Hubungan suami isteri ini cukup akrab dan rapat, bagaikan isi dengan kuku dan andai cubit peha kanan, peha kiri terasa. Boleh dikatakan segala rahsia pasangan, baik buruk perilaku semua rahsia tersimpan kemas antara suami isteri.

Pun begitu, ada juga segelintir suami merasakan saat dirinya memerlukan nasihat dan pandangan, jarang-jarang sekali mendengar pandangan isteri. Mungkin kerana sikap ego atau merasakan pandangan isteri tidak ‘sekepala’ menjadikan selesa mendengar nasihat dan pandangan orang lain.

Sedangkan isterilah yang paling tahu berkaitan suaminya, lazimnya apa yang diucapkan adalah ikhlas dan jujur dari hati. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Liyana AuraRich ini. Semoga perkongsian ini, bermanfaat dan dapat menyedarkan pada lelaki bergelar suami agar lebih menghargai pandangan dan nasihat daripada isterinya, insan paling hampir dan rapat dengannya.

Suami Nak Dapatkan Nasihat Ikhlas & Paling Berniat Baik, Cari Isteri. Deep Perkongsian Ni!
Gambar hiasan

Tiada Yang Lebih Mengenali Selain Isteri 

Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?

Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.

Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !

Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.

IKLAN

Isteri Penasihat Terbaik

Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!

Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi. Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah dicipta untuk kita !

Kata-kata Paling Jujur

Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.

IKLAN

Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.

Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.

Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!

ARTIKEL MENARIK : Petua Jadikan Kelurga Kekal Bahagia. Buat 10 Perkara Ni Terlebih Dahulu. Rugi Tak Cuba!

ARTIKEL MENARIK JUGA : Tanam Orkid Lebih Subur Berbunga Lebat Menjadi Bila Buat Trik Ni!

IKLAN

Pujian Isteri 100% Benar

Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya. Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!

Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya. Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.

Wallahu A’lam,

Sumber :Liyana AuraRich

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI