Kalau sebut nak turun berat badan, dua ni je yang orang selalu anda buat, iaitu bersenam dan jaga pemakanan.
Tapi…. Ada satu lagi cara mudah yang membolehkan seseorang individu turun berat badan. Semestinya mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi! Nak tahu macam mana tidur je boleh buat anda kurus? Ini jawapan bernas dari Hello Doktor untuk anda!
Mengikut saintis, tidur dan berat badan sudah lama berkait rapat. Secara purata, bagi orang yang selalu tidak cukup tidur, mereka lebih cenderung untuk naik berat badan.
Kajian kepada 70,000 wanita menunjukkan mereka yang tidur selama 5 jam sehari lebih cenderung menambah berat badan sebanyak 32% berbanding individu yang tidur sekurang-kurangnya 7 jam.
Sebagai contoh, seseorang individu dewasa yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mempunyai berat yang lebih banyak mengikut tinggi. Individu begini juga lebih cenderung untuk menjadi obes.
Tahukah anda, ada kajian yang menunjukkan otak individu yang sering kurang tidur akan respons terhadap makanan yang tidak sihat dengan cara yang berbeza.
Selain itu, tidak cukup tidur juga akan memperlahankan kadar metabolisma seseorang dan mempengaruhi pengeluaran insulin.
Tidur yang tidak mencukupi dikatakan boleh mencetuskan perubahan terhadap hormon ghrelin dan leptin di dalam badan.
Ghrelin ialah sejenis hormon yang dirembeskan di dalam perut dan ia bertindak di hipothalamus bagi merangsang selera.
Ghrelin dirembeskan sejurus sebelum makan dan berkurang selepas makan. Manakala, leptin akan bertindak ke atas hipothalamus untuk menghentikan rasa lapar dan meningkatkan penggunaan tenaga.
Hal ini membuatkan mereka yang sering mengantuk akan senang berasa lapar dan menggunakan tenaga yang lebih jika hendak dibandingkan dengan mereka yang cukup rehat.
Tidak mengejutkan, perkara ini juga turut menimpa orang yang lebih muda. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur akan lebih terdedah kepada obesiti.
Ads
Sekarang anda sudah tahu tips kurus yang mudah, tidak memenatkan dan tidak menyeksakan perut!
5 Cara Nak Dapatkan Tidur Nyenyak
1. Nak kurus perlu tidur yang cukup, jadi awasi pengambilan kafein setiap hari Tabiat pengambilan kafein dalam rutin harian boleh mengganggu tidur anda.
Kurangkan dan jika tiada keperluan jangan ambil minuman berkafein sekiranya anda mahukan masa tidur yang lebih baik.
Kafein bukan terdapat di dalam air kopi semata-mata, air berkarbonat serta coklat turut mengandungi kafein.
Oleh itu, hindari daripada pengambilan makanan dan minuman ini terutamanya pada waktu malam.
Ads
2. Letak phone dan laptop jauh dari katil!
Penggunaan peranti seperti phone dan laptop sebelum tidur boleh mengganggu fokus anda untuk beristirehat.
Cuba elakkan menggunakan telefon pada waktu anda hendak tidur seperti bermain media sosial atau game kerana ini akan melengahkan lagi masa tidur anda.
Sebaiknya-baiknya, apabila hampir nak dekat masa tidur, silent phone dan letakkan di tempat yang susah untuk anda capai.
3. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda relaks
Lakukan aktiviti yang anda gemari sebelum tidur seperti mendengar muzik, membaca buku, melakukan yoga atau apa sahaja.
Anda pasti akan berasa lebih baik dan tenang untuk tidur kerana badan sudah bersedia untuk berehat.
Ads
4. Tetapkan dan ikut jadual tidur
Jika anda ingin bangun awal dengan mudah, cuba train diri anda untuk tidur dan bangun pada masa yang sama untuk suatu tempoh masa.
Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengganggu corak tidur anda seperti tidur pada waktu petang.
5. Persekitaran yang kondusif dan selesa rangsang mood tidur
Pastikan bilik tidur anda mampu menjadi tempat rehat yang selesa. Bilik yang berselerak ataupun berbau semestinya akan kacau mood anda untuk tidur.
Anda boleh memasang lilin wangi dengan memilih bau-bauan kegemaran anda untuk mengharumkan bilik dan menaikkan mood tidur anda.
Kajian yang dinyatakan menunjukkan betapa pentingnya tidur terutamanya dalam penjagaan berat badan.
