Bila bulan puasa ni, bazar adalah tempat utama untuk mencari makanan.

Namun, harus diingat dalam membuat pilihan juadah, anda mestilah berhati-hati dan teliti dalam memilih makanan supaya tidak menghadapi masalah keracunan makanan.

TIPS UNTUK ELAKKAN KERACUNAN MAKANAN:

1. BAU

Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

2. WARNA

Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.

3. BERBUIH ATAU BERKELADAK

Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.

4. RASA KERAS ATAU KERING ATAU SEDIKIT GELAP DARI SEPATUTNYA

Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.

IKLAN

5. JANGAN SIMPAN MAKANAN LEBIH 2 HARI DALAM PETI SEJUK BAWAH

Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.

6. TIADA TAHI LALAT ATAU DIHURUNG LALAT

Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.

7. TEKSTUR MAKANAN & MINUMAN

Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.

Jamah Juadah Berbuka, Jangan Main Bedal Je! Doktor Ini Kongsi 7 Tip Elak Keracunan Makanan

IKLAN

PERIKSA DAHULU SEBELUM BELI

Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ni sedap yang tu surr sana memikat selera situ bau, buat rusuk eh perut bergetar. Macam macam.

Biasalah kan ni. Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.

Ok saja nak membeli cuma berhati hati. Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.

Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak. Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.

Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan. Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka dah la lapar, nanti jatuh sakit pula.

IKLAN

Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na. Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh.

Sumber: Facebook Erna Nadia

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI