Pertemuan, jodoh, ajal semua itu rahsia Tuhan. Kita sebagai hambaNya, tak boleh nak menidakkan takdir yang datang kepada kita. Jika dulu, bagi insan yang berpisah dengan pasangan kerana meninggal dunia atau berpisah hidup, dan mahu berkahwin semula pasti dipandang enteng oleh masyarakat. Tetapi tidak masa kini kerana orang lebih bersifat terbuka.
Bagi anak-anak pula, ada juga yang tidak bersetuju jika ibu atau ayah mereka memilih untuk berkahwin lagi, namun apapun mereka perlu akur jika itu yang terbaik buat orang tua mereka.
Lain pula bagi kisah wanita ini yang dikongsikan di laman Tiktok yang memberi keizinan buat ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan suaminya terdahulu.
Apa yang menarik perhatian, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen!
Mana tidaknya, wanita terbabit berkongsi tidak lama kemudian dia sudah menjumpai jodohnya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat kebahagiaan keluarga wanita berkenaan yang menemui jodoh masing-masing meskipun terdapat perbezaan dari segi usia.
Malah, mereka berpendapat walaupun ibunya berkahwin bersama jejaka yang jauh lebih muda, apa yang lebih penting adaah mampu menjaga insan tersayangnya itu dengan baik.
Ads
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar keluarga wanita tersebut sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat dan menegaskan apa yang berlaku adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.
Sumber: TikTok @ecacuwitcawer
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyambut ulangtahun perkahwinan tentunya ramai antara kita punya cara yang tersendiri, salah satunya dengan memberi hadiah buat insan tersayang. Ia seakan satu lambang bagi suami dan isteri saling menghargai pasangan yang setia mengharungi suka duka bersama.
Begitulah yang dipraktikkan oleh pasangan bahagia ini yang baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang 13 tahun baru-baru ini. Namun apa yang menarik perhatian daripada perkongsiannya adalah kisah ‘perjuangannya’ sebagai seorang suami dalam memberikan hadiah buat isteri sebagai tanda kasih.
Baginya, hadiah dihargai kerana usaha bukan harga. Ikuti perkongsian ini semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Hadiah dihargai kerana usaha, bukan harga
Di suatu pernah, kehidupan kami susah. Banyak bercatu dalam pelbagai benda. Orang melancong ke Langkawi kami lihat saja. Orang beli itu ini, kita sekadar cuma.
Setiap kali tiba hari istimewa, hari lahir ke, hari anniversary, tiada hadiah istimewa dapat aku beri. Beli kek sahaja. Itu pun gigil rasa tangan nak bayar kek harga RM50. Bahkan kadang, kek tu wife yang bayarkan.
Sampai satu ketika, aku buat keputusan tak boleh lagi hidup begini. Anak-anak makin ramai, kos sara hidup makin meningkat. Jika tak upgrade diri, sampai bila-bila akan berada ditahap sama, bahkan mungkin lebih susah.
2013, Tahun ke empat perkahwinan kami, masa tu kami anak dua. Tekanan hidup makin dirasa bila ada anak-anak kecil dua orang.
2013, tahun perjuangan aku bermula. Demi ubah kehidupan diri, demi ubah ekonomi keluarga, demi keluarga kecil kami.
2013.Detik hustle bermula. Tidur sikit-sikit, selebihnya membanting kudrat demi sebuah kehidupan yang mencabar di kota raya.
2013, tahun pertama aku berjaya beli hadiah untuk hari lahir puan isteri. Beli seutas jam Roscani, bayar guna duit hasil perniagaan jalanan. Bayar guna not seringgit ja.
Jenuh tokey nak kira takut tak cukup. Pelanggan dalam kedai jeling dari jauh. Ah, peduli apa aku. Aku bayar guna duit halal. Bukan pecah tabung masjid.
Tapi puas. Rasa sungguh puas bila kita usaha sungguh-sungguh, berpenat, berlelah, berjimat, menahan diri untuk beli apa-apa kat diri sendiri, kemudian dapat hadiahkan sesuatu yang elok kepada orang yang kita sayang.
Ah, memori sungguh.
Azam Beli Beg Coach
Hari berganti, tahun berubah. Anak makin bertambah. Kerja perlu makin kuat dan keras. Pelbagai kerja aku buat masa ni. Asal halal, rempuh saja.
Ini hidup kita. Tak ada siapa nak ubah hidup kita melainkan kita sendiri.
Suatu ketika yang lain, aku melihat puan isteri ralit memerhati beg Coach kawan dia kat Fb. Mulutnya mengomel perlahan,
‘Wah. Cantiknya Coach ni’.
Dari situ, aku tanam niat nak hadiahkan handbag Coach kat wife. Cuma soalnya nak beli macamana? Duit setiap bulan pun cukup-cukup makan saja.
Tapi niat dan azam itu tetap ada. Maka aku usaha dan usaha saja, ada duit lebih mula simpan. Aku join geng perempuan main kutu. Aku sorang ja laki. Haha.
Main kutu sekali lagi semata-mata nak beli beg Coach untuk dihadiahkan kepada puan isteri. Main RM100 sahaja sebulan. Takat tu ja mampu. Aku pilih tarikh cabutan sebelum hari lahir puan isteri.
Akhirnya giliran aku terima duit kutu sampai. Dapat sedebuk RM1200, rasa kaya sekejap. Jalan pun mendada. Terus pergi cari butik Coach.
Masuk pakai selipar Jepun je gais. Tapi apa risau, duit dalam poket ada lebih seribu kot. Dengan penuh perasaan macam dato-dato, aku masuk butik Coach dan pilih beg dengan berlagak.
Salesgirl lihat agaknya gelak dalam hati ja. Budak kampung mana mai masuk butik Coach ni.
Sebaik aku tengok harga, omak ai. Tiga empat ribu handbag jenama ni rupanya. Tiba-tiba rasa miskin semula.
Keluar butik dengan perasaan hampa, aku buka Fb dan search beg Coach prelove yang kondisi cun melecun.
Jumpa la seller dari Sarawak nak jual RM900. Kondisi 9/10. Tawar menawar sikit, dapat RM700. Terus aku setuju.
Aku cari pula purse Coach yang sama kaler macam handbag tu. Alhamdulillah, jumpa. Yang ni baru, bukan prelove. Harga RM250.
Terus order juga. Dua-dua beli online dan akhirnya selamat sampai. Terus bagi kat isteri. Bagi tanpa balut, tanpa kad bagai. Bagi gitu ja. Tak romantik kan? Pedulikan romantik tu, asal aku berjaya bagi hadiah. Haha.
Seronok bukan kepalang puan isteri. First time dapat hadiah beg Coach. Walau prelove, dia punya seronok tu macam dapat istana.
Bahagia Lihat Senyuman Insan Tersayang
Bahagia sungguh aku melihat senyuman dan kegembiraan orang yang aku sayangi ini.
Dan hari ini, hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 13. Awal-awal lagi aku dan beli hadiah, simpan kat suatu tempat rahsia.
Sebelum Subuh tadi masa puan isteri lena, senyap-senyap letak atas meja solek. Hadiah kali ni balut elok siap ada kad ucapan. Tu semua aku paksa staff aku buatkan. Haha.
Dan selepas solat Subuh, puan isteri perasan ada hadiah atas meja. Mulanya dengan sabar dia cuba buka hadiah tu, last-last dia cakap,
“Bang. Saya koyakkan je lah pembalut hadiah ni. Susahnya nak buka. Banyak salotep”.
Aku iyakan saja. Menjerit kegembiraan dia melihat phone idaman dia.
Kegembiraan dia, kebahagiaan aku. Simple.
Okeh. Aku tulis panjang-panjang ni just nak cerita, hargai pasangan kita. Utamakan famili kita.
Hidup ni tak lama. Dan insan yang akan terus setia saat kita susah, saat sakit demam, saat jatuh tersungkur, saat nyawa dihujung kerongkong adalah keluarga.
Hargai pasangan kita.
Hargai keluarga.
Menghargai itu tidak semestinya dengan barang mahal dan berharga. Tidak semestinya melalui hadiah, wang ringgit dan kebendaan sahaja.
Namun sepaling kurang, kita tunjukkan effort untuk menggembirakan insan yang kita ambil amanah untuk menjaga dia dari jagaan ayahnya. Isteri ni amanah paling besar buat seorang lelaki bergelar suami.
Seorang insan yang kita mahu hidup bersama sehingga akhir hayat kita. Bahkan hingga ke syurga.
Tidak timbul soal kaya atau miskin dalam kisah kali ini. Ia bukan tentang mampu atau tidak.
Ia tentang usaha, tentang pengorbanan, tentang matlamat untuk menggembirakan si dia. Bila kita nekad, apa jua matlamat itu mampu kita capai.
Jika hari ini kita tidak mampu nak hadiahkan sesuatu berbentuk kebendaan, bagilah layanan dan perhatian yang selayaknya dia terima.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bila anak-anak bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan sebagainya, kita sebagai ibu bapa turut terherat rasa gusar dan bimbang. Apatah lagi persaan anak-anak yang akan diuji kefahaman ilmu yang telah dipelajari selama ini. Pastinya ada yang merasa tidak tenang dan bimbang menanti hari peperiksaan tersebut.
Jika ingin dihitung, peperiksaan UPSR adalah yang paling hampir bakal diduduki oleh anak-anak kita dengan berbaki seminggu sahaja lagi. Tentunya persiapan mental dan fizikal berdepan dengan peperiksaan besar telah dipersiapkan sejak di awal tahun lagi. Kita sebagai ibu bapa juga yakin, pelbagai usaha telah dilakukan oleh anak-anak kita untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut.
Pun begitu, usaha tidak boleh terhenti di situ sahaja malah menurut perkongsian PU Salman masih ada lagi amalan-amalan tertentu yang boleh dilakukan sehinggalah sebelum masuk dewan peperiksaan.
Nak tahu apakah amalan tersebut, jom semak.
AMALAN SEBELUM MASUK PERIKSA
Utk pastikan apa yg kita hafal itu kita tidak lupa ini amalan yg diajar oleh guru saya(buat sebelum pergi dewan periksa):
1. Ambil wuduk sempurna.
2. Mengadap kiblat.
3. Ambik secawan air kosong sebaiknya air zamzam.
4. Baca surah al-A’la الأعلى.
5. Bila sampai ayat keenam baca 7 kali sambil masukkan jari telunjuk kanan dan pusing lawan arah jam 7 kali.
6. Abiskan bacaan surah tersebut.
Tomato adalah termasuk dalam kategori buah-buahan secara genetiknya tetapi seringkali disediakan dan dihidangkan sebagai sayur-sayuran.
Khasiat tidak dapat dinafikan bahawa tomato sememangnya mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Selanjutnya ikuti cara menanam pokok tomato dalam pasu dengan subur dan berbuah lebat.
Tomato merupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan cepat berbuah, ia adalah tanaman yang berbuah hanya semusim. Buah tomato boleh di beli di mana-mana pasaraya dengan harga yang murah.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, tomato mengandungi likopena yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.
Kandungan air yang tinggi lebih dari 90 % pada buah tomato menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang amat baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan kita ketika berdiet.
Korang kenalah rajin makan tomato kalau nak elak penyakit kanser ye…nak tanam pun tak susah, ikut je cara kat bawah ni. Korang tak perlu lagi beli kat pasar, jimat dan selamat duit poket korang!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.