Jangan buat main bila rasa diri sedang mengalami depresi. Tekanan hidup termasuk masalah tempat kerja, hilang punca pendapatan atau masalah dengan pasangan adalah antara faktor utama ramai yang mengalami tekanan hingga melakukan tindakan di luar kawalan.
Tragedi suami kelar isteri dalam pantang yang tular sejak semalam telah membuatkan ramai yang meruntun jiwa. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak perempuan dan cucu yang masih dalam pantang diperlakukan begitu.
Tinjauan di media sosial, rata-rata meluahkan rasa sebak kejadian itu, Ada juga yang meluahkan rasa marah dan terkejut ia berlaku dalam masyarakat.
Terkesan dengan tragedi, Terapi Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi berkongsi pandangan mengenai tragedi ini. Malah turut menjelaskan mengenai perbezaan mengenai depresi wanita dan lelaki.
“Berangin betul”
Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.
Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.
Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.
Baru kahwin. Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin. Bayi umur 25 hari. Masih masih dalam pantang. Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.
Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.
Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.
Oleh itu, saya mohon padamlah video suspek, kita jaga aib dia insyaAllah aib kita pun terjaga. Jaga kata-kata dan komen kita juga.
Beza Depresi Lelaki Dan Wanita
Tahukah kalian yang:
Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza.
Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dll).
Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu.
Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi.
Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.
Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada. Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.
Ads
Balik rumah kepala rasa “panas”.
Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.
Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.
Teknik Tenangkan Pesakit
Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.
Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:
“Relaxation technique”
Cara lepaskan kemarahan (anger management)
Latihan skil sosial (social skill training(
Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)
Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.
Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.
Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.
Ads
Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.
(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)
Ads
Berbalik kepada kes diatas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Mencari ilham untuk membawa anak-anak bercuti, lazimnya lokasi yang mempunyai kolam renang atau tempat mandi manda menjadi kesukaan anak-anak. Jadi tidak hairanlah, penginapan yang menyediakan khidmat kolam renang turut menjadi pilihan utama ibu ayah membuat tempahan penginapan setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan sering juga berlaku keriangan keluarga bercuti akhirnya bertukar menjadi insiden yang menyedihkan seperti anak lemas dan sebagainya.
Ini seperti mana apa yang terjadi baru-baru ini yang berlaku di depan mata seorang lelaki ini dan seterusnya dia berkongsi kisah tersebut di facebook untuk dijadikan iktibar kepada semua.
Tersepak Anak Kecil Di Dasar Kolam
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.
“Alhamdullilah 20 min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2 3 min sebelum di temui.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian. Kejadian betul-betul depan mata tadi, mak dan ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam pokok-pokok hiasan di laman rumah, tentunya selain tertarik untuk menanam pelbagai jenis pokok yang mengeluarkan bunga yang cantik seperti pokok bunga ros, pokok bunga kertas dan sebagainya, tidak dinafikan ada juga yang meminati pokok hiasan jenis berdaun. Ini memandangkan pokok jenis berdaun juga ada daya tarikannya yang tersendiri.
Umumnya pokok hiasan berdaun mempunyai pelbagai saiz, bentuk ,corak bahkan warna daun yang unik. Ini sekali gus menjadikan pokok hiasan berdaun nampak cukup cantik dan tersendiri.
Ini sebagaimana pokok yang dikenali sebagai Philodendron Birkin yang ditanam oleh Mohd Syafiq atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun (ck) ini. Nampak begitu subur dan cantik di pandangan mata.
Melalui perkongsian penanaman pokok tersebut turut dikongsikan pelbagai tip dan info untuk pastikan pokok ini dapat hidup subur dan rimbun di dalam pasu. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Berkenaan dengan pokok ni , masa pusing-pusing nursery nampak auntie tu tanam dalam pasu besar…umur pokok dia lebih setahun….
Mak aiiii….rimbun dan cantik nya pokok ni, masa tu, malu-malu nak tanya apa nama pokok ni…pergi lagi nursery lain, nampk ada anak benih dalam pasu…
Tanya dia berapa harga pokok ni, RM18 sepokok kecik, kalau besar RM25 sepokok….apa nama pokok ni?…dia kata Birkin(Dalam hati ingat “handbag” mahal ni)..hehe…
Tip Tanam
So bila suka… borong terus 4 pokok yang kecik..hehe…sebab nak bagitau hangpa, nak bagi rimbun pokok ni takleh tanam sepokok ja…kena la beli lebih sikit…
Medium dia mmg CK guna yang poros bersabut dan tambahkan baja wangi serbuk peram seminggu siram dengan Soil Treatment.
Philodendron Birkin Umur 5 bulan
Lepas tu baru tanam, tanam 4 penjuru…hangpa tau, dah tanam 4 penjuru lepas 2 bulan wife CK cakap nampak kosong lagi la pasu ni, p beli lagi 2 pokok tanam celah-celah 4 pokok tu….
Jadi sepasu ni ada 6 pokok…hehe..hangpa jangn tanya la dia punya syok bila pokok ni dah start rimbun. Bila tengok dari atas pasu pun dah tak nampak…
Penjagaan Berterusan
Batang setiap pokok dah jadi saiz batang mop, setiap minggu ada sahaja pucuk baru akan keluar, memang CK konsisten sembur baja wangi sahaja dan ada baja Liquid Organic CK guna.
Pokok ni, CK tengok serangga memang tak suka dia.. Monstera Adansonii sebelah dia siput vavi makan, tapi dia siput tak makan… mungkin daun dia keras kot..sakit gigi nak kepak daun dia ..hehe…
Hangpa kena jaga kulat ja, memang dia akan mai bintik-bintik koko atas daun, ini sebab embun or air atas daun lambat kering, kalau nak elakkan ini terjadi, memang kena sembur cuka kayu, chitosan, Bio Control, Neem oil…ini semua elok untuk kawal kulat.
Cara Siram
Cara siram pokok ni, CK bagi dia sehari sekali musim panas ni, kalau hujan memang tak siram dia.
Hangpa hati-hati dengan cahaya terus, memang akan rosakkan daun birkin, akan terbakar..apa nak buat kalau daun terbakar?…. potong buang ja daun tu…hehe….
Meninjau di ruangan komen pula, ada antaranya berkongsi gambar-gambar tanaman pokok birkin yang sedai ada. Bahkan mereka juga tidak lokek berkongsi info berkenaan pokok birkin ini yang sememangnya ada peminatnya yang tersendiri.