Anak sulung sememangnya cukup istimewa. Namun lumrah dalam kehidupan, anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik- beradik yang lain.
Hal ini kerana, ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak- anak yang lebih kecil. Jadi, sangat penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada anak sulung mereka, jangan sekali abaikan mereka.
Anak sulung pasti ada tanggungjawab mereka yang perlu digalas yang diberikan oleh ibu bapa. Banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan dan perlu beralah dengan anak. Ibu bapa perlulah menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh anak sulung dan anak yang lain.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, Pegawai Kesihatan Pediatrik, anak sulung akan menghadapi pelbagai tekanan apabila mereka berhadapan dengan cabaran ini.
Antara cabaran yang seringkali anak sulung hadapi ialah:
1. Paling selalu dimarahi oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik- beradik walaupun bukan salah dia.
2. Kurang dapat perhatian apabila ada adik baru.
3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik- beradik sehingga:
– Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.
– Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
Ads
Menurut beliau lagi, terdapat beberapa kesan yang boleh dialami oleh anak sulung disebabkan stress yang dihadapi.
Antara kesan- kesannya ialah:
1. Anak sulung suka memberontak
2. Jadi pemarah dan pendendam
3. Terlampau sensitif
4. Kuat merajuk
5. Suka berlawan dengan adik
Kesian anak sulung kita, antara ke semua anak kita, mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah masih muda.
Ads
Sebab itulah kita perlukan ilmu untuk mendidik anak sulung. Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua dan pemimpin pada adik- adiknya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Ads
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Jika sebelum ini bila lihat karpet atau toto kotor, biasanya kita hantar dobi untuk mencucinya.
Tapi tahukah anda, kita sendiri boleh mencucinya dengan mudah dan bersih dengan menggunakan mesin basuh yang sedia ada di rumah.
Pun begitu, ada teknik yang harus diikuti agar lebih mudah untuk dicuci. Pastikan juga karpen tersebut adalah jenis lembut dan boleh dilipat dan digulung sebagaimana yang dikongsikan oleh Azlida Harun. Jom semak perkongsiannya itu.
TIPS CUCI KARPET/TOTO TANPA PERLU KE DOBI
Tak payah stress bila beli karpet putih gini bertukar jadi kelabu asap.
Meh saya nak share cara cuci karpet atau toto tanpa perlu ke dobi dan cara ni tak rosakkan mesin basuh mahal korang dan tak rosakkan karpet mahal dan toto korang..
1. Karpet dilipat dua, kemudian lipat sekali lagi seperti di dalam gambar.
2. Kemudian gulung kemas.
3. Setelah itu masukkan ke dalam mesin basuh.
Ekstra tip :
# Jika guna sabun serbuk, larutkan dahulu dengan air panas agar sebati.
# Letakkan juga pewangi fabrik.
4. Setelah siap dicuci, jemur hingga kering. Jika cuaca panas terik, 2 jam boleh kering.
Keadaan karpet yang siap dicuci dan dikeringkan. Memang bersih.
Sejak kebelakangan ini, laporan akhbar banyak melaporkan kes yang berkaitan mental. Malah paling tidak disangka adalah bila orang yang kita lihat normal, turut mengalami masalah ini.
Adakah kerana tekanan hidup menjadi punca atau diri sendiri yang tidak pandai mengawalnya.
Disini kami kongsikan beberapa tip untuk kesihatan mental bagi menjamin kesejahteraan masa depan.
Antara tip yang boleh dikongsikan ialah :
SENAMAN
Kesihatan mental dan fizikal itu berkait rapat. Badan yang sihat dapat membina minta yang sihat dan sebaliknya.
Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gymnasium. Boleh sahaja aktiviti di ladang, mendaki tangga, bermain bola, melayan anak-anak dan pelbagai lagi.
KOMUNITI
Hubungan interaksi sosial yang berkualiti dapat membantu kita untuk menyihatkan lagi mental kita.
Usaha untuk menambahbaik kualiti hidup orang lain melalui aktiviti sukarelawan, sudah pasti akan meningkatkan kualiti hidup kita juga.
Menjadi sebahagian daripada kumpulan dapat menimbulkan rasa “sense of belonging” dan ianya sangat baik untuk kesihatan mental kita
MAKANAN
Fizikal dan minda itu saling berkaitan.
Pemakanan yang sihat akan membawa kepada kesihatan fizikal dan kesihatan mental.
SEIMBANG
Stress itu pasti, dan tidak dapat dihilangkan. Ianya penting untuk kita mendapat ‘drive force’. Sebab itu, penting untuk KAWAL. Stress yang terkawal dapat membantu kita mempunyai hidup yang seimbang.
Keluar daripada kesibukan dunia, stress seharian, dan nimatilah masa seronok tersebut. Alang-alang, dapat tingkatkan hormon gembira, dan tambah baik imuniti badan, betul tak?
BANTUAN
Ia dipanggil “Mental Illness”, dan bukan “Mental Weakness.”
Bukan salah atau kelemahan anda sekiranya mempunyai sesebuah penyakit mental. Ia juga bukan berkait dengan lemahnya iman seseorang.
Seperti mana-mana penyakit fizikal, penyakit mental juga perlu dititikberatkan kepentingannya, dan ia bukan bermaksud “Gila”, “Sewel” atau “Dirasuk”.
Tiada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental. Kita tak malu untuk jumpa doktor ketika kita demam, kan? Maka ini perkara yang sama.
PENYANYI Bella Astillah membuat netizen sebak dan mengalir air mata ketika memberikan ucapan Hari Ibu kepada ibunya, Zarina Astillah.
Dikongsi melalui akaun Instagram ERA RM, video yang berdurasi 3:34 minit itu menunjukkan Bella yang memberi ucapan sempena Hari Ibu di konti ERA FM, hari ini.