Semenjak bulan Ramadan ini, ada sahaja isu-isu menarik yang berlaku. Tak kurangnya dengan hero Malaya yang satu ini iaitu pelakon dan selebriti terkenal, Norman Hakim.
Baru-baru ini dia dikatakan telah disangka berjalan bersama teman wanita ketika sedang menguruskan pembukaan akaun bank anaknya, Marissa Dania.
Norman yang berkongsi satu hantaran di laman Instagramnya berkata ada seorang lelaki di bank yang sama menyalah anggap anaknya sebagai teman wanita.
“Ada cerita ‘kelakar seram’. Ada orang ‘suspek’ yang saya berjalan dengan gf huhuhu.
Kisahnya bermula setelah Norman selesai menguruskan hal tersebut dan memimpin tangan anaknya keluar dari bank.
“Bila keluar dari bank, saya mesti jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai kat keta,ada sorang abang atau pakcik ni tegur. Dia cakap suka tengok personaliti dan story family saya,” tulisnya.
Pada mulanya dikatakan perbualan dengan lelaki yang tidak dikenali itu nampak seperti baik-baik sahaja. Namun pada pertengahan , lelaki tersebut sudah mula mengubah nada percakapannya seperti memberikan tarbiah.
Ads
“Mukaddimah abang ni agak nice,tapi bila kat tengah-tengah nada dah macam tarbiah Bla..bla..bla..and bla sambil mata dia jeling-jeling curious kat Dania. Pastu dia cakap ambil la iktibar dari kes-kes artis sekarang ni,” katanya.
Pelik dengan situasi tersebut, Norman sudah menjangka ada tanggapan yang salah dan tidak bersikap husnuzan terhadap dia dan anaknya. Tidak menunggu lama, Norman terus menerangkan perkara sebenar kepada lelaki tersebut.
“Instict saya dah tak best. Saya agak abang ni dah ‘misinterpreted’ dan tak husnuzan. In between saya terus mencelah dan tanya.
“Abang nak pergi bank jugak ke? Dalam bank agak clear tak ramai orang. Saya baru lepas settlekan urusan bukak akaun bank untuk anak saya ni,” tambahnya.
Ads
Setelah diberitahu perkara sebenar oleh Norman, barulah lelaki itu sedar bahawa yang dilihatnya adalah anak kepada pelakon itu. Lebih lucu apabila Norman turut berseloroh dengan menyoal kembali tanggapan lelaki itu kepadanya.
“Dia jawab, ‘Oooooo…anak..huh, dah besar ye anak. Saya ingat siapa tadi’.
“Saya tanya balik ‘Abang ingat girlfriend saya ke?’ Dia terus gelak besar dan tukar topik raya,” ujarnya.
Tidak mudah melenting, Norman turut berhusnuzan dan menganggap bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai media sosial dan tidak cukup mengenali keluarganya.
Ads
“Saya dah agak dah. Ramalan ku benar belaka.Saya cuba husnuzon mungkin abang ni takde socmed dan dengar story saya dan keluarga dari wife atau anak-anak dia kot. Tapi abang ni memang nampak baik orangnya,” katanya lagi.
Sementara itu, Norman sempat mengucapkan terima kasihnya kepada para pekerja bank CIMB yang telah membantu urusan anaknya itu.
“Terima kasih staff-staff CIMB, Puan Yanie dan Puan Diyana yg assist saya dan Dania untuk urusan bukak akaun bank dan tukar duit raya,” tulisnya.
Norman yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi wanita, Abby Abadi pada 2002 namun berpisah pada 2009. Hasil perkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.
Sumber: Instagram Norman Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita perihal mandi, itu memang menjadi aktiviti kebiasaan setiap antara kita. Malah sebagai ibu, kita juga sudah biasa memandikan anak-anak semasa mereka kecil. Namun ada sesuatu yang antara kita jarang hendak buat tentang mandi ini.
Apakah dia? Ia adalah mandi dengan pasangan. Mungkin kalau ada yang pernah buat di awal-awal perkahwinan, namun bila usia perkahwinan semakin matang, terasa segan dan malas pula untuk terus melakukan aktiviti nan satu ini.
Sebenarnya, alangkah ruginya kita sebagai isteri jika tidak mengekalkan amalan mandi bersama suami. Nak tahu apa sebabnya, jom semak!
[su_highlight background=”#e9e4e5″ color=”#a1192c”]5 Manfaat Mandi Bersama Pasangan[/su_highlight]
Kekal romantis
Cara untuk kekal romantis memang banyak, dan salah satu daripadanya adalah dengan mandi bersama. Apabila suami dan isteri melakukan aktiviti privacy sepertinya ini yang dilakukan bersama-sama akan menambah keharmonian dan romantisnya hubungan di dalam rumah tangga.
2. Bentuk badan lebih menawan
Tidak dinafikan bila bentuk badan semakin kurang menarik boleh menyebabkan sesetengahnya berasa malu untuk mandi bersama. Namun jangan jadikan ini alasan tetapi jadi ia sebagai semangat untuk berusaha menjaga bentuk badan dengan sebaik mungkin agar terlihat sempurna di mata pasangan.
Dapat pahala ibarat sedekah 1000 ekor kambing kepada fakir miskin.
Setuju atau tidak, bila mandi bersama sebenarnya lagi mudah untuk kita dapat membersihkan diri? Apa tidaknya, saat mandi bersama itulah bolehlah suami tolong sabun dan gosok pada bahagian-bahagian badan yang tidak dijangkau oleh tangan kita sendiri.
Hilangkan stress
Kalau sesiapa yang belum pernah mandi bersama, baik cuba sekarang dan rasa kesannya. Biasanya selepas mandi bersama suami anda akan rasa lebih tenang dan bebanan atau tekanan kerja akan hilang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila difikir-fikir, tiada salahnya bila en suami ringankan tangan untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja di rumah. Bukankah bila setiap tugas dibuat bersama-sama, kerja akan lebih ringan dan secara tidak langsung kerja cepat siap?
Selain aspek masa dan tenaga, ada satu perkara penting yang mungkin ada yang terlepas pandang tentang bila suami isteri ini pandai membahagi tugasan. Nak tahu apakah itu, jom semak perkongsian Puan Ashikin Hashim ini.
Suami Tak Tolong?
Saya pernah diajar oleh seseorang untuk sama-sama beri tanggungjawab rumah dan anak kepada suami. Jangan buat sorang-sorang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Walau benda sekecil buang sampah. Suami duduk depan TV. Kita beri dia tanggungjawab untuk buang sampah itu. Bukan jeles dia duduk depan TV tapi kita tak mahu kedekut seorang diri buat kerja rumah.
Percayalah. Tak semua lelaki tahu nak buat kerja rumah tanpa disuruh. Mereka adalah lelaki yang kita mesti terus terang. Tak boleh nak cakap alas-alas atau hint-hint sahaja.
Ramai suami yang kalis muka merajuk isteri. Selagi tak cakap minta tolong, dia tak akan faham muka cuka isteri dia tu sebenarnya nak suruh suami dia tolong buang sampah.
Ramai suami yang telinga kalis bunyi. Walaupun isteri hentak-hentak kaki ke hempas barang ke, dia tak akan faham yang isteri tu suruh basuh berak anak selagi dia tak cakap – abang, boleh tak basuhkan berak anak ni.
Contoh lain. Hal anak-anak.
Walaupun kebanyakan masa kita sebagai ibu yang paling banyak masa dengan anak, tapi tolonglah bagi suami merasa untuk pikul tanggungjawab tersebut. Jika anak beri surat nak pergi lawatan contohnya. Minta anak untuk tanya izin ayah. Walaupun duit mak yang bagi misalnya. Tapi didik anak untuk minta izin dari ayah. Didik anak bahawa ayah adalah ketua keluarga.
Bila kita berbagi tanggungjawab dan tugas, suami akan rasa dia bertanggungjawab atas keluarga dia. Dia tak akan rasa – alah isteri aku boleh hidup tanpa aku, isteri aku pandai semua benda.
Ya, memang isteri tu kalau campak dalam hutan pun boleh hidup, tapi kita nak suami pun rasa macamana urus rumah, macamana nak beli barang dapur, macamana nak urus berak anak.
Ramai isteri yang makan hati sebab geram suami tak tolong. Ramai isteri tertekan sebab suami lepas tangan. Janganlah pendam. Jangan pikul sorang-sorang.
Ingat ya. Ini semua bukan sebab hanya takut suami tu tinggalkan kita. Tapi mungkin kita yang akan pergi dulu meninggalkan dia. Siapa yang nak jaga anak-anak kita kalau suami kita tak tahu tanggungjawab dia? Jom kita bantu suami kita.
Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta anda hanya dengan menggunakan dua bahan.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di