Apabila bergelar suami isteri tentunya pelbagai perkongsian hidup dilakukan bersama. Dalam pada itu, apabila usia perkahwinan makin bertambah maka tanggungjawab juga turut bertambah dengan komitmen membesarkan anak-anak. Isteri dulunya cantik padangan mata, namun kesibukan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak terurus.
Perkongsian Taufiq Razif mengenai perlunya suami bersikap ringan tolong membantu isteri amat penting bagi memastikan rumahtangga makin bahagia dan hubungan ini pastinya makin sweet! Ikuti perkongsian ini.
Wajah Isteri Comot Macam Lukisan Ni?
Serius isteri saya kadang-kadang lebih comot daripada lukisan ni. Wajah berminyak, muka redup dan berkain batik lembap penuh dengan jeluak susu basi anak!
Pernah juga saya merungut dalam hati ” awat laaaa comot sangat??? Tak sayang suami ke sampai comot taraa ni “
Ads
Yang peliknya suatu hari tu semua comot isteri saya ni tiba-tiba bertukar!
Senyumnya yang dulu tawar hambar kini dah mula manis dan mekar. Kain batik yang dulunya masam kini dah bersih dan semerbak. Wajah yang dulunya redup dan kusam dan dah ceria dan penuh senyuman!
Pelik la saya kan!
Ads
Bila gali punya gali rupanya yang isteri saya berubah kerana saya yang MULA BERUBAH!
Bila saya dah mulai rajin tolong dia jaga anak, kemas rumah, rajin mendengar keluhan dan paling penting banyakkan sikit nafkah bulanan daripada kebiasaan, kepenatan yang terbeban selama ni tu mulai ringan dan menghilang.
Kita sendiri pun kalau tertekan dan kepenatan, muka jadi masam, mood tak stabil dan akhirnya jadi serabut kan?
Ads
Sama la juga dengan pasangan kita. Tu je sebenarnya rahsia nak ubah pasangan. Kita ubah je dulu benda paling mudah dan paling dekat dengan kita.
Memelihara haiwan dianjurkan dalam Islam namun pemiliknya hendaklah menjaga dengan baik kepada haiwan peliharaannya. Penjagaan hendaklah diberikan secukupnya agar haiwan tersebut dapat meneruskan kehidupannya dengan baik.
Ketika ditemubual oleh wartawan Majalah Keluarga, Baharim Abu Bakar memaklumkan memelihara sebanyak 21 ekor kucing yang disifakan bagaikan anak-anaknya. Suami kepada Nur Hanariawati dan bapa kepada tiga orang anak iaitu Nur Fatihah, Nur Farihah dan Muhammad Farhan Iman, begitu teruja apabila berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya bersama kucing-kucingnya.
“Saya dan isteri anggap kucing-kucing saya ini umpama anak sendiri. Gelagat mereka memang menghiburkan kami. Kami amat sayang mereka. Hilang segala tekanan seharian. Gelagat mereka memberikan kegembiraan buat kami. Mereka juga amat manja. Jika waktu malam, memang ada yang akan tidur sekatil dengan kami. Memang kami akan berhati-hati takut ada yang terpijak.
“Jika bersempatan saya akan membawa kucing-kucing ini menaiki kereta. Bawa mereka pusing-pusing sekitar taman perumahan kami. Mereka semua duduk diam.
“Bagaikan anak sendiri, kami memberikan mereka nama dan setiap nama itu berdasarkan karektor mereka. Contohnya, Cici disebabkan kami lihat jiwanya lembut, Jojo pula sikapnya suka bermain dan happy go lucky dan Aladdin pula bersikap seperti ketua yang menjaga kawasan,” ujar Baharim Abu Bakar yang menyebut sebahagian nama kucing-kucingnya sambil membelai lembut anak bulus yang berada disisi.
Jadi ‘bidan’ dan CPR
Memilik kucing dengan jumlah yang banyak sudah pastinya memerlukan komitmen yang tinggi supaya haiwan peliharan ini dijaga dengan sempurna termasuk aspek kebersihan dan pemakanan.
“Setiap pagi sebelum saya keluar bekerja, saya akan pastikan lantai rumah dicuci, bekas najis dibersihkan serta menyediakan makanan kepada kucing-kucingnya.
