
Mungkin dah terlalu lama kami berkahwin. Anak pun dah tiga..jarang sekali nak bermesra dan romantik macam dulu dengan suami. Kadang rasa sunyi.
Bila nak manja-manja rasa kekok.
Inilah sebahagian keluhan sesetengah wanita mengenai hubungan suami isteri. Tidak semesra dahulu, ketika mula berkahwin.
Pernah tak anda rasa, pagi-pagi ketika buka mata, rasa sunyi dan sepi memandang wajah suami. Tanpa kata dan tanpa rasa. Pandangan terasa kosong. Tiada lagi usapan mesra atau ciuman hangat melekat di pipi seperti dulu.
Sunyi rasanya bila rumah tangga yang indah dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa aura romantik seperti dulu. Bila ini berlaku, jangan biarkan hari-hari anda dan suami terus suram.
Sebaliknya bangkitlah dan ubah corak kehidupan anda sambil pupuk cinta semula bersama suami tercinta. Ikuti tip ini. Rugi kalau tak buat!

1. Imbau Detik Lama
Ingat semula macam mana suami cuba pikat kita dulu. Tapi kali ini bertukarlah, kita pula yang cuba mendapatkannya semula. Tidak salah kan?
Kalau dulu dia berusaha mendapatkan nombor telefon kita melalui teman atau melalui kiriman nota ringkas, buat semula benda sama padanya. Bagi nota kecil kepadanya tanda nak pikat dia. “Boleh saya berkenalan dengan awak”.
Hantar pesanan ringkas menyatakan keinginan kita nak lebih mengenalinya. Pancing lah hati suami dengan ayat pelik yang bikin hatinya cuak seketika. Ayat-ayat ringkas tetapi penuh daya tarikan buat suami ‘turn on’ kembali mood bercinta.

3. Pick Up Line
Ikutlah aliran semasa dengan memberi pick up line paling win buat suami tercinta. Tak perlulah malu-malu kucing. Kan dah lama hidup bersama. Kalau langit tu luas, luas lagi sayang sayang kat b…ehem!

4. Atur Temujanji
Bila hati dah tercuit apa kata ajak suami untuk dating kat luar. Makan malam dengan nyalaan lilin di meja makan pasti buat bangkit semula rasa cinta. Tapi janganlah bawa anak-anak ya..mengganggu waktu berdua nanti. Restoran makanan mewah pastinya menyajikan pemandangan yang cukup selesa untuk anda mengimbau detik manis bersama. Romantik!

5. Bagi Hadiah
Dulu masa nak tackle pasti sanggup belikan hadiah buat suami kan? Buatlah cara yang sama. Sesekali buatlah kejutan paling gempak buat suami tercinta. Hantar kiriman hadiah berbentuk barangan atau apa sahaja ke pejabatnya supaya dia lebih teruja. Usikan teman-teman pasti buat dia rasa bangga kerana memiliki isteri seperti kita. Wow!

6. Pilih Midnight
Jika dahulu ketika bercinta boleh menonton wayang midnight bersama-sama, mengapa tidak selepas berkahwin? Ajak suami untuk kongsi minat ini sekali sekala. Biarkan anak-anak tidur terlebih dahulu dan keluarlah menonton bersama suami. Buatlah kejutan dengan beli tiket terlebih dahulu dan letakkan tiket ini di dalam dompetnya. Surprise!

7. Dating Selalu
Ambil masa berdua untuk keluar dating bersama-sama seperti waktu bercinta dahulu. Sebulan sekali perlu untuk anda suntik semula rasa cinta kat suami. Pikatlah suami sehabis baik. Peganglah tangan ketika berjalan atau paut lengannya. Pasti si dia cukup suka akan perlakuan manja anda ini.

8. Sentuhan Mesra
Setiap kali berdating samada menonton wayang atau ketika makan sekalipun, pastikan akan bersentuhan dengan suami tercinta. Letakkan tangan di atas pahanya atau sesekali suapkan makanan dengan lembut kepadanya. Romantik sekali. Namun yang pasti semuanya halal belaka. Itulah kelebihan anda dan suami.
Tahukah Anda?
Menurut Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, dengan kuasa sentuhan, suami isteri akan dapat mengenang kembali saat mereka bercinta di awal berumahtangga dahulu. Jadikanlah satu kelaziman pada setiap malam, saling berpegangan tangan dan saling memandang antara satu sama lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di





“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.







