Baik suri rumah mahupun ibu berkerjaya pasti mendambakan kediaman yang bersih, kemas dan cantik. Tetapi, lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Petua mudah ni dikongsikan buat ibu-ibu yang ingin memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.

Sebelum itu, mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Ikuti langkah mudah ini dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.


Tips Lantai Rumah Sentiasa Berkilat.

Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!

Hanya guna tiga bahan ini. Caranya pun cukup mudah.  Air panas + cuka makan + downy dicampurkan sekali dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba ni!

Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!

Memang berkilat & wangi satu rumah. Selamat mencuba!

IKLAN

Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!

Selain pastikan lantai bersih dan berkilat, ibu-ibu juga boleh cuba langkah ini untuk kediaman anda.

Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali.Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Cara:

IKLAN

Mudah sahaja, ancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Cara:

IKLAN

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Cara:

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Jangan Abaikan 3 Bahan Ajaib Ini Kalau Nak Kilatkan Permukaan Lantai Sampai Boleh Buat Cermin. Cukup Mudah & Rumah Pun Wangi!

Kredit : Najirul Airis Faris Iman, Ilham Deko

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI