
Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan, dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak-anak.
Sempena Ramadan kali ini, Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumumkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang ternyata menerima respon yang cukup baik dari orang ramai.
Masjid Putra Nilai
Masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan kanak-kanak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Sudah semestinya, ruangan khas ini adalah untuk memudahkan para jemaah yang sukar meninggalkan anak mereka di rumah.
Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun. Dalam laman Facebook itu menyatakan nurseri dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.
Lebih menarik lagi ada pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Antaranya:
– Permainan Soopa Doopa
– Tayangan cilik
– Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport.
Biarpun mengenakan bayaran namun usaha kecil ini seharusnya dipuji sebagai salah satu usaha membantu di bulan Ramadan ini.
Masjid Wilayah Persekutuan
Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan turut sama menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.
Menariknya ia diberikan secara percuma sahaja malah boleh terus ‘walk in’ tanpa perlu menempah slot untuk anak-anak. Lokasinya pula terletak di Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bukan itu sahaja, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut.
Susun Atur Peti Ais Ada Caranya. Baru Mudah Nak Cari Barang. Ikuti Tip Ni.

Peti ais yang bersih dan kemas sudah tentu memudahkan urusan memasak. Jika susun atur kemas mudah nak mencari bahan-bahan masakan.
Malah apabila barang disusun dengan rapi sudah tentu akan memberi pengudaraan yang baik sehingga membantu bahan-bahan kekal segar.
Perkongsian ini susun atur dalam peti ais begitu inspirasi. Boleh jadikan panduan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa utk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dlm petiais utk plan minggu depan punya menu pulak.
Tips nak peti ais nampak kemas dan bersih:
Boleh pasang lapik kat setiap shelf.
Skrg dah trend org pasang glass wallpaper kan? Cantik2 semua. Hani dari 3 4 tahun dulu mmg setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats utk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ). Lagi pulak hani suka tukar2 style kejap corak bunga2 kejap corak lain. Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dr tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sngt peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah2 dan area belakang2.
Bekas penyimpanan:
Pilih satu @ dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais. Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dr segi visual).
Pengkhususan setiap shelf :
Buat pengkhususan setiap shelf utk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok)
Shelf pertama (paste) : utk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bwg putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
Shelf kedua (today) : ni bahagian utk letak protein yang akan dimasak utk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi2 atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bhgn freezer ke bhgn chiller dan hani letak kat sini.
Shelf kedua (leftover) : ni bhgn utk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nnt senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bhgn chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak2 nak simpn lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bhgn freezer.
Kalau hn teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hn just check semula dgn jadual menu mingguan hn bila hn masak lauk tu.
shelf ketiga (dry foods) : ni bhgn utk letak makanan kering mcm hn simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang2 ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
Shelf keempat (vegetables) : utk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun2 (kari, limau, kunyit, kesum dll)
Vegetables drawer : tempat letak sayur2 yang dimasukkn dlm ziplock bag. Pastikan sayur dlm ziplock bag tak dihimpap dgn sayur lebih berat atau besar.
Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampk lebih kemas.
Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
Guna placemats transparent supaya cahaya boleh smpi ke bawah
Bahagian pintu peti ais:
shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade
shelf kedua : letak pes2 lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk
shelf ketiga : air minuman
shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
a)SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.
b)SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang
Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak
c)TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.
kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh
d)UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.
Update: kalau ubat antibiotik selalu hosp/klinik bg yg dlm bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yg ubat tu shj boleh simpan dlm peti ais (seeloknya kat bhgn dalam peti bukan kat pintu). Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan/habiskan dlm tempoh tertentu, cthnya 5 hari, selepas 5 hr kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan smpi anak tak sihat next time pulak sorry lmbt update y ni, ingt nak masuk sekali dlm post pengurusan ubat nnt , tp since rmi yg keliru dgn ubat antibiotik n dgn ubat y lain, hn update kat sini ya. Apa2 pun, please please read the label
Semoga perkongsian bermanfaat
Sumber: Hani Mynis
Jika Mahu rumah Sentiasa Bersih Dan Wangi, Cuba Tip Mudah Ini. Ibu- Ibu Superbusy Sesuai praktis!

Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran. Hujung minggu adakalanya sibuk dengan urusna lain. Jadi, bab nak mendekorasi jauh sekali. Hanya jika ada masa terluang boleh berbuat demikian. Tapi bab bersihkan rumah mahu tak mahu wajib buat. Jangan sampai rumah macam tongkang pecah.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba praktiskan empat langkah mudah ini jika mahu kediaman anda kelihatan cantik dan sentiasa wangi. Jom semak:
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
- Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
- Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
- Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Sumber: Petua Ibu
“Banyak Memori Dikenang, Gelak Tawa Sampai Mata Berair.” Lisa Surihani Kongsi Kebaikan CL Lepas Habis Pantang, Bikin Sebak!

Datin Lisa Surihani baru-baru ini berkongsi momen sewaktu dia berpantang selama 44 hari bersama bayi ketiganya.
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Dato Yusry Abd Halim ini melahirkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Mak Budi yang juga Confinement Lady atau CL yang menjaganya selama dalam pantang.
Menurut Lisa, Mak Budi banyak membantunya mengembalikan tenaga selepas melahirkan anak ketiganya. Walaupun Mak Cudi adalah CL yang dibayar atas khidmatnya, namun keperibadian Mak Budi cukup disenangi mereka sekeluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga @lavenderconfinementcare . Dari waktu hamil trimester kedua, liaise bersama Puan Aishah, yang mengaturkan semua dgn amat sopan dan baik sekali dan mengikuti langkah2 atas sebab keadaan sekarang bg memastikan keselamatan semua.
Menurut Lisa lagi, kehadiran Mak Budi banyak membantunya dalam proses berpantang selain cukup rajin dan khidmat yang diberikan melebihi daripada yang diminta.
Terima kasih Aishah, kerana membantu dan menyenangkan keadaan bg saya sekeluarga sebaik mungkin. Pengalaman pantang yang amat baik bg saya dan anak, Alhamdulillah dikurniakan CL yang baik, Mak @budisampir , servis dijalankan dgn baik, tp Mak Budi buat lebih walaupun tidak diminta.
Bahkan perwatakan Mak Budi yang cukup lemah lembut dan kelakar amat disenangi mereka sekeluarga.
Perwatakan santai, lemah lembut tapi kelakar buat kami sekeluarga jadi biasa dgn Mak Budi. Byk membantu keadaan saya bukan sahaja dari segi physical, tetapi mental dan emosi juga. Byk memori utk dikenang dan ketawa bila ingat kembali.
Justeru, Lisa dalam perkongsiannya mengakui cukup sedih kerana selepas ini mereka berpisah. Bahkan, kasih sayang Mak Budi kepada anak-anaknya membuatkan Lisa terasa sayang untuk berpisah dengan wanita tersebut.
Terima kasih juga kerana menjaga dan menyayangi Yunos macam cucu sendiri sepertimana Mak Budi sayang dan ingat pd baby2 customer lain. Kami akan rindu kehadiran Mak Budi dan gelak tawa smpai mata berair sama Mak Budi. 💜
Selesai ini, saya du’akan moga Mak Budi dan Team Lavender sentiasa di bawah perlindungan Allah swt, moga dikurniakan barakah , rahmah, dan afiah sentiasa.
Sumber: lisasurihani
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster