Persediaan penting dalam menjadi ibu bapa tak perlu pergi program yang formal untuk membantu kita mendapatkan tip keibubapaan.

Dari mengandung hingga melahirkan sehingga masuk sekolah, jadi sebab itu dalam mendidik anak-anak ikut peringkat umur. Seperti mana yang dikongsikan oleh Rasullah saw.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

Berkongsi ilmu dalam webinar Sayang Anak Ketat-ketat anjuran komuniti Family & Parenting yang berlangsung pada Ahad, 20 Mac 2022 secara virtual, Irma Hasmie mengakui cukup menitikberatkan solan pendidikan pada anak-anak.

“Saya kutip pengalaman daripada orang sekeliling termasuklah keluarga dan kawan-kawan. Jadi secara tak langsung boleh aplikasi dalam kehidupan seharian.

“Sebab tu,  jangan kedekut untuk berkongsi ilmu keibubapaan, walaupun sedikit tapi perkongsian itu dapat pahala. Mungkin tak nampak sekarang kerana mungkin tidak secara zahir, tetapi pahala itu dikutip pada di akhirat kelak.

“Apa yang boleh saya katakan, dalam mendidik anak-anak elak daripada kita menjadi garang, bila kita tak didik awal itu yang membuatkan kita mudah naik marah, emosi dan sebagainya.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

“Sebab tu kena didik dari sekarang. Anak-anak kecik tak tahu apa-apa jadi kita yang kena corakkan dengan mendedahkan dengn apa yang kita mahu,” jelas Irma dengan panjang lebar.

Jangan takutkan anak-anak

Menurut ibu kepada dia cahaya mata ini, sebagai ibu bapa kena terapkan rasa seronok dalam diri anak-anak untuk kesekolah.

“Biarkan anak-anak rasa pembelajaran di sekolah itu sesuatu yang menyeronokkan, bukan menakutkan. Apa benda yang bagus jangan takutkan anak-anak, biarkan mereka rasa  teruja. Jadi, bila tiba cuti sekolah mereka rasa frust.

“Saya dulu  malas nak ke sekolah, jadi apabila dah ada anak saya tak nak mereka jadi macam saya, tanamkan dalam diri untuk mencari ilmu.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

“Misalnya anak minat agama,jadi hantar ke sekolah agama, kalau anak suka dengan subjek bahasa, jadi dedahkan mereka dengan aktivitri  yang berkaitan. Mereka takkan duduk diam dan sentiasa nak belajar.

“Apabila bergelar ibu, sudah banyak fokus pada anak-anak berbanding bidang seni. Kalau dulu lepas kahwin, saya terus dapat anak, keutamaan adalah famili dan anak-anak,” jelasnya lagi.

Korbankan kerjaya demi keluarga

IKLAN

Dia yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan, namun selepas mendirikan rumahtangga, Irma memilih untuk fokus kepada keluarga.

“Saya terpaksa membuat pilihan mana yang lebih utama.  Jadi, saya memilih keluarga. Saya tahu dan hormat pilihan setiap orang. Saya tahu kelemahan saya, kalau pilih lakonan pasti tak dapat uruskan anak-anak.

“Saya tak mampu bahagikan masa untuk ekdua-duanya. Setiap orang tahu tahap diri masing-masing. Dan saya tahu kalau penat balik dari shooting, tak ada masa untuk anak-anak tetapi ada orang mampu berbuat demikian.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

“Jadi saya memilih bidang lain iaitu bidang pengacaraan. Alhamdulillah, saya punya waktu untuk menguruskan anak-anak dan juga kerjaya. Saya buat pilihan  yang sesuai.

“Dulu pernah ada pembantu rumah memandangkan saya dapat anak  rapat, waktu anak sulung 8 bulan saya sudah mengandung anak kedua. Jadi bila anak kedua lahir, saya tak menang tangan. Ibarat jaga anak kembar. Saya tak bersedia tetapi Allah dah bagi rezeki jadi saya terima.

“Jadi saya ambil pembantu tetapi hanya untuk uruskan kerja rumah seperti mengemas, bersihkan rumah, penyediaan bahan memasak atau lipat dan basuh kain.

“Saya nak fokus pada anak-anak jadi hal lain kena ada pembantu uruskan. Selama lebih kurang setahun setengah saya guna khidmat pembantu rumah kemudian dia habis kontrak dan setakat itu sahaja. Saya pun uruskan sendiri.

“Ini satu pengorbanan saya dalam menguruskan anak-anak.  Bukan saya seorang sahaja, bahkan ada juga wanita di luar sana yang sanggup berkorban kerjaya demi anak tetapi ganjaran kita peroleh kelak di akhirat nanti.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

IKLAN

Pernah rasa ‘terkoyak’, down & sedih

Setiap ibu berdepan dengan karenah anak-anak dna juga kerjaya, demikian juga dengan Irma. Akuinya ibarat jaga anak kembar.

“Waktu itu, kalau tak ada orang membantu memang agak sukar. Rasa diri ketika itu ‘terkoyak’ juga malah tak fokus bab melawa, diet dan sebagainya., memang itu ujian yang saya hadapi. Waktu kita lalui  situasi itu, memang kita rasa down, sedih  tetapi apabila sudah lepas tahap itu kita rasa syukur dan gembira. Inilah waktu untuk kita reward diri sendiri. Sebab itu darjat seorang ibu diangkat tinggi dek kerana pengorbanan mereka.

“Bab ibu bertukar jadi rimau dan sebagainya, jujurnya saya pernah lalui tetapi kita kena selalu beringat. Tetapi kita jangan keterlaluan, jangan jerit seperti orang meroyan sampai anak terkejut tengok dan terkesan.

“Sebab itu, jangan keterlaluan dan ubah perlahan-lahan. Itulah pentingnya muhasabah diri. Saya sendiri, kalau terbuat anak begitu jangan biarkan. Panggil anak terutama waktu mereka nak tidur, terangkan dan cakap apa kesalahan mreka.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

“Jangan takut untuk minta maaf dengan anak, jangan berat dan malu untuk minta maaf. Ajar pada anak, dan minta maaf tak jatuhkan darjat kita sebagai ibu bapa tetapi itu salah satu cara kita mendidik mereka supaya  bila mereka buat salah, mereka tak segan untuk minta maaf.

“Bila kita jadi contoh pada anak-anak secara tak langsung itu buat anak terikut-ikut. Terutama sekali anak-anak masih kecil. Kita tunjuk adab dan akhlak pada anak. Jadi mereka mudah minta maaf, mudah minta tolong dan sebagainya.

“Terangkan kembali kenapa kita marah mereka dan secara tak langsung mereka tahu menengking atau menjerit itu satu kesalahan. Kita takkan susah untuk terangkan dan itu salah satu cara kita mendidik anak-anak yang efektif,” ulas Irma dengan panjang lebar.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

IKLAN

Cara didik anak lelaki dan perempuan berbeza

Anak-anak hadiah daripada Allah untuk kita, mereka juga amanah dan ada tanggungjawab jadi klena buat yang terbaik selagi mampu. Cuba yang terbaik, bukan untuk diri sendiri tetapi juga boleh membantu orang lain. Sama-sama peringatkan diri kerana sebagai manusia kita mudah lupa.

“Anak sulung  saya sekarang 9 tahun dan yang kedua 8 tahun. Dalam fasa untuk meneroka pelbagai benda. Sikap ingin tahu dan karekter juga berbeza. Cara saya membesarkan anak-anak antara lelaki dan perempuan berbeza. Ibu paling tahu perangai anak-anak, sebab itu guna ia sebagai cara mudah untuk mendidik.

“Teguran adalah bentuk komunikasi antara ibu dan anak penting.  Komunikasi bukan sekadar bercakap tetapi pelukan dan pandangan pun membantu mendamaikan anak-anak.

“Setiap kali anak perlukan perhatian, berikan layanan pada mereka. Walaupun 1-2 minit pun memadai walaupun kita sibuk. Pandang wajah bila anak-anak panggil mereka.  Kalau tengh sibuk terangkan pada mereka, minta bagi masa jangan terus tolak. Seolah-olah buat anak-anak rasa tak penting.

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!

“Bila kita cakap ‘jangan’ kena terangkan supaya mereka faham apa sebab kita larang. Begitu juga dengan suruh, kalau nak minta anak solat, bantu orang lain, kena terangkan supaya mereka faham. Apabila anak-anak bagi pendapat, raikan dan jangan terus tolak. Tidak ada betul atau salah, sebaliknya kita harmonikan pendapat kita dan anak-anak. Secara tak langsung anak-anak lebih terbuka.

“Paling penting anak-anak mudah untuk mengadu dengan kita dengan apa yang berlaku.  Nikmati waktu anak-anak nak ‘berkepit’ dengan kita. Bila sampai satu tahap mereka  nak privacy dan lebih suka lepak atau duduk dalam bilik, kita akan hilang momen bersama mereka.

“Kita nak mereka kekal kalau ada masalah dan sebagainya, mereka cari kita dan tidak segan silu bercerita dengan kita. Jangan biarkan anak-anak berkongsi masalah atau kegembiraan dengan orang luar berbanding ibu bapa. Sebab tu kita kena jadi pendengar terbaik dan boleh pandu mereka apabila sudah dewasa,” ungkap Irma lagi.

ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Jangan Berat Mulut & Malu Minta Maaf. Tak Jatuh Darjat Sebagai Ibu Bapa.” Jadi Pendengar Terbaik Cara Bonding Irma Hasmie & Anak!


Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
ight=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/yOnETUtkiSc” title=”YouTube video player” frameborder=”0″ allow=”accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture” allowfullscreen>
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI