Bukan mudah untuk mendapat pasangan yang benar-benar serasi, susah senang bersama. Sanggup meniti pelbagai uijian dan dugaan bersama. Namun percayalah, jika dikurniakan pasangan sebegini, ia anugerah yang tak ternilai oleh Sang Pencipta. Hargai dan jangan sesekali melupakan jasa dan pengorbanan tersebut.
Dalam satu perkongsian, pelawak terkenal Achey dari Kumpulan Bocey berkongsi rasa tentang isteri kesayangannya. Pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah ini menjelaskan, isteri kesayangannya yang dipanggil Anne cukup bererti buat dirinya.
Luahan yang cukup menyentuh hati itu dimuat naik menerusi laman instagramya sempena hari jadi isterinya.
Ads
Bismillah… isteriku ..NUR HASANAH BTE YAHAYA..setiap kali ulang tahun awak saya tak pernah lepas untuk bersyukur dan menyambutnya… sbb saya tau tarikh 21 april ada tarikh lahirnya wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya… .. Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin… apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass ..
Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan… Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa.. .. Soal anak? Dia senyumm.. @tiarazinnirah_official kan ada 😭 Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini..
Status yang dimuat naik Achey tersebut turut mendapat respond ramai. Rata-rata berkongsi ucapan hari lain selain melahirkan rasa sebak dengan luahan tersebut.
syurabadron Aww.. so sweet achey.. happy birthday @anne_achey ! Semoga Terus di berikan kebahagiaan dan rezeki ❤️❤️
Wanita bernama Syazwani Mohd Rosli ini merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Disahkan invasive breast carcinoma/breast cancer stage 2 pada lima tahun lalu.
Di sini dikongsikan kisah perjalanan hidupnya dalam melawan kanser semoga kisah ini turut dapat menyuntik semangat buat pejuang kanser yang lainnya.
TANDA-TANDA AWAL
Saya sedar sejak Mac 2014, dan mulanya saya sangkakan hanyalah pembengkakan kelenjar yang berkemungkinan disebabkan perubahan hormon, namun ketulan menjadi keras dan statik sehingga Julai 2014 namun tidak sakit.
Keadaan berlarutan dan tiada sebarang perubahan,akhirnya mengambil keputusan untuk rujuk ke klinik kesihatan terdekat seterusnya dipanjangkan ke Jabatan Pembedahan Hospital Putarajaya pada November 2014.
Sepanjang tempoh beberapa bulan sebelum rujuk ke hospital, mengalami demam pada sebelah malam hampir setiap minggu dan keletihan yang tidak masuk akal sedangkan hanya bertugas di pejabat sahaja tanpa tugasan berat.
Selama tempoh follow up, perlu menjalani pelbagai procedure bermula dengan biopsy pada ketulan untuk diuji di makmal dan keputusan biopsy menyatakan berkemungkinan kanser.
Kemudian, menerusi procedure ultrasound biopsy dan MRI Breast, setelah hampir 2 bulan akhirnya doktor mengesahkan saya positif invasive breast carcinoma @ kanser payudara stage 2 pada 4/2/2015.
DATANG BERSEORANGAN
Ketika hadir untuk mengetahui keputusan,saya hanya hadir berseorangan tanpa ditemani rakan apatah lagi keluarga kerana tuntutan tugas di Putrajaya (ketika itu bertugas di sana)
Perasaan ketika menerima perkhabaran ini ialah clueless dan blur, seakan tidak percaya saya positif dengan semua ujian klinikal yang telah dilakukan.
Rasa remuk dan kecewanya hati saat itu hanya tuhan saja yang tahu, namun air mata tidak lagi mampu menzahirkan kesedihan ketika itu kerana terlalu terkejut. Apatah lagi tidak pernah sejarah dalam keluarga yang pernah menghidapi mana-mana sakit kronik seperti ini.
SUKAR TERIMA KENYATAAN
Paling menyukarkan saya untuk menerima kenyataan adalah apabila doktor terpaksa membuat keputusan untuk membuang keseluruhan payudara sebelah kiri tanpa perlu melalui proses reconstruction (pembinaan semula payudara menerusi pembedahan plastik) kerana pelbagai rawatan susulan telah dirangkakan untuk saya selepas pembedahan dijalankan.
Terasa gelap masa depan kerana memikirkan status diri yang masih itu belum berkahwin dan tidak percaya perkara sebegini akan menimpa diri saya seawal usia 24 tahun.
Saya akur kepada pasukan perubatan untuk melakukan pembedahan Mastectomy (pembuangan sebelah anggota payudara) di Hospital Putrajaya 29/4/2015 untuk mengelakkan sel kanser merebak ke bahagian yang lain.
Selesai pembedahan, sesi kimoterapi diteruskan sebanyak 6 sesi (dose FEC) dan disusuli radioterapi sebanyak 23 kali sebelum diteruskan dengan hormon terapi sehingga kini.
Pihak keluarga terutamanya ibu dan ayah tetap berada disisi serta sabar dengan segala kerenah saya sepanjang sesi rawatan yang dijadualkan.
TERUSKAN RAWATAN
Alhamdulillah berkata doa dari mereka dan sokongan rakan-rakan, keadaan bertambah pulih hingga kini.
Saya masih terikat dengan rawatan susulan iaitu hormon terapi (Tamoxifien intake) dan rutin flushing 3 bulan sekali namun ianya hanya bekalan ubatan yang dibekalkan secara bulanan dan perlu diambil secara konsisten setiap hari selama 5 tahun.
AKTIF MENDAKI
Saya tidaklah seaktif yang orang lain sangka, namun saya cuba menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan juga kesihatan.
Justeru saya pilih sukan mendaki ini sebagai terapi untuk saya pulih dan melawan penyakit ini. Saya pernah terbaca satu jurnal yang mengulas kebaikan sukan mendaki kepada pesakit kanser,sebagai salah satu alternatif untuk memulihkan kembali badan (regenerative cells) setelah mengalami kesan kimoterapi yang teruk, lalu saya mencuba sebagai satu terapi untuk sembuh.
Alhamdulillah,sedikit sebanyak melalui terapi ini ia membantu memulihkan kesihatan saya melalui kaedah pernafasan, nature theraphy dan sebagai salah satu latihan kardio.
Kelihatan aktiviti hiking ini sesuatu yang berat,namun saya tidak terlalu memaksa diri dan mencuba sekadar kemampuan diri sahaja.
Sepatutnya tahun 2020 saya ada planning nak hiking ke Annapurna Base Camp Nepal. Namun terpaksa dibatalkan akibat Covid-19.
Pun begitu, perancangan Allah itu begitu indah. Alhamdulillah, Allah ganti ianya dengan hadirnya seorang lelaki bergelar suami. Saya berkahwin pada tanggal 4.7.2020 di musim PKP, syukur.
Hidup ini penuh dengan cabaran. Untuk melalui saat sukar ada yang terpaksa mengubah gaya hidup termasuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah.
Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi gambar nasi dan telur goreng berkicap serta kapsyen penuh makna telah meraih perhatian ramai.
Sehingga kini posting berkenaan telah mendapat likes 138K dan lebih 7 ribu share.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Rosyam Nor, lauk berkenaan undang nostalgia dikala susah dan peringatan buat dirinya.
Hidangan yg akan mengingatkan kita disaat kita ‘jatuh’..
Nikmatnya…tak terkata..
Walaupun kita sudah diatas, semoga hidangan ini jadi ‘peringatan’ bahawa ia pernah menemani kita..
LAUK LEGEND PALING ‘TERSEDAP’! TAPI INGATAN KALA SUSAH.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen ada yang bersetuju dengan perkongsian pengarah terkenal itu, ada juga berseloroh mengatakan ia menjadi menu paling sedap tidak mengira susah atau senang.
Bahkan ada yang mengimbau mengatakan ia lauk bekalan waktu persekolah dahulu. Lebih sweet, pelakon lagenda, Fauziah Nawawi turut memberi komen.
Nyata, lauk paling ringkas ini setiap kita punya cerita tersendiri, ada yang sedih dan sebaliknya.
Hidup kita berbeza, cabarannya. Moga perkongsian Rosyam Nor ini menjentik hati kita untuk muhasabah diri.
Perkara biasa yang kita akan berikan jika anak-anak demam selain makan ubat yang disarankan doktor, kita juga akan menyediakan bubur nasi untuk dimakan oleh anak-anak.
Memandangkan kita dapati bila anak demam atau sakit, mereka tiada selera makan dan sup dikatakan dapat membuatkan mereka ada selera untuk menjamahnya.
Pun begitu tahukah anda, bahawa sup yang dimasak dengan gabungan bahan-bahan terpilih boleh dijadikan sebagai sup yang dapat membantu meredakan demam, selesema atau pun batuk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ainini Zainal berkongsi pengalaman sendiri apabila sudah lebih 9 tahun mengamalkan menyediakan kuah sup istimewa ini setiap kali anak-anaknya kurang sihat dan sekali gus bertujuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan seisi keluarga jika diamalkan.
Menurutnya bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk sistem imun badan anak.
Jadi bolehlah anda mencubanya dan lihat kesan positif pada anak-anak dan keluarga anda.
Ini perkongsiannya.
Resipi sup anak demam, selesema, batuk.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu.
Habbatus Sauda.
Minyak Zaitun.
Minyak kelapa.
Air kelapa tanpa gula.
Singgang.
Broth Soup.
Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba.
Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai natural supplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic.celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam.
Atau
Guna.slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya.
Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasaMSG, kiub masakan komersial tinggiMSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.