Bosan dengan hidangan rumah terbuka yang sarat seperti rendang, ketupat serta aneka mi. Apa kata anda cuba resipi ringkas ini di hujung minggu. Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.
Jagung rebus yang sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Ads
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
Ads
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Ads
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Agak lama rasanya kita tidak dapat berjumpa orang tersayang sambil bersalaman dengan mesra. Bukan itu sahaja, banyak perkara sebenarnya yang membuatkan kita sudah terlalu rindu untuk melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan sebelum adanya wabak Covid-19 ini.
Namun sehingga detik ini, tidak nampak lagi bayang untuk kita semua bebas melaungkan kejayaan dalam melawan musuh senyap yang digeruni ini. Apatah lagi bila melihat angka kes kian bertambah, nyata pastinya perjuangan kita semua masih panjang lagi!
Tinjauan ke halaman fb Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah berkongsi fakta berkenaan fasiliti kesihatan dan gambar-gambar bagi memberi gambaran jelas keadaan sebenar kepada umum.
Ini perkongsian beliau dan sama-sama lah kita hayati dan ambil serius untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 terkini di Lembah Klang secara purata keseluruhan telah mencapai 90 peratus pada pagi 2 Mei 2021.
Sebanyak enam (6) buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal / ICU dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 didapati telah melebihi ambang amaran (alert threshold) kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana ada di antaranya telah pun menghampiri 100%. Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 pada kadar melebihi 50 peratus.
Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital COVID-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal / ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat. KKM telah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak tahun 2020 lagi bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.
Pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan COVID-19. Ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat-tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit COVID-19.
KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital-hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil-katil kritikal. Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui. Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada tahun 2020 dan masih diteruskan sehingga kini.
Sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.
Justeru, masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan oleh KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini. Tahap pematuhan 100 peratus oleh semua pihak adalah amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini.
Turut dikongsikan rakaman video seketika di wad kecemasan yang menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.
Berkongsi pengalaman sendiri untuk mencari me time yang sebenar dengan terpaksa mengurus anak-anak dan dalam masa yang sama menjaga ibu mertua yang tidak berapa sihat diakui oleh Sri A’jilah memang mencabar. Bahkan menurutnya bagi memotivasikan diri, pelbagai usaha dilakukan. Berkongsi kisah tersebut jom kita baca entry di fbnya.
Ada satu peristiwa yang saya ingat dengan jelas sehingga kini dan buat saya sedar banyak perkara.Waktu zaman saya down dan terperuk dalam rumah beberapa tahun dulu, saya banyak membaca untuk motivate diri sendiri.Sudah tentulah saya baca tulisan-tulisan tentang rumah tangga, tentang keluarga, tentang isteri, dan anak-anak.
Saya ingat sungguh ayat yang saya baca itu. “Seorang isteri mesti ada masa untuk diri sendiri, adakan me-time untuk refresh diri. Perlukan ‘self care’ supaya sentiasa bersemangat untuk uruskan keluarga.Dan saya mengambil kata-katanya itu bulat-bulat.
Saya mahukan me-time sendiri. Tapi susahnya nak dapat. Solat pun berdukung anak. Solat cepat-cepat sebab ada anak yang menangis. Saya tak harap me-time lain pun, cukuplah dapat solat dengan tenang, tak terkejar-kejar, dan selesa.
Tapi tak dapat!
Solat tergesa-gesa, buka telekung pun tergesa-gesa.
Salah ke apa yang saya baca tu?
Tak salah langsung!
Yang salahnya ialah penerimaan saya pada ayat tersebut.
Bila anak kecil-kecil dan saya cuba nak dapat me-time atau cuba nak buat self-care, memang tak dapatlah, kan! Masanya tak sesuai. Waktu itu, saya pjj dengan suami. Duduk pula dengan mentua, dan mentua pun tak berapa sihat.
Me-time apa yang kau harapkan?
Allahuakbar.
Stressnya tu, Tuhan saja yang tahu sebab kita dah set dalam kepala yang kita nak buat juga me-time. Saya terlepas pandang satu perkara.
Orang boleh bercakap, boleh tulis pelbagai teori, dan boleh share macam-macam tips untuk bahagia. Tapi hakikat bahagia tu, ada dalam diri kita sendiri.
Dah tahu anak kecil-kecil dan perlukan perhatian, kau masih nak me-time bagai? Habis tu, nak harapkan siapa tengok anak-anak?
Makanya, nak aplikasikan sesuatu, biarlah sesuai dengan situasi kita. Kalau tak, kita sendiri yang akan stress dan bertambah susah nak urus diri. Anak-anak dah besar sikit nanti, dah faham, dah boleh menolong, kau ambillah banyak mana pun me-time yang kau nak.
Me-time sampai lebam!
Beliau miliki pakej lengkap, cantik dan berbakat. Dek kerana itu juga anak kelahiran Segamat, johor ini pernah menerima jolokan Perempuan Melayu Terakhir.
Wajahnya yang manis dengan susunan kata-kata penuh kelembutan sewaktu menjadi pengacara terhebat pada awal tahun 1990-an sehingga 2000 membuatkan nama Normala Samsudin cukup dikenali ramai.
Memulakan karier sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi kepercayaan sebagai penyampai tv dengan membaca berita waktu perdana, bakatnya kian terserlah.
Popularitinya sebagai pengacara program tersohor, Seulas Pinang dan diikuti Nona, mendorong ramai orang mengidolakan wanita ini sebagai sumber inspirasi.
Namun,selepas mendirikan rumah tangga bersama Tan Sri Azmi Khalid, kelibat Puan Sri Normala Samsuddin dalam arena seni jarang dilihat.
Menurut empunya diri, beliau selesa memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak. Biarpun usia sudah menginjak sepatuh abad, namun seperti yang diperkatakan, wajah nenek kepada tujuh cucu itu tidak dimamah usia. Beliau makin anggun apabila berhijab.
Baru-baru ini, Puan Sri Normala memuat naik sekeping gambar throwback dia dan suami ketika majlis perkahwinan mereka dahulu.
Di dalam kapsyen ditulis perkataan ‘alhamdulillah’ dan juga 2006 yakni tahun pasangan ini disatukan sebagai suami isteri.
Di dalam gambar tersebut, Normala kelihatan cukup anggun dan menawan dalam persalinan rona putih bersama suami tersayang yang tak kurang kacaknya.
Tidak seperti pasangan suami isteri lain yang meraikan setiap kali menjelang tarikh bahagia disatukan, namun menurut Normala, mereka berdua memilih untuk tidak menyambut ulang tahun perkahwinan.
Sebaliknya mereka hanya berharap dapat gembira bersama keluarga dan bersyukur atas segala-galanya.
Moga Allah berkati dan rahmati hingga ke Jannah. We never celebrate bcos we choose not to. Just happy let the time goes by and be cheerful with family. Syukur segalanya Ya Mujib Ya Rahman Ya Rahim… #tetibakawansentthispic
Walaupun sudah 15 tahun usia perkahwinan pasangan ini, namun tetap sweet dan loving. Berjalan berpimpin tangan dan sesekali sang suami mengusik manja sang isteri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.