Penjagaan kesihatan tubuh badan amat penting bagi semua individu, apatah lagi semakin meningkat usia semakin berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik.
Berkongsi tentang pengambilan makanan yang sihat, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan dan juga Blogger, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat sangat penting dalam membantu tubuh badan seseorang itu lebih sihat dan sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung yang boleh menjadi penyebab kematian mengejut.
Turut dikongsikan juga di instagramnya berkenaan pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita semua. Ini perkongsiannya.
Sarapan Minyak Zaitun & Air Kopi Stevia
Photo by Roberta Sorge on Unsplash
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya memang malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Puasa 15 Jam
Photo by Ocean Ng on Unsplash
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yang makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Kurangkan Makan
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam-macam cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Ads
Berhati-hati Pilih Makanan
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ads
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-sayuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Melihat statistik terbaru WHO dikemaskini (6pm 13 Mac). Kes di Itali melebihi 12,000 dengan kematian lebih 1,000 dan kadar kematian lebih 8%. Greece, Cyprus, Austria, Panama – negara yang mula berlaku kematian. Manakala di Malaysia, 197 kes dengan 33 telah pulih.
Disarankan orang ramai mesti terus mengamalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19.
Semoga kita semua mampu mencegah jangkitan ini dan melalui perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir turut berpesan dan menyenaraikan antara benda-benda yang perlu dielakkan daripada dipegang untuk mengurangkan risiko jangkitan covid-19.
Ini perkongsiannya.
Sama-sama kita jaga diri dan keluarga. Elakkan dari memegang semua benda yang saya senaraikan ini.
Bakteria dan virus COVID-19 boleh tersebar dengan sentuhan terutamanya pada alatan dan benda yang digunakan oleh ramai orang. Kebarangkalian itu menjadi lebih tinggi.
Ini adalah PANDEMIK. Sila ambil peduli. Sila berjaga-jaga. Jangan dah terlambat nanti baru nak kelam-kabut.
Gunakan sarung tangan atau terus basuh tangan atau guna hand sanitizer. Kurangkan aktiviti di luar dan di tempat orang ramai. Elakkan bersalaman buat masa ini.
Elakkan dari memegang semua benda yang saya senaraikan ini.
– Pemegang dalam bas
– Pemegang besi dalam lif
– Butang vending machine
– Butang di lampu isyarat
– Duit
– Playground equipment
– Meja makan awam
– Pintu mesin dobi awam
– Tempat duduk di perhentian bas dan teksi
– Tempat duduk di dalam bas dan teksi atau Grab.
– Kerusi urut berbayar
Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini. Kongsikan post ini supaya lebih ramai orang buka mata dan ambil perhatian.
Pelakon terkenal, Shaheizy Sam sebelum ini ada mendedahkan dirinya hanya mengambil masa 2 minggu untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa sebelum melakonkan adegan ‘buka baju’ di dalam filem terbaru, Polis Evo 3.
Bahkan difahamkan demi menghidupkan karakternya sebagai Inspektor Khai, Shaheizy Sam mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan diet ekstrem. Kejayaan mendapatkan bentuk badan berketak turut mengujakan orang ramai.
Bercerita tentang diet ekstrem ini, baru-baru ini salah seorang wanita yang dikenali sebagai Athirah ada mengajukan soalan kepada Coach Kevin Zahri dan sekali gus video yang dikongsikan tersebut mencuri tumpuan netizen.
“Apa pendapat coach..macam Shaheizy Sam yang kurus dalam masa 2 minggu , hari-hari minum protein sahaja”
Bagi menjawab persoalan tersebut, ini jawapan padu daripada Coach Kevin Zahri, pakar penurunan berat badan yang terkenal, jurulatih peribadi bertauliah dan pakar pemakanan yang tidak asing lagi.
“Ya..don’t follow anything anyone says or does. Everyone has different objektif dalam kehidupan mereka untuk melakukan sesuatu. But his objective is to look amazing for dia punya watak untuk periuk nasi beliau. Is is not the same for Nadilah, me or you or orang lain.
“So again objektiviti fitness influencer or bodybuilder, a pelakon or a penyanyi, Kpop, Bollywood, Hollywood, Malaysia ke apa is all different.
“So you cannot follow what they do. Walau pun you ask them,
“Eh.. What do you do to look like that?”
“But their goal and your goal is not the same. So their pendekatan can be quite extreme because nak memperolehi results yang quite extreme.
“So Would I recommended to you?”
“No”
“Can you try it?”
“Suka hati kau! But you have to again know what you are doing jangan ikut dengan membuta!”
Air kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita terutama untuk dijadikan penawar kesihatan. Airnya terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).
Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.
Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.
Dalam kita menghadapi masalah jerebu ini, dikatakan air kelapa antara minuman yang dapat membantu mengembalikan tahap kesihatan. Selain air kelapa, air limau juga dikatakan sangat bagus diamalkan ketika musim jerebu ini. Info ini dikongsikan oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
Minum air kelapa & air limau nipis ketika jerebu
Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.
Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.
Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih berbahaya.
Tak salah andai kita nak amalkan untuk tujuan kesihatan bukan, tapi berpada-pada jangan berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan lain. Jika ada masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan rawatan dengan pakar terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan implikasi lebih buruk, terutama dalam waktu jerebu sebegini.
Kredit: Prof. Dr Norhisham Wahab & Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di