Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Namun jika minum air secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan hal ini.
Ads
Bahaya minum air terlalu banyak
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah kita minum air 5L sehari. Saya ingin mengurangkan rasa lapar. Hopefully dapat menurunkan berat badan saya. Terima kasih.”
Walaikumusalam.
Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.
Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi. Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.
Ads
Kesan minum air berlebihan
Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita. Minum terlalu banyak air kosong bukanlah cara yg betul menurunkan berat badan.
Minum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.
Walaupun saya sering mencadangkan pengambilan air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh minum air secara berlebihan.
Pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.
Pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum 5 liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan.
Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.
Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh. Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.
Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya.
Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.
Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.
Semoga bermanfaat.
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Bagi peminat kek, pasti tahu ada bermacam-macam resipi kek batik yang telah dikongsikan baik di laman Facebook atau di laman masakan internet. Ada yang mudah dan ada yang agak sukar untuk dibuat.
Bukan jer lembut dna tak keras, malah ada cara untuk dapatkan hasil yang cantik. Jom baca rahsianya.
Kek batik indulgence, lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipsnya.
Resepi Kek Batik Indulgence. Makan sambil pejam mata😋
Bahan- bahan kek batik
450g biskut marie (patah2kan)
250g butter
1 cawan milo (110g)
3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g)
1/2 cawan serbuk koko(50g)
1/2 cawan air masak(60ml@50g)
1sk Esen vanila
==================
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese
250gram cream cheese
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati
3 sudu besar gula custor
1 sudu besar susu pekat
1sk esen vanila
=================
Bahan-bahan lapisan coklat
300g milk compound coins (beryls)
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar butter
Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
Double boil ada 3 cara
1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
P/S – Nak guna dark compound pun boleh.
Cara membuat:
2. Dalam kuali panaskan butter. Guna api perlahan je supaya butter xhangit.
3. Bila butter dah cair masukkan terus susu pekat manis dan kacau sebati.
4. Bila dah sebati masukkan pula milo, serbuk koko dan esen vanila. Yang ni kena kacau laju supaya tak berketul. Api jangan kuat.
5. Dah sebati je, terus masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
6. Masukkan biskut marie tadi. Dan kacau sehingga sebati.
7. Pastikan semua tersalut
8. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper lebih tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah. Senang nak tolak nanti. Ratakan kek dalam loyang dan tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras masukkan dalam frezer.
9. Sebelum buat lapisan cheese, buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin ni dicampur dalam air panas. Kacau bagi sebati dan ketepikan. Cari gelatin yang halal, ada jual di kedai bahan bakery.
10. Masukkan cream cheese, susu pekat manis, esen vanila, whipping cream dan gula. Mix sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul.
11. Lepas tu masukkan air gelatin tadi dan mix sehingga sebati
12. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau, gelatin fungsinya adalah untuk memejalkan cheese.
13. Tuang cheese ke dalam loyang biskut tadi. Tuang di tengah-tengah loyang supaya cheese rata ketepi. Masukkan semula dalam peti ais. Nak cepat, letak je dalam freezer supaya cheese jadi pejal.
14. Untuk double boil coklat, ariana guna tips yang pertama. Panaskan whipping cream dulu.
15. Lepas tu tuangkan ke dalam mangkuk yang dah letak milk compaund dan butter. Kacau sehingga coklat cair dan sebati
16. Cair macam ni
17. Lepas tu tuang coklat ditengah-tengah kek. Dan biarkan coklat rata ke tepi. Jangan sesekali guna sudu untuk ratakan. Kalau xrata, boleh sengetkan loyang supaya coklat bergerak ke tepi. Nak nampak coklat licin, buih-buih kecil atas permukaan tu cucuk dengan lidi. Buat ketika coklat masih cair. Sejukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6jam.
18. Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper kat atas tu. Letak terus atas papan kek dan koyak baking paper bahagian tepi sementara kek masih keras.
19. Untuk potong kek, guna pisau panjang macam ni. Rendam pisau dalam air panas dalam 10 saat. Lap pisau dulu bagi kering, dan potong bahagian tepi yang tak cantik tu. Kalau makan sendiri tak potong pun xpe.
20. Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja.
21. Yang ni dah siap potong bahagian tepi. Yang kotor-kotor boleh je lap guna tisu. Jangan tunggu kek dah sejuk@coklat dah cair baru potong, nanti bila coklat dah cair, potongan jadi tak cantik.
Jika masa potong nampak coklat dah nak cair, masukkan semula dalam peti ais. Dalam 20-30 minit akan keras semula. Sambunglah potong atau masa potong tu kena buat cepat-cepat.
24. Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tips nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau pada kek sehingga rapat sampai ke bawah. Walaupun keras, jangan stop nanti biskut pecah. Lepas tu, tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat jadi comot.
25. Ok. Selamat mencuba😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Solat secara berjemaah di masjid atau surau sememangnya digalakkan untuk semua umat Islam. Sesiapa yang solat di masjid atau surau akan memperoleh banyak manfaat dan kebaikan di dunia mahupun akhirat.
Lebih-lebih lagi sekarang ini dibolehkan untuk solat berjamaah bagi solat fardu dan tarawih nanti, tidak kira lelaki atau wanita masing-masing ingin merebut pahala berjemaah di masjid.
Tetapi, ada pula kes suami lebih tidak benarkan isteri untuk jemaah di masjid. Isteri pula serba salah jadinya. Macam mana tu ya? Nak tahu jawapan lebih lanjut, jom kita ikuti jawapan dari persoalan tersebut oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi saluran portal, Maktabah Al-Bakri.
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Bolehkah suami menghalang isteri daripada pergi ke masjid? Mohon pencerahan. Terima Kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Pada asasnya, kaum Muslimin dan Muslimat digalakan untuk mendirikan solat fardhu secara berjemaah kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Bahkan para fuqaha telah bersepakat bahawa bagi kaum lelaki, solat yang mereka tunaikan secara berjemaah di masjid adalah lebih baik — yakni afdhal — berbanding solat yang dilakukan secara bersendirian di rumah. Manakala bagi hak perempuan pula, solat yang didirikan di rumah mereka adalah lebih baik.[1] Menurut Imam al-Nawawi, bagi kaum perempuan, solat secara berjemaah yang dilakukan di rumah adalah lebih baik berbanding mereka pergi