Nak bahagia itu dengan pasangan ada pelbagai cara. Jika kita pilih bahagia, bahagialah sampai ketua. Walaupun punya minat berbeza dan berlainan pendapat dengan pasangan, ia bukan alasan tak boleh bahagia.

Biasalah kadang kala, bila minta tak sama ada juga gaduh-gaduh. Biasalah suami isteri sedangkan lidah lagi tergigit. Esok dah senyum balik walaupun semalam ada yang bermasam muka.

Jadi, nak bahagia itu, pasangan saling menghormati antara satu sama dan saling menghargai.

Ikuti perkongsian oleh saudara Hafizul Hakim mengenai sikap kompromi suami isteri adalah kunci kebahagiaan. Sweet!

Jadi Suami Isteri Ni Saling Memerlukan. Walaupun Minat Dan Pandangan Berbeza, Tapi Bila Bincang Ada Sepakat.

“Nak pilih suami atau isteri mesti semuanya ada minat sama ke, baru bahagia?”

IKLAN

Tak semua benda kami sependapat. Tapi lepas bincang, baru sepakat. Banyak benda jadi perbezaan dan tak sama minat.

Dia suka makanan yang ada cheese. Saya langsung tak dapat telan.

Dia minat sangat pasta. Saya makan 2-3 sudu dah muak. Tak sedap weh!

IKLAN

Dia suka menyanyi. Saya pula baca buku. Haa masa tengah membaca tu laa dia nak kacau usik.

Dia suka tonton cerita macam Mann (hindustan). Saya suka cerita aksi perang misalnya Ertugrul (drama Turki). Itu pun kena tengok lepas anak-anak tidur, ganas sangat katanya.

Dia jenis terancang dan teliti. Saya pula suka buat aktiviti tiada perancangan. Sekelip mata boleh berubah pilihan.

IKLAN

Dia pantang buat kerja ‘last minute’. Tapi itulah kegemaran dan kepakaran saya.

Itulah kata orang tua. Pasangan hidup ni yang akan tampung apa-apa kekurangan kita. Yang nampak sisi sebenar suami, ialah isteri. Sebab tu dalam papehal, kalau saya buntu buat keputusan memang isteri akan bagi cadangan bernas. Pokok pangkalnya memang saling memerlukan.

Tapi paling penting ialah komunikasi dan cari titik persamaan. Memang akan ada jalan penyelesaian. Insha Allah itulah yang akan terus pandu bahtera perkahwinan ke depan.

Haa begitulah.

Kredit: Hafizul Hakim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI