Mak-mak pastinya buntu dan pening kepala memikirkan apa menu untuk dibawa ke jamuan sekolah anak sebelum cuti sekolah ini. Nak masak apa? Idea ringkas dan mudah pastinya jadi pilihan ibu bekerjaya.
Idea jagung rebus dengan susu yang dibungkuskan dalam bekas kecil ini mungkin memberi idea kepada ibu-ibu. Jom cuba perkongsian Pn Sunita Sabtu.
Jamuan anak di kelas kafa petang ni. Kita buat jagung susu letak siap-siap dalam bekas bagi sorang satu. Senang!
Isi jagung
Susu pekat
Sedikit mentega
Ads
Kukus isi jagung hingga lembut.
Masukkan ke dalam bekas bersama dan campurkan bersama sedikit mentega atau marjerin.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Selalunya bila kita makan peria goreng di restoran mamak, peria gorengnya sangatlah rangup. Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Kalau tak ada, memang tak lengkap makan nasi kandar.
Peria crispy memang enak dinikmati bersama nasi dan kari. Rupanya mudah sahaja nak masak peria goreng crispy. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Cara memasak:
1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Menyediakan menu sarapan setiap pagi untuk keluarga tercinta mungkin ada yang beranggapan itu adalah suatu cabaran. Apatah lagi jika ibu tersebut bukanlah suri rumah sepenuh masa, di mana waktu paginya terpaksa bergegas ke tempat kerja. Dan ini secara tidak langsung membataskan untuk menyediakan sarapan yang istimewa untuk keluarga. Mungkin sekadar mampu menyediakan secawan teh dan sekeping roti pun sudah sempurna dirasakan.
Atas sebab ini juga, biasanya pada hujung minggu akan digunakan sebaik mungkin untuk menyediakan sarapan istimewa buat keluarga tersayang. Jadi apa kata hujung minggu ini kita mencuba menu nan satu ini, Nasi Lemak Penyet yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman ini. Jom semak.
“Saya share resepi sambal tumis mak masa berjualan dulu di kantin sekolah ..sambal yang sangat sedap. Senang jek resepi tapi sangat best”– Jamiah Tulisman
Resepi sambal tumis mak:
Bahan-bahan:
6 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Bahan-bahan di atas ni nanti blend dengan 3 cawan cili mesin
Bawang besar 2 biji – hiris
Cara Penyediaan :
1.Goreng ikan bilis dulu..(lupa snap gambar) keluarkan dan kemudian goreng bawang besar yang dihiris tadi. Kacau rata.
2.Kemudian masuk bahan-bahan diblend tadi. Masak sehingga gering.
3. Sediakan air asam jawa 1 mangkuk kecil. Asam jawa 2 sudu besar, ramas-ramaskan. Kemudian masukkan sedikit gula melaka, dan kemudian kacau rata dalam tumisan cili tadi.
4. Sesuaikan rasa, masuk garam dan ikan bilis. Kacau hingga terbit minyak. Siap
Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah
5 biji bawang besar-dikisar
Lengkuas -dikisar
Halia-dikisar
Jintan manis-dikisar
6 batang serai-dikisar
2 sudu rempah kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Perap ayam dengan semua bahan dan kemudian goreng hingga masak.
2. Manakala lebihan bahan perapan tadi gaulkan dengan tempe dan tauhu. Kemudian digoreng hingga masak.
Bahan untuk sambal ayam penyet
1 biji bawang
3 ulas bawang putih
Lada merah
Cili padi
Belacan
Lada hijau *kalau ada
Cara penyediaan : 1. Goreng semua bahan biar layu kejap dan masukkan dalam blender dan kisar jangan halus sangat.
2. Kemudian ambil 1 biji tomato dan potong kecil-kecil.
3. Tumis bahan blend dan masukan tomato yang dihiris tadi. Kacau hingga garing dan masukkan gula dan garam. Angkat dan toskan minyak dulu.
Kalau ikutkan banyak jenis tanaman yang boleh kita tanam untuk tujuan digunakan dalam masakan harian. Umpamanya menanam pokok cili, pandan, daun sup, daun bawang, pokok kari, pokok kesum dan banyak lagi kalau ingin disenaraikan.
Senang cakap, jika kita menanam sendiri pokok-pokok ini banyak kebaikannya. Apa tidaknya, setiap kali hendak masak kita hanya perlu petik sahaja di laman, tidak perlu lagi membeli di pasar tani atau sebagainya. Jimat pun jimat!
Pun begitu, andai tinggal di kedaiman yang mempunyai laman pasti boleh sahaja hendak menanam pokok-pokok tersebut. Namun bagaimana pula sekiranya tinggal di rumah seperti apartment, pangsapuri mahu pun kondominium? Bagaimana caranya untuk dapat menanam pokok-pokok tersebut?
Perkongsian pengalaman menanam kesum daripada Cik Pooja ini yang juga mendiami rumah jenis bertingkat, diharapkan dapat memberi idea untuk ibu-ibu yang lainnya turut bercucuk tanam. Jom semak perkongsianya itu.
Ni lah cara cikpooja tanam kesum baldi di balkoni. Cikpooja guna cara atau kaedah ini untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik ye. Cikpooja budak baru belajar (Pada yang sudah pakar, abaikan post ni. Post ni hanya untuk yang baru nak belajar tanam kesum)
InsyaAllah, ikut langkah-langkahnya, bagi baja cukup, maka pokok akan membesar dengan jayanya.
Step 1:
Kita perlukan *pasu berisi tanah(tanah lembap ye) *baldi berisi air(air tu agak-agak tenggelam separuh bontot pasu ye) *keratan pucuk kesum
Nota kaki: Pasu dan baldi kena sepadan (agak-agak pasu boleh masuk dalam baldi la ye)
Ini keratan pucuk kesum. Carilah keratan yang agak-agak bila tanam tu ada harapan untuk hidup. Jangan beli yang layud an lembek.
Kemudian buang daun-daun yang pada keratan pucuk tu ye.
Tinggalkan 3,4 helai sahaja di hujung pucuk itu.
Nota kaki: Kalau boleh, cari keratan kesum yang sebiji cam dalam gambar tu ye.
Kalau batang kesum putih-puith gebu tu.Tak payah la tanam, confirm tidak hidup.
Step 2:
Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air. Kemudian cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk buat lubang supaya bila kita cucuk keratan kesum tadi dia tidak patah (kedalaman lubang anggaran 2inci)
Step 3:
Cucuk dan letakkan keratan kesum tadi ke dalam lubang yang dibuat. Tanam kemas-kemas dan bacalah bismillahirrahmanirrahim. Niat dalam hati supaya Allah bagi pokok yang kita tanam tu hidup dengan jayanya(semua tu kan dengan izinnya)
*Okey. Siap dah tanam
Ekstra Tip
1. Masa mula-mula tanam ni letakkan pasu ditempat redup tapi ada cahaya supaya pokok tak kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.
2. Bila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari
3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah. h
4. Bila sudah hidup dengan cantik, bolehlah topup kan air dalam baldi tu dengan larutan bancuhan baja AB (cikpooja topup 2 minggu sekali)
Kenapa air biasa tidak boleh?
Hrmmmmmmmm..bukan tidak boleh. Tapi jangka hayat hidup pokok kesum kemungkinan tak lama sebab kadang-kadang batang dan akarnya akan mati macam tu saja. Tengah hidup subur dengan jayanya, tiba-tiba layu dan mati(mesti masa ni kome rasa down)…itu sebenarnya tidak ada sokongan dan support dari baja sebenarnya(cikpooja cakap berdasarkan pengalaman)
Ni hasil yang cikpooja tanam sudah 3 bulan. Dah banyak kali dok tuai buat laksa la,asam pedas la..Hehehehe..cikpooja sebut je pon..xyah nak kecur liur sgt lah.
*nota kaki: untuk dapatkan hasil pokok-pokok cun macam pokok cikpooja tuh. Cari la baja AB yang dapat membantu pokok tanaman hidup dengan lebih jayanya. Tak mahal pon, ada dijual dipasar-pasar tani atau boleh beli online sahaja. Cikpooja beli online je, satu set baja AB(kering) rm35 je. Nanti kita bancuh sendiri ikut perincian bancuhan yang di ajar.
Tanam pokok apapun mesti kena ada baja.
Bila dah hidup subur, dedahkan pokok kesum pada tempat yang kena cahaya matahari ye. Sebab kesum suka cahaya. Cikpooja letak betul-betul atas bucu balkoni.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.