babe! I cuma rindu
Perkongsian video yang dimuatnaik itu meraih hampir 1.1 juta tontonan. Rata-rata berkongsi rasa sedih dan menitipkan doa serta kata-kata semangat supaya terus cekal.
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril memaklumkan isterinya Dr. Azura tekad mahu berhenti bekerja sebagai doktor selepas akui tidak tahan menguruskan banyak hal dalam satu masa.
Menurut Dr. Say, isterinya bimbang akan banyak perkara termasuk anak tunggal mereka Aezril atau panggilan manjanya, Ace, 1, yang kini mempunyai masalah lambat bercakap.
“Bini tekad behenti kerja. Sekuat mana seorang manusia tu pasti akan ada breaking point juga dan bini saya just reached her limit.
“Juggle between kerja full time, sambung masters full time, menerima berita yang Ace delayed in communication semestinya tak mudah.
“Dia salahkan dirinya sebab tak luangkan lebih masa dengan Ace. Dia stress sebab dah masuk sistem CNS (Central Nervous System) yang memerlukan lebih pembacaan dan penghafalan tapi pada masa yang sama risau mengenai pendapatan,” katanya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Memahami kebimbangan dan tekanan yang dialami oleh isterinya, Dr. Say mencadangkan berhenti bekerja adalah satu keputusan yang terbaik.
“Saya tahu something needs to be done. Kalau tulang belakang saya (bini) not in a good condition macam mana saya nak berada dalam keadaan yang baik jugakkan?
“Maka saya senyap-senyap menghubungi jabatan sumber manusia tempat bini bekerja bahawa berhenti bekerja adalah keputusan terbaik,” katanya lagi.
Pun begitu, Dr. Say akui ramai tidak setuju apabila isterinya berhenti bekerja di kala pandemik sedang melanda negara, namun beliau pasti dengan keputusan tersebut.
“Satu perkara yang saya cukup kagum dengan bini adalah dia tak kisah penat mana pun dia, senyuman dan layanan mesra kepada pesakit tetap diutamakan. Akan tetapi kesihatan diri dia harus diutamakan.
“Mungkin ada yang tak setuju berhenti kerja ketika situasi COVID-19 ini tapi saya okay sebab bagi saya lebih semangat untuk earn for my family.
“As long as saya jarang nampak air mata mengalir dari bini saya, itu sudah cukup gembira. Duit boleh cari tapi kesihatan mental dan ketenangan hati tak mudah diganti.
“Disember akan jadi bulan terakhir bini bekerja, start 2021 masa untuk focus on Ace, pelajaran dan suami yeahhh!” jelasnya.
Jerawat yang sedang mengeras dan membengkak memang buat kita rasa tertekan. Mana taknya selain sakit dan menegang pada kawasan jerawat, rasa rendah diri juga tak kurang hebatnya melanda diri.
Malu dan kurang berkeyakinan diri nak berjumpa dengan orang ramai. Sakit usah cakaplah. Sementara hendak menunggu jerawat pulih dan reda, anda boleh cuba lakukan penyegar daripada timun ini sendiri bagi mengecutkan jerawat. Memang mudah je.
Menurut seorang lelaki bernama Nauf Safuan di Facebook, masalah wajah ‘breakout’ ini boleh diatasi dengan penggunaan toner timun kerana dikatakan toner timun ini sesuai untuk kecutkan jerawat yang ada pada wajah.
Lebih menarik apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.
Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakkan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.
Bahan-bahan:
1/2 Timun
1/2 Lemon
Penapis air teh
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
2. Amik air timun, campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.
3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
4. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.