
Menjelang raya, semestinya yang masih ada keluarga akan pulang ke kampung. Waktu itu, rumah yang dihuni orang tua mula akan dipenuhi dengan anak menantu cucu disetiap sudut penjuru rumah. Meriah betul! Namun, tidak semua kediaman ada bilik yang cukup untuk menampung semua orang sehingga terpaksa tidur beramai-ramai.
Tapi bila dah berkumpul ni… Tidak dilupakan untuk menitikberatkan isu aurat sesama ipar duai. Ada yang memilih untuk tinggal di homestay atau hotel demi keselesaan dan menjaga aurat, malah ada yang memilih untuk tinggal di rumah sahaja.
Lain pula dengan pengguna aplikasi Tiktok ini, dia nekad untuk tinggal di rumah tetapi ada cara yang tersendiri untuk kekalkan aurat terjaga. Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita dilihat sedang mendirikan khemah di ruang tamu sebagai persediaan untuk tidur di rumah mentua.
Raya tak raya, aurat tetap kena jaga…malam ini kita try tengok tidur dalam khemah, panas ke tak
Tambahnya lagi, ia dilakukan kerana ketika di kampung kebanyakan bilik tidur akan penuh kerana kepulangan sanak saudara. Perempuan itu turut akui suaminya enggan tidur di homestay walaupun sudah berulang kali dipujuk. Maka, cara sedemikian sahaja dapat mengelakkan aurat dari terdedah terutama bagi sesiapa yang lasak ketika tidur.
Bila semua orang balik kampung raya nanti, bilik takde so plan nak pacak khemah rumah mentua. Janji aurat terjaga. Maklumlah tidur lasak, ngisaauuuu
@deknaa_96 Raya tak raya, aurat tetap kena jaga. Malam ni kita try tgok tido dlm khemah, panas ke idok🤣 #raya #auratwanita #fypシ゚viral ♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji inisiatif wanita tersebut kerana disifatkan sebagai bijak dan kreatif. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman peribadi tatkala pulang menginap di kampung.
Sumber : @Deknaa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Tiap-Tiap Malam Sembang Macam Zaman Baru Bercinta Walhal Dah 5 Tahun Kahwin.”- Hairul Azreen

Bersyukur rasanya apabila memiliki pasangan yang sehati sejiwa. Kebahagiaan semakin bertambah dengan kehadiran zuriat, pelengkap ikatan kasih sayang suami isteri.
Apatah lagi, apabila pasangan tidak pernah lupa akan hari-hari Istimewa baik hari jadi mahupun ulang tahun perkahwinan.
Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha memang cukup dikenali sebagai pasangan yang romantik dan bahagia.
Dalam perkongsian nya menerusi laman instagram, Hairul berkongsi ucapan sempena hari jadi isteri tersayang. Cukup sweet sambil mengimbau kenangan lalu.

Happy birthday to my wife, @haniszalikha
Tak sangka inilah wajah isteri saya,
dari zaman kawan,bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa , HAaaa ( Jibu ) 🤣 takpernah pun terfikir dapat isteri secantik ayg, tiap2 malam.

Kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dgn keluarga , salah silap kita dgn kawan2 , dgn kerjaya tak pernah jemu pandang & sembang dgn ayg , hehe.


I tau la i yg paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini n ayg setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat2 hehe
HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat utk berjaya 💪🙏🏻💪
ermmmm tak tau nak ckp apa lagi hehe rasa malu plak tulis mcm ni, tp terima kasih jadi mak kepada anak2 kita, semoga ayg panjang umur & InsyaAllah sama2 kita bawa Keluarga ke jannah dgn izin Allah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak Jadikan Rumah Sehebat SBP dan MRSM, Walaupun Anak di Sekolah Harian. Perkongsian Wanita Ini Sungguh Inspirasi

