Semalaman tak cukup tidur memang buat kulit muka terjejas. Kulit jadi kering, kusam dan tak bermaya.
Kalau tiba-tiba hari ni ada majlis baik anda pulihkan segera dengan tip di bawah ni. Kulit makin cantik dan nampak segar serta merta. Wajib cuba!
1.Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Ads
2. Basuh muka dengan air kelapa
Ambil air kelapa dan cuci muka dengan air kelapa, biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
3. Bancuhan serbuk kunyit dan madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Ads
4. Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
Sesekali buat skrub daripada beras pulut yang digabungkan bersama garam dan gula. Kisar halus dan kemudian sental wajah hingga rata. Bilas wajah bersih. Hasilkan kulit akan lebih licin dan lembut.
6.Air Mawar
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saya edit skit yer. sebab ramai yg bertanya. Saya kongsikan di sini.. 1. Pakai baja ape? Sejujurnya saya x pakai apa2 baja kimia.. hanya gunakan tanah hitam sawit ori tanpa campuran..tanah hitam ni tekstur dia lembab, berminyak dan padat..jadi saya tambahkan pasir utk bg tanah tu x padat dan peroi..akar pon boleh bekerja dgn baik..tanah hitam ni dah berbaja..skali sekala sy siram pokok2 dgn air basuhan beras / air nasi basi / air basuhan ikan @ ayam
2. Pakai racun serangga ape daun2 helok x kene gigit serangga? Racun serangga saya DIY sendiri jer . Alhamdulillah berkesan pada tananam saya Saya kongsikan ramuan patinya di sini yer..
Guna 3 bahan sahaja.. 1 botol mineral besar air nasi basi (ramas²kan nasi basi tu dgn air..lagi pekat lagi bagus) + 1 labu bawang putih (x perlu kupas) + 1 paket kecil ajinomoto blenderkan semua..tapis..simpan dlm botol mineral..kalo nak tahan lebih lame simpan dlm peti sejuk yer.. nak guna..masukkan sedikit pati dlm botol sprey + air paip..goncangkan..sprey la selalu kat pokok2..
Insyaallah..selain boleh menghalau serangga juga boleh suburkan & gemokkan pokok waktu yg sesuai utk sprey racun serangga organik ni lepas siram waktu pagi..jgn sprey dulu baru siram tau..& jgn lupe siram 2x sehari..selalu trim buang daun2 yg x sihat & sakit.
Alhamdulillah. tanaman sy 100% organik tanpa baja & racun kimia.. Semoga bermanfaat.
Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu pekat manis mempunyai rasanya yang enak dan umumnya rasanya lebih berbeza daripada susu biasa. Ianya lebih manis, warnanya lebih gelap dan mempunyai tekstur yang lebih pekat, tebal dan lebih berkrim.
Selain menggunakan susu pekat manis dalam penyediaan minuman, sebelum ini tular seorang pelayar Facebook berkongsi cara beliau memasak tomyam dengan menambah satu sudu susu pekat sebelum dihidangkan.
Tindakan itu telah mencetus pelbagai persoalan terutamanya kuantiti gula ‘tersembunyi’ sehingga mendapat perhatian Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim.
Tulisnya di Facebook, susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60 peratus kandungan air dalam susu lembu dan kemudiannya ditambahkan gula (45 peratus) dan ditinkan agar tahan lama.
“Kebanyakan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).
“Setiap 1 Oz (30 mililiter) susu ini mengandungi sekitar 15 gram (g) gula (sukrosa dan laktosa), 2.5g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2g protein. Ia juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline,” terang Dr Fatimah.
Sebenarnya, pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti diabetes yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik lain.
“Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus adalah dengan menggantikannya dengan susu sejat.
“Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula,” jelasnya.
Buat Sendiri Susu Pekat Manis
Pada masa sama, Dr Fatimah turut berkongsi cara untuk menghasilkan susu pekat manis sendiri di rumah.
“Caranya, campurkan satu bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Kemudian, panas dan kacau di atas api sehingga gula cair (susu bertekstur pekat dan sejukkan). Selain itu, boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ia menjadi pekat (60 peratus kandungan air meruap),” ujarnya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.