Sebut sahaja nama Che Ta, pasti sudah tergambarkan akan kecantikan dari kepala hingga ke kaki yang dimiliki ibu berusia 50 tahun itu. Tak pernah tak cantik. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai ibu yang seorang ini.
Rupanya bukan hanya dirinya, malah Che Ta juga turut menjaga penampilan diri kesemua anggota keluarga, baik suami mahupun tiga anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan puteri kesayangan, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkongsian video, Che Ta mengakui kedua-dua anak lelakinya turut diajar untuk berpenampilan segak malah sentiasa memakai kasut berbanding mengenakan selipar di kaki apabila keluar dari rumah.
Walau hanya ke kedai, bagi ibu ini berpenampilan baik mencerminkan diri mereka sendiri. Dek kerana itulah mereka diajar untuk tampil kemas sentiasa.
Ads
Menerusi video temu bual di Tik Tok Che Ta turut memberitahu sebab sebenar dia melarang anaknya memakai selipar.
“Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je.
“Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya berkongsi.
Ads
Pun begitu kata Che Ta lagi, berbanding dua anak lelakinya, hal itu tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang diajar oleh suaminya, Zain Saidin untuk tampil lebih santai.
“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” seloroh Che Ta.
Tambah Che Ta lagi, dia ibu yang paling gembira dalam soal menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan ‘sedondon’.
“Saya enjoy, bila tengah malam saya akan susun dan pilih baju apa nak pakai. Bila benda tu you memang suka, memang takkan penat. Seronok sangat,” kongsi Che Ta lagi.
Perkongsian Che Ta itu sudah semestinya mendapat pujian ramai kerana bukan mudah untuk menyedia dan mempersiapkan satu keluarga untuk tampil sedondon dan bergaya.
Tuntutan hidup masa kini memerlukan isteri perlu bertindak bijak tanpa perlu menyerahkan masa depan sepenuhnya ditangan suami.
Ada banyak faktor menyebabkan kita sebagai isteri perlu berdikari, umpamanya jika suami tidak berminat dalam hal hibah.
Ini dijelasjan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad untuk info bersama. Jom semak.
BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?
1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami meninggal, penceraian berlaku, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda atau ada hati dengan gadis jelita Alya.
2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan, jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada.
3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen ‘Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri’. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula.
4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi.
5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan, Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan.
6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri.
7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan buat hutang kerana Terlalu Sayang!
8. Pujuk suami beli aset pelaburan hartanah, jika dia tak berminat himpun duit sendiri dan belilah sebuah rumah kos rendah.
9. Jangan terlalu lama menyewa, didik suami beli rumah sebelum ada anak pertama.
10. Hidup ini bukan berserah pada takdir, kita yang harus tadbir dengan baik.
Suami gaya Shahrizal yang tak boleh buat keputusan ada dimana mana.
Hidup harmoni, tiada sengketa mahupun perbalahan, tidak bermasam muka, anak-anak dan isteri mendengar kata. Suami juga menjadi ketua keluarga yang baik, itulah impian untuk menjadi keluarga bahagia.
Di sini dikongsikan 32 Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia. Semoga bermanfaat untuk semua.
1 ? SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 ? Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 ? Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 ? Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 ? Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 ? Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 ? Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 ? Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 ? Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 ? Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11 ? Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12 ? Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13 ? Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati – “Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.” ?
14 ? Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15 ? Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16 ? Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17 ? Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18 ? Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19 ? Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20 ? Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21 ? Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22 ? Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23 ? Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24 ? Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25 ? Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26 ? Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 ? Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 ? Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ?) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29 ? Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: Surah At-Taubah, ayat 128-129. Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30 ? Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: Surah Ibrahim, ayat 40.
31 ? Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat: Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 ? Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.
Credit: Viral Media Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minggu ini ramai ibu bapa yang memuat naik kisah anak di dalam sesi orientasi sebelum memulakan persekolahan minggu depan.
Baik orang biasa mahupun selebriti, pasti tak sabar kan. Termasuklah juga penyanyi Misha Omar.
Rupa-rupanya, anak sulung beliau , Muhammad Adam Emir bakal memulakan alam persekolahan di tingkatan satu minggu depan.
Justeru, menerusi laman instagramnya, penyanyi Sampai Bila ini turut memuat naik sekeping gambar si suaminya sedang mengikat tali kasut anak mereka.
“Orientasi Muhammad Adam Emir di sekolah menengah..Harini from top to toe Abah yang siapkan Adam…
“Bergenang airmata Ibu tgk scene depa berdua pagi ni bila Adam belum pandai ikat tali kasut sendiri…. Terima kasih, Abah,” tulis Misha di kapsyennya.
Walaupun bakal memasuki tingkatan satu, anak Misha ini rupanya masih belum pandai mengikat tali kasut. Nampak lucu manakala si ayah sporting betul tolong ikatkan.misha
gambar tersebut turut mendapat respond dari peminat Misha yang memuji anak pemyanyi itu sudah besar dan mendoakan keluarga ini agar terus kekal bahagia.
Malah ada yang berkongsi cerita anak mereka yang sama seperti anak Misha, tidak pandai ikat tali kasut sendiri.
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...