Percayalah setiap anak mempunyai keistimewaan dan kebolehan sendiri. Gagal tidak bermakna mereka tidak mempunyai peluang kedua. Kini melihat ada anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama atau dengan kata lain sekolah SBP atau MRSM. Bagi anak yang berada disekolah harian, ini bukan bermakna sudah menjadi penamat untuk cemerlang. Masih ada lagi peluang buat mereka.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Puan Nurul Hanan Arifin ,Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd sungguh inspirasi mengenai bagaimana menjadikan rumah sehebat SBP dan MRSM. Semoga perpekongsian ini menjadikan ibu bapa lebih motivasi!
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Lelaki Belum Matang Usia 17, Jangan Beri 2 Ni Kalau Tak Nak Hidup Hancur.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bagaimana menjadikan rumah kita sehebat SBP dan MRSM, walaupun anak saya di sekolah harian?
Isu kuota SBP dan MRSM menjadi topik hangat. Seperti biasa, saya hanya berminat memandang ke hadapan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai ibu dan bapa bagi memastikan kualiti anak yang dilahirkan nanti sehebat kualiti SBP dan MRSM, walaupun mungkin nanti anak-anak kita tidak dapat mengulangi jejak langkah kita ke SBP dan MRSM.
Tulisan ini hanyalah pencetus, banyak lagi yang belum lengkap. Sudi-sudikan sahabat budiman menambah input. Banyak adalah dari pengalaman yang dilalui sendiri, melihat di hadapan mata sendiri bagaimana rumah mampu menjadi pengeluar produk seperti SBP dan MRSM, dan pergi ke sekolah harian.
- Buatkan jadual waktu yang baik di rumah yang mengimbangi rehat, ibadah, ulangkaji, bersukan dan riadah, sosial. Kesemua ini akan membentuk peribadi anak yang seimbang dan cemerlang. Orang yang berjaya adalah orang yang mengetahui had-hadnya dan bergerak dalam lingkaran itu. Hatta anak 3 tahun yang bijak tanpa diberitahu bahaya yang dihadapi akan mengakibatkan kecederaan pada dirinya. Begitulah peranan ibu bapa, membentuk ruang lingkup untuk anak-anak melaluinya.
- Wujudkan dan latih anak dengan nilai-nilai keluarga yang utuh. Nilai ini meliputi agama, kemanusiaan, nilai keluarga, nilai-nilai berkawan, nilai bermasyarakat dan sosial, nilai kecemerlangan akademik, nilai kepimpinan. Nilai-nilai ini perlu dihadam dalam perbincangan dan pertukaran interaksi melalui perbualan dan aktiviti. Suburkan dalam keluarga perbincangan-perbincangan ini dan aktivitnya. Ini membentuk gaya fikir anak dan anak akan matang membawa diri di kalangan sahabat dan guru mereka.
- Latih anak dengan kerja rumah harian dari kecil. Kemas katil, kemas bilik, sapu sampah, kemas dapur, angkat pinggan, isi air, basuh kasut, basuh tandas, basuh kereta, basuh beg, gosok baju, basuh baju. Semua ini boleh dilatih bertahap pada usia sekolah rendah. Jangan berikan alasan ada bibik. Tidak perlu tunggu sekolah menengah. Dan pastinya tidak perlu tunggu SBP dan MRSM. Tidak perlu tunggu inspection oleh MPP di pagi Ahad. Ibu dan ayah perlu buat inspection, ajar anak stretch katil, ajar anak kemas baju, sidai tuala,tutup lampu, basuh tandas.

- Wujudkan waktu belajar ulangkaji bersama. Membaca, habiskan homework, buka pelajaran yang diajar walaupun tiada homework. Bincang-bincangkan kandungan buku. Sekiranya ibu ayah yang buat begini, percayalah. Minat anak terhadap sesuatu subjek akan lebih mendalam, kerana dapat bonus bonding dengan ibu ayah.
Ayah saya seorang pendidik di rumah. Ada hari-hari yang kami buka buku dengannya. Ayah hebat bahasa, sejak sekolah rendah, saya belajar cara menulis esei dengan baik dari ayah. Sering karangan kami menjadi contoh dalam kelas.
Apabila musim peperiksaan, beri galakan anak mengulangkaji. Pada peringkat ini anak mungkin sudah ada gaya ulangkaji tersendiri. Beri ruang, pastikan ia boleh belajar. Buatkan air milo dan biskut peneman ulangkaji. Ada sela masa sembang dan menjadi rakannya. Ibu saya memang akan ronda bilik anak-anak pada musim peperiksaan dan membawakan secawan milo panas, meneman kebuntuan ulangkaji.
Dari awal tahun, bincangkan sekiranya ada topik yang tidak difahami. Ajar anak untuk bertanya guru atau rakan yang lebih mahir. Kita tidak perlu tahu semua tapi perlu tahu apa yang tidak tahu agar dapat diusahakan penyelesaiannya. Kalau perlu sahaja, bolehlah pergi ke kelas tuisyen subjek yang agak buntu, bukan semua subjek! Saya percaya anak tuan puan yg hebat ini bijak-bijak seperti ibu ayahnya juga.
- Seperkara yang amat penting ialah minta anak anda buat jadual belajar. Sejak saya PMR, ibu saya minta saya rangkakan jadual belajar yang saya selesa. Berwarna warni jadual saya. 8 subjek, ketika itu di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju. Saya tidak pernah ke tuisyen, hanya pesonal coaching utk topik yang saya rasakan mencabar. Jadual belajar saya tadi, tidak rigid. Kadangkala diubahsuai. Mama pernah tanya, dari jadual tu, berapa % yang berjaya dibuat? Saya jawab 70%. Saya ingat hingga sekarang.
- Pastinya perlu wujud ruang belajar di rumah. Meja, kerusi, lampu, juga buku-buku rujukan. Ibu ayah perlu bantu cari bersama. Ia harus kodusif, selesa. Ada jadual belajarnya yang tidak boleh diganggu. Ketika musim peperiksaan, masa saya menolong ibu ayah di dapur juga dikurangi. Ibu ayah perlu bantu anak disiplin. Bukan memaksa tetapi perlu diberi dalam bentuk kesedaran. Bak kata mama saya, biar dier rasa juga dapat markah rendah supaya ia tahu kepentingan untuk belajar.
- Galakkan anak dan sokong anak untuk terlibat aktif dengan aktiviti sukan dan ko kurikulum. Galakkan mereka untuk serius hingga ke tahap yang tinggi untuk dua aktiviti. Ini memberikannya keyakinan yang tinggi. Percayalah. Inilah kelebihan di SBP dan MRSM. Aktiviti seperti debat, sukan pelbagai jenis, kepimpinan pelajar atau pengawas, MPP. Kelab-kelab catur, bahasa, kesenian, pertanian. Sukan dan ko-kurikulum melatih kepasukanan, kepimpinan, hakikat kehidupan yang lebih hakiki dari akademik semata-mata. Semua kemahiran ini amat terserlah apabila di alam pekerjaan. Begitu juga aktiviti kemanusiaan. Latih dan hubungkan anak-anak dengan aktiviti berbentuk kemanusiaan, boleh dipergiat dengan lebih meluas di sekolah-sekolah.
- Biar anak anda mempuyai hobi unik. Ini membentuk personaliti dan karakter. Ia menjadikan mereka istimewa. Ia menjadi sumber keyakinan, mencipta imaginasi dan kreativiti. Ia juga sebagai ruang untuk hilangkan tekanan. Saya mempunyai hobi mengecat botol kaca dengan adik beradik, sebelum itu menjahit uncang dari kain perca. Ada juga hobi membuat cookies dengan rakan-rakan dan menjualnya kepada para guru. Yang lelaki pasti lebih mencabar hobinya. Saya juga gemar memanjat bukit dan berbasikal!
- Sediakan makanan yang seimbang dan sihat. Setiap hari pastikan kita menyediakan makanan yang baik untuk keluarga. Kita perlu sediakan budget yang baik untuk ini. Dari pagi hingga malam, biarlah makanan kita seimbang dan sihat! Seperti makanan di Dewan Selera Asrama! Jangan sediakan budget hanya untuk percutian keluarga, rumah, perabot atau kereta kita sahaja, ya.
- Amalkan solat berjemaah harian, wirid pagi petang harian, membaca Al Quran bersama ibu ayah, liqo keluarga mingguan, aktiviti masjid keluarga, aktiviti program agama sekeluarga. Ini semua yang keta buat di SBP dan MRSM kan. Ia mengisi rohani kita di asrama dahulu. Percayalah kita, pasangan dan anak-anak kita turut perlukannya di rumah. Bahagiakanlah rumah kita dengan membimbing keluarga kita dengah ibadah bersama keluarga. Pasti hubungan keluarga kita lebih tenang dan indah.
- Kenal, pantau, lihat dan terlibat dengan siapa anak-anak kita berkawan. Usia remaja usia belajar menginjak dewasa. Jadikan anak remaja sebagai kawan. Ajak mereka ke rumah. Beri sokongan aktiviti mereka. Beri mereka kepercayaan. Jelaskan syarat-syarat dan ingatkan nilai-nilai kita. Jangan lupa doakan mereka. Bincang semula permasalahan atau pelanggaran nilai jika berlaku. Selami cara untuk mendekati mereka. Kadangkala perlu tundukkan ego.
Kelebihan semua di atas, apabila ia dilakukan di rumah, ia melebihi kehebatan SBP dan MRSM itu sendiri. Kerana ia dikelola oleh ibu dan ayah yang penyayang.
Sungguh bertuah anak-anak yang dapat melalui pengalaman persekolahan berdekatan keluarga, cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan, di hadapan mata ayah bonda tercinta!
Nah, boleh tak? Ibu ayah semua lepasan SBP dan MRSM yang gah semuanya, kan? Guru-guru kita dah didik kita , buktikan didikan mereka tak sia-sia. Kita adalah produk yang dilahirkan. Ulangi kecemerlangan itu, kali ini bermula dari rumah kita lagi. Anak-anak anda pasti lebih hebat. Ibu saya sering berkata, lahirkanlah generasi yang lebih hebat dari generasi kita.
Ini fasa ibu bapa menajamkan kemahiran keibubapaan, kekeluargaan. Lebih pantas kita bertindak meninggalkan idealism lama, lebih maju kita menerima hakikat masa hadapan. Banyak ruang model SBP dan asrama yang boleh dicerna dan dicerakinkan di peringkat sekolah harian dan di rumah bersama keluarga. Ini fasa ibu bapa menjiwai tugas kita bukan sekadar melahirkan dan membesarkan anak, malah menajadi pendidik dan pembimbing pelajaran dan kehidupan.
Semoga penulisan ini dapat memberi sisi pandang yang segar, menyediakan kita ntuk masa depan dari sekarang. Biasalah, perkara baharu memang akan terasa mencabar dan susah. Ia bukan senarai terhad. Tetapi ia harus bermula di suatu titik.
Melihat satu cabaran sebagai permasalahan tidak akan mampu menyelesaikan isu. Akhirnya akan tinggal alasan. Saya sedar ramai yang masih berkira-kira untuk menerimanya. Mungkin boleh menjadikan panduan di atas sebagai pertimbangan. Semoga perkogsian ini bermanfaat kepada ramai.
Kepada ibu bapa, good luck menjadikan anak anda seorang yang hebat!
Sumber: Nurul Hanan Arifin
hhhh
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Jika Mama Ada Di sisi Saat Ini Pasti Dia Bangga.” Pelajar Menangis Baca Keputusan UPSR Di Pusara Ibu, Undang Sebak Netizen

Semalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan. Rata-rata memuat naik status dan berkongsi kegembiraan atas pencapaian anak-anak. Ada yang gembira, ada yang berduka.
Namun, di sebalik kegembiraan anak-anak diraikan oleh ibu bapa, ada insan yang kesedihan kerana tidak berpeluang berbuat demikian. Lebih memilukan apabila insan yang disayangi sudah pun meninggal dunia.
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aishah Mat Akat, dia telah memuat naik gambar-gambar cucunya yang singgah ke tanah perkuburan bagi menziarahi pusara ibunya sambil membawa slip keputusan UPSR.

Raut wajah kesedihan jelas terpancar pada si kecil ini kerana kejayaan yang diperoleh tidak dapat dikongsi bersama.
Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu.

Teruskan perjuangan mu… Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan… Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..

#takterungkapkata2#
#Rindusgt#
@ Tanah Perkuburan Islam
Perkongsian tersebut mendapat lebih daripada 5,000 perkongsian dan benar-benar mengundang sebak di hati warganet. Rata-rata mendoakan semoga anak ini tabah dan cekal.
Sita Nur Rahman Ya Allah…Sesunguhnya Allah yang Maha merancang…Perancangan Allah itu yang terbaik…Semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik…teruskan perjuangan adik ku syg dan kuatkan semangat mu untuk mengharungi perjalanan kehidupan ini…Moga adik terus maju jaya didunia&akhirat In Syaa Allah…Aamiin Ya Rabbal Aalamiin💚💚💚
Muhammad Faiz Hamdan Innanilahhhiwarojiun Al fatihah utk arwah.. Tahniah utk anaknda..kuatkan semangat mu dik… perjalanan kamu masih jauh.. insha’Allah kamu akan berjaya satu Hari nti…ameenn
Sheila Yumiki sedih nya aku tengok adik nie. semoga berjaya dik mesti mak adik bngga😔
Tok Janggut Kelate Al Fatihah buat Arwah…
Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah SWT Dik… Sabar dan tabahkan hatimu…
Ekya Siti Zulaikha Tahniah.. Semoga menjadi anak yg kuat dan tabah..semoga Allah merahmati mu selalu
Dhia Diana tengok gamba nie je pun sis da nangis…😭semoga menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat ye dik…aamiin…
Khalida Kamaludin Moga adik trus berjaya dunia akhirat n opah diberikan kekuatan n kesihatan utk menjaga amanat ini..amin
Ma’ya Rouzie Semoga adik terus berjaya dunia akhirat, ini 1 permulaan adik, teruskan & kepada opah semoga terus sehat d panjangkan umur semoga dpt menjaga adik sampai dewasa, al fatihah buat ibu
Ira Mohammad Sedih tul pgi ni tgk post ni ..betul2 meruntun jiwa..sebaya ank sye ni..mogaberjaya dik dunia akhirat..slm manis untuk adik dan opah jugak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di