“Manakala tugas isteri pula lebih kepada pengurusan kucing apabila ada yang demam dan hendak beranak. Saya masih ingat, pernah kucing-kucing kami serentak demam. Isteri merawat kucing-kucing tersebut sehingga perlu bangun dua, tiga pagi untuk memberi air agar tidak alami kekurangan air.
“Isteri saya juga bagaikan ‘doula’ kucing-kucing kami yang hendak beranak. Pernah kucing beranak songsang, sehingga anaknya kena diberi CPR.
“Saya bersyukur, kami berkongsi hobi yang sama meminati kucing. Anak-anaak pula memang tidak lepas peluang bermain dengan kucing-kucing setelah pulang dari sekolah. Kami juga bahasakan diri dengan panggilan ‘ayah’ dan ‘ibu’ bersama semua anak bulus kami ini,” ujarnya yang memperuntukkan RM1 ribu setiap bulan bagi pengurusan kesemua kucing-kucingnya.
5 tahun tak balik kampung beraya
Memelihara haiwan yang manja dan comel ini rupanya memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi Baharim, selama lima tahun, ahli keluarganya tidak pulang beraya di kampung semenjak memiliki kucing yang banyak. Juga pada masa yang sama turut menjalankan perniagaan menguruskan kucing atas nama Katsumi Cat yang memberikan perkhidmatan menjaga kucing, grooming dan cat grab.
“Saya bersyukur ibu saya memahami situasi yang saya tempuhi. Selain menjaga kucing sendiri, saya juga menguruskan kucing pelanggan saya. Ibu saya pernah datang ke rumah melihat saya mencari rezeki.
“Bagaimana pun, jika kami pergi bercuti, paling lama hanya tiga hari sahaja. Dalam tempoh ketiadaan kami, ada adik kami yang akan datang memberikan makan kepada kucing-kucing tersebut,” katanya.
Kematian Aladdin jadi tular
Terdahulu, kisahnya kucing kesayangan Baharim telah menjadi tular ekoran rakaman video beliau sedang menangisi kematian kucing tersayang bernama Aladdin. Isterinya yang memuat naik video di laman sosial Katsumi Cat, tidak menyangka menjadi viral.
“Aladdin begitu istimewa buat kami. Kematiannya seharusnya tidak berlaku, namun akibat kecuaian dirinya, Alladin tersepit pada suatu besi sehingga menyebabkan tulang tengkoknya patah.
“Ia adalah kucing yang diberikan oleh seorang teman.Ketika diserahkan kepadanya, Aladdin berusia lima bulan. Beberapa bulan yang lalu, Aladdin mati pada usia mencecah tiga tahun.
“Saya masih ingat setelah isteri menelefon saya untuk pulang segera setelah berlaku kejadian itu. Menurut isteri, ada mendengar seakan berlaku pergaduhan antara Aladdin dengan seekor kucing peliharan kami.
“Setelah balik, saya dapati Aladdin sudah tidak bermaya. Matanya hanya memandang saya ketika itu hinggalah nafasnya yang terakhir.
“Saya akui tidak dapat menerima kematiannya kerana sebelum saya keluar, Aladdin sihat dan ceria. Untuk kenangan, saya telah tanamnya dihalaman rumah kami,” jelasnya mengimbau kenangan.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibubapa, sebenarnya anda boleh menjadikan mainan sebagai alat bantuan untuk mengasah kemahira di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukanlah sekadar menyeronokkan, malah ia juga memberi banyak manfaat untuk kanak-kanak.
Menurut kajian, dalam membenarkan kanak-kanak bermain dengan alatan permainan sangat penting untuk pembentukan fikiran dan pembangunan minda kanak-kanak.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim. . Nak tahu lanjut, jom ikuti panduan ini.
Mainan murah tapi mahal manfaatnya. Hah, ingat mainan mahal-mahal semua bagus ke. Sebenarnya mainan yang murah-murah lagi banyak manfaat dari mainan mahal tau. Apa sahaja mainan yang anak boleh buat pretend play, itu la mainan yang paling bagus untuk anak 6 tahun ke bawah.
5 sebab pretend play bagus untuk perkembangan anak-anak.
1. Asah kemahiran sosial Dia berlakon konon-konon memasak, jadi doktor, jadi cashier semua tu sebenarnya dia sedang asah kemahiran sosial dia. Dari cara bercakap sampai la kepada cara nak menerima arahan dari orang lain. Itu semua kemahiran sosial. Walaupun dia cakap sorang-sorang, tapi dia sedang berimaginasi bercakap dengan orang lain. Hah, masa tu perkembangan sosial dia akan meningkat.
2. Latihan bahasa Masa anak buat pretend play cuba tengok dia bercakap. Selalunya lebih lancar, lebih petah dan lebih banyak cakap dari biasa. Ini kerana ketika buat pretend play sebenarnya dia sedang sungguh-sungguh menjiwai watak tersebut. Makin dia jiwai watak, makin banyak latihan bahasa dia dapat. Masa pretend play ni juga anak banyak buat eksperimen bahasa dia.
3. Belajar kawal emosi Main sorang-sorang pun kadang macam main ramai orang. Nada suara, gaya tubuh, cara bercakap dia berubah-ubah.. Contoh kalau main pretend bawa kereta, dari kereta tu laju siap ada bunyi broom broom….. Sampai la kereta tu nak terjatuh gaung, oh no. Jatuh dalam slow motion pulak tu. Daripada emosi bawa kereta laju sampai nak terjatuh tu, anak belajar untuk kenal emosi teruja dan suspen. Kadang dia belajar emosi gembira, sedih, marah dan sebagainya. Pretend play bagus untuk kematangan emosi anak-anak.
4. Jadi senaman fizikal dia Pretend play ni bukan terhad pada alat mainan yang tak banyak bergerak je tau, ada juga pretend play yang gasak juga. Contoh macam jadi askar, jadi bomba, jadi adiwira. Kalau dapat mainan ni, memang tak duduk diam punya anak-anak kita. Segala panjang akal dia bermain itu la jadi senaman fizikal dia hari-hari. Makin kuat dan sihat la anak kita lepas tu. Cuma kena sabar la kalau rumah sepah dan bising selalu. Huh!
5. Kemahiran berfikir berkembang Ingat senang ke nak berimaginasi? Imaginasi ni perlukan kemahiran visual dan kreativiti otak yang tinggi. Anak yang boleh fokus dan kreatif sahaja boleh buat pretend play ni. Main pretend play ni lebih banyak kembangkan kemahiran kreativiti otak anak kita berbanding lego, monopoli, puzzle, dan permainan canggih lain. Tidak ada peraturan, tidak ada sekatan. Perkembangan anak kita tak terbatas, unlimited learning. Terbaik untuk otak anak kita ni.
Masa anak buat pretend play tu jangan kacau pula, melainkan kita di jemput. Kalau di ajak main sekali pretend play dia hah, layankan sahaja la. Walaupun main masak-masak. Ikut kajian anak yang bermain dengan orang dewasa perkembangan mereka jadi 2 kali ganda lebih cepat berbanding main sorang-sorang. Mainan murah tak apa, janji banyak manfaat. Wallahu A’lam
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Fitrah kanak-kanak sememangnya untuk bermain. Jangan disekat kerana itulah fitrah mereka ketika melalui waktu kecil yang panjang.
Maka bantulah anak-anak untuk menjadi lebih indah di waktu kecilnya. Jangan dibiarkan minda anak kesunyian apa lagi disaratkan dengan pelbagai akademik yang bukan masanya.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan untuk mak ayah.
1. Terlalu “pushy” dalam akademik hingga abaikan waktu bermain anak
2. Larang anak bermain sebab nak dia belajar sepanjang masa
3. Terlampau penuhkan jadual harian dia dengan belajar hingga anak tak diberi langsung masa untuk bermain
4. Nak sangat anak cepat dewasa hingga anggap waktu bermain tu suatu yang “childish” untuk anak
5. Bagi terlampau banyak tanggungjawab & beban pada anak hingga anak hilang minat untuk bermain
6. “Kurung” anak dalam rumah sepanjang masa hingga anak tak boleh keluar langsung untuk bermain. Carikan kejiranan yang selamat untuk anak kalau memang kejiranan tu bahaya untuk dia
7. Sibuk sangat mengadap handphone sampai lupa nak bermain dengan anak. Wahai ayah, tahu tak anak kita dapat “peak of oxytocin” ketika bermain bersama ayahnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.