Buat mereka yang sedang struggle untuk turun berat badan selama ini, sekarang anda sudah tahu tips kurus dengan mudah sekali!
Selain memastikan diri anda mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti, pastikan juga anda pantau pengambilan makanan serta tidak lupa untuk bersenam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu badam mungkin sudah biasa bagi kita. Namun menggabungkan susu badam dengan campuran sedikit kunyit rupanya banyak kelebihannya pada tubuh terutama bagi wanita.
Susu kunyit badam ini sebenarnya baik untuk kecantikan kulit disamping mengatasi masalah lenguh-lenguh badan. Malah sesetengah kes juga mampu meredakan masalah senggugut yang berlaku kepada wanita. Tapi kenalah amalkan selalu.
Petua yang dikongsikan oleh Noor Shamera di facebooknya ini boleh kita cuba.
Banyak kebaikan susu kunyit badam ni. Elok diminum sebelum tidur. Antara kebaikan susu kunyit badam ni ialah baik untuk kulit, anti radang, sakit-sakit badan dan banyak lagi.
Bahan-bahan:
Susu segar
Serbuk kunyit
Badam
Gula perang
Madu
Serbuk lada hitam
Caranya:
1. Boleh gunakan susu segar atau susu rendah lemak. Saya gunakan susu tepung omega, masukkan susu tepung dua sudu makan, gula perang dan madu
2. Tuangkan air panas, kacau dan masukkan serbuk kunyit 1/2 sudu kecil.
3. Masukkan serbuk lada hitam secubit. Elok simpan lada hitam yang dikisar sendiri ye.
4. Kemudian masukkan serbuk badam 1 sudu kecil. Kisar badam dan simpan dalam bekas).
5. Taraaa. Kacau dan nikmati susu anda.
Khasiat Susu Kunyit
– Kulit cantik
– Penyakit Pernafasan
– Anti-radang
– Atasi batuk
– Sakit-sakit badan
– Senggugut
Saffron memang khasiatnya untuk kesihatan terutama sekali untuk otak anak. Boleh diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang biasanya diberi pada anak. Saffron merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.
Lebih bagus jika saffron dimakan bersama madu asli. Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian beliau.
Jomlah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi ke sekolah. Kalau sebelum ini kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita mula bagi air saffron pula.
Tak perlu vitamin IQ tinggi gula, saffron sahaja kita guna.
Saffron bagus untuk otak anak:
*Bantu untuk kuatkan memori anak.
*Mudahkan proses faham ilmu baru.
*Bantu anak lebih fokus masa belajar.
*Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ini.
Antara cara yang boleh buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron.
2. Campur madu dalam air saffron.
3. Letak 1 helai safrron dalam susu.
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah.
Bolehlah cuba yang mana satu anda suka. Apabila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, akhirnya anak kita minum juga.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Siapa sahaja yang tak geram kalau nampak ada sebiji dua jerawat di wajah, tentu sahaja ingin dipicit agar hilang terus, baru puas hati.
Pun begitu tahukah anda bahawa tabiat memicit jerawat terutamanya pada bahagian hidung akan mengundang bahaya dan boleh membawa maut, jadi lebih baik dihentikan.
Ini sepertimana yang dijelaskan melalui perkongsian video oleh seorang doktor di aplikasi TikTok beliau @drsyai, doktor ini menerangkan apa sebabnya dilarang untuk memicit jerawat terutamanya pada bahagaian hidung.
Difahamkan melalui perkongsian video tersebut, kawasan hidung adalah dikenali sebagai ‘segi tiga kematian’ di mana kawasan tersebut berhubung terus dengan otak.
Maka sebarang jangkitan yang berlaku di kawasan tersebut akan merebak ke otak sehingga boleh menyebabkan jangkitan ke otak dan boleh berlakunya strok.
Meninjau di ruangan komen, warganet ramai yang tidak mengetahui tentang info ini dan turut juga berkongsi pengalaman memicit jerawat sebelum ini. Antara komen adalah ada yang mengatakan :
“Patutlah bila picit sakit sangat”
“Lambat nak sembuh kat area tu, pastu parut pun lambat hilang”
“Memang niat tu tak nak picit jerawat tapi bila dah pegang cermin auto niat tu terbatal weyy”
“Terima kasih doc info, Saya suka picit jerawat area situ sampai berair-air mata, pasni taknaklah buah dah”
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@drsyai?” style=”bubbles” background=”#bba7fc”]@syai[/su_button]