Anak ini masih bersekolah. Setiap hari ada masalah pada hidung. Kerap bersin, mengeluarkan hingus, hidung tersumbat dan kadang-kadang mata berair. Selalunya ambil ubat di klinik-klinik terdekat atau farmasi.
Dalam seminggu ini masalahnya semakin teruk. Pening kepala dan sakit sekitar mata serta dahi tidak sembuh-sembuh. Badan juga rasa tak sedap-sedap.
Tiba-tiba pagi itu, anak ini tidak sedarkan diri. Dipanggil-panggil tidak juga dapat memberi reaksi balas seperti selalu. Anggota tubuh sebelah kanan sukar hendak digerak. Lemah.
Keluarganya segera membawa anak ini ke hospital. Ujian CT scan dan MRI dilakukan seberapa segera yang mungkin. Rupa-rupanya keseluruhan bahagian kiri rongga-rongga sinus anak ini sudah dipenuhi dengan jangkitan. Nanah dan cairan kuman ini juga sudah merebak ke sebahagian otak sebelah kiri. Ini yang menyebabkan tahap kesedaran anak ini terjejas serta anggotanya separa lumpuh!
Sebaik sahaja kes ini dirujuk kepada kami, pembedahan segera terus dilakukan di dewan bedah dengan bantuan pakar neurosurgeri bagi mengeluarkan nanah yang ada di dalam kepala.
Ads
Pembedahan “Functional endoscopic sinus surgery” yang kami lakukan berjaya mengeluarkan cairan nanah daripada rongga-rongga sinusnya. Alhamdulillah semua proses pembedahan ini berjalan dengan lancar.
Hari ini, anak ini masih direhatkan dengan bantuan ubat. Mari kita berdoa agar anak ini kembali sihat. Semoga ibu dan ayahnya dapat melihat kembali senyuman anak istimewa ini.
Ads
Beberapa pengajaran dan pesanan untuk kita semua. Hati-hati dengan simptom gejala sinusitis dan resdung yang kita mungkin terlepas pandang :
1. Kerap alami masalah gatal-gatal hidung.
2. Hidung sering tersumbat. Hati-hati jika disertai dengan darah.
Ads
3. Selalu mengadu hidung berair, boleh mengeluarkan cecair kuning atau kadangnya berbau.
4. Gatal-gatal dan berair pada mata.
5. Untuk kes lebih serius, boleh alami juga pening kepala dan berat pada kawasan dahi, muka, pipi serta sekitar mata.
Memang jadi masalah kalau semut mula buat sarang di rumah kita.
Semut yang bersarang di rumah kita adakalanya buat kita rasa rimas. Mana tidaknya pantang sahaja makanan ditinggalkan tanpa bertutup, mulalah semut datang bertandang.
Lagi bimbang jika semut memasuki bekas air di rumah kita. Tak mahu anak dan keluarga alami masalah pelupa gara-gara minum air bersemut.
Makanan manis terutamanya paling berisiko. Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang
ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan di blog fydahnoh.com ini. Sebenarnya ada banyak petua bagi menghalau semua ini secara semulajadi. Jom cuba.
Tabur Serbuk Kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk.
Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun Sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit Telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Kulit Timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air Serai Wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut
tidak boleh panjat meja. Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam Gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak
akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili Kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas. Letakkan sedikit bunga cengkih bersama.
Bawang Merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan cabaran wanita yang bergelar ibu adalah menjaga berat badan ideal. Hal yang sama juga telah dilalui oleh Sha Pinky dan berkongsi tip serta yang dilakukan untuk kembalikan berat badan impiannya.
Jom semak dan moga menjadi inspirasi buat ibu-ibu untuk menjaga berat badan ideal.
NIAT SY : AKU NAK KURUS MACAM ANAK DARA !
Ramai yang down sebab masalah ni..mcm mana nak buat?? ok…ni cara sy
Dari size L ke S..now i am happy..sekarang sy just mantain..biar bdn kurus2 ada2 isi sikit..hehe..kurus sgt tak cantik kan.. :p hampir setahun dah berlalu zaman gemok ni, sy just mantain kan berat badan sekarang..
Jadikan kehidupan sy ini, sebagai satu pengajaran..jangan terlambat seperti saya..saya tahu , ramai isteri2 di luar sana mengalami masalah macam sy..
Saya just menceritakan pengalaman sy spya dapat dikongsi bersama dlm melalui hidup yang mencabar ini..kepahitan hidup buat saya dah jadi biasa, dan skng saya just anggap tanpa kepahitan kita tidak akan tahu menilai kemanisannya. sebab kita kenali apa itu manis selepas kita merasa dulu apa itu pahit.
Banyak juga perceraian di sebabkan masalah berat badan , busuk , tak pandai jaga badan..so benda ni la yang kite nak jauhkan..
Saya tahu sedihnya jadi gemok ni…sedihnya bila badan naik..i feel u :p ..orang caci, orang ejek, orang maki, orang pandang mcm bagusss je..lepas tu, kite selalu jadi bahan ketawa kawan2, jiran2..lagi sedih bila tiba2, pasangan kite beza kan kite dengan perempuan yang cantik2 slim melim..ape kau rs time tu?? rasa mcm nak hempuk je kan?? hahaha..serius memang rs nak hempuk!! saya percaya, bila kite berada di situasi “berat badan naik” , kite akan rasa rendah diri..mula la kepala fikir, “eh, suami aku ada perempuan lain ke”..dan akibatnya, suami jadi mangsa stress..hehehe..
Tapi selepas hempuk tu, rasa puas ke?? yes..puas la..tapi time tu je..mesti lepas tu rasa x puas hati lagi..sebab masih gemok..so ape caranya nk bagi puas hti??? apa kata balas dengan cara halus..halus???? makluk halus ke?? pergi bomoh ke?? eh..gila..jangan cari pasal :p hahaha..
Maksud sy, kite cuba ubah jadi lebih better..cara ni mungkin akan ambil masa, tapi dalam masa yang sama, boleh didik hati kite untuk jadi lebih sabar, belajar untuk redha, belajar terima dugaan Allah itu adalah kerana Allah sayang pd kita , supaya kite boleh jadi lebih kuat..dan cara ini juga yang buat sy rasa tenangggg sangat..hapuskan!! hapuskan segala rasa dendam di hati…
INI LA MASA NYA..APA??? BANGKIT!!!! TANAM SEMANGAT “AKU NAK KURUS”
Orang hina kite nak nangis ke?? lepas tu nak sedih2?? lepas tu nak merintih?? harap belas ihsan kawan2 utk fahami isi hati kau yang tengah gemok tu?? sape nak dengar??? ada ke kawan2 yg sanggup gembira dan sedih bersama?? ada??? ada?? ADA tapi susah nak cari..untuk apa harap org?? Tuhan bagi akal, bagi cukup anggota badan..fikir lah..buat la…jangan harap orang je..buat sendiri..
Lumrah dunia, stiap manusia tengok benda2 yang cantik..kite jangan marah pasangan bila dia suka tengok benda2 cantik sebab benda cantik semua org pun suka..kite bangkit, kite tekad, kite usaha untuk jadi lebih baik dan baik..
Jadi sy tekad utk kurus..sy teruskan diet..dan ini cara sy :–
sy boleh trun anggran 12 – 13kg dalam ms sebulan +..
ramai yang text sy..mcm mana sy bangkit..mcm mana sy boleh turun kan berat badan.. sebenarnya saya malu nak upload gambar sendiri..betapa buruk nya sy time tu..tp di sebabkan ramai yang mtk ajar..jadi ini yang sy buat..harap2 tulisan ini boleh membantu isteri2 dan wanita di luar sana juga,.dah lama sy nak post benda ni..tp banyak kali sy fikir..tp sebab ramai yg pm sy..sy tulis juga kt sini..
Adat bila dah melahirkan anak..berat badan pun berubah..ini la pengorbanan seorang ibu..yang tak boleh di bayar dengan duit pn..untuk suami di luar sana..hargai isteri anda..
sebenarnya cikgu Razak Rahim adalah sumber inspirasi sy untuk kurus..dia la punca pembakar semangat utk sy jd mcm dia..ada 1 hri tu (pagi)..sy terbaca kisah dia dkt fb ada 1 malam ni..hilang 17 kg selama 21 HARI..dalam hati sy..wow..dasyat nya..
so hati dah terdetik , ” aku nak jadi mcm dia…kalau dia boleh, y not aku??? ..aku nak juga mcm dia..aku nak kurus untuk suami aku ( ms tu blm berpisah lg)..aku nak cantik untuk suami..nak pakai cantik2 untuk dia..”..
saya bgthu bekas suami dlu..sy nak kurus..sy nak cantik..dia gelakkan sy…dia cakap , tak percaya..sy cakap, takpa..sy akan bukti kan..tunggu lah!! saya teruskan juga!!
pagi tu juga, dalam keadaan tak sedia tp semangat ada..haha..terus sy ambil keputusan untuk ikut cara cikgu tu..
hari pertama buat, turun 1kg..yessss!! kau boleh sha!!..seriusly mental memang nak kena kuat..kalau tak kuat, habis..
>>> ini cara dia (saya tolong copy paste)..sebab memang ini cara yang sy ikut ..lebih kurang atkin..so sy join group Kelab Diet Atkins [Malaysia] (boleh join group ni) ..sy baca semua komen2..sy tiru cara diorg kurus..atkin ni kena faham btl2 apa itu atkin..bukan main buat je..salah cara, effect pada diri nanti..tu pentingnya baca dulu..kenal dulu keperluan diri sndri..jangan main redah..
bukan senang nak cantik, tapi tak susah jika nak..
NO CARBO, NO SUGAR, NO FRUIT
Tempoh pembasmian lemak asal dalam badan selama 14 hari. Tanpa karbo, tanpa gula dan tanpa buah. Tenaga dari lemak asal dalam badan akan digunakan untuk memproses protein yang kita makan 14 hari pertama.
Untuk menu selama 14 hari:
Sarapan pagi – tiga biji telur setiap pagi Makan tengah hari – Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli je) Makan malam (sebelum 7 petang) – Sup sayur hijau, ayam atau daging
Makanlah berkilo-kilo protein setiap hari. Lagi banyak kilo turun sebab lemak-lemak asal dalam badan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan.
Ingat, disiplin mesti kuat. Seriously saya tak ambil karbo, gula dan buah selama 14 hari. Sayur yang dalam kategori buah pun saya elakkan. Tak tipu. Seafood pun tak makan. Air kosong sahaja 3 liter sehari.
Selepas 14 hari pembasmian lemak dalam badan, hari ke-15 bolehlah makan karbo. Tetapi makan karbo 1/4 dari kebiasaan saja. Kalau selalunya 4 senduk nasi, jadikanlah satu senduk saja. Lebihkan lauk. Yang penting jangan skip makan.
ni detail lebih lanjut (dari cikgu razak rahim ): https://www.facebook.com/zaqqs/posts/1163775120319769 _________________________
sekarang nasi bukan makanan harian sy..sebab dah terbiasa.
Selepas kawen habis semua barang2 makeup sy tinggal kan..sy lebih prefer sarung tdung, bedak skit, lepas tu dah..simple sangat..buruk!! tak macam ms anak dara dlu..
so skng bila dah dapat berat ideal..saya mula seronok..mula kenal balik dengan brg2 makeup..sy dah mula suka beli baju, sy dah suka prgi saloon..pelahan2 sy ubah..
sekarang masih tak sempurna..tapi saya sudah cuba terbaik untuk happy kan hdup sy..now, sy happy walaupun bergelar JANDA..akhir kata dr sy, GOOD LUCK!
Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan, dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak-anak.
Sempena Ramadan kali ini, Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumumkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang ternyata menerima respon yang cukup baik dari orang ramai.
Masjid Putra Nilai
Masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan kanak-kanak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Sudah semestinya, ruangan khas ini adalah untuk memudahkan para jemaah yang sukar meninggalkan anak mereka di rumah.
Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun. Dalam laman Facebook itu menyatakan nurseri dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.
Lebih menarik lagi ada pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Antaranya:
– Permainan Soopa Doopa
– Tayangan cilik
– Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport.
Biarpun mengenakan bayaran namun usaha kecil ini seharusnya dipuji sebagai salah satu usaha membantu di bulan Ramadan ini.
Masjid Wilayah Persekutuan
Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan turut sama menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.
Menariknya ia diberikan secara percuma sahaja malah boleh terus ‘walk in’ tanpa perlu menempah slot untuk anak-anak. Lokasinya pula terletak di Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bukan itu sahaja, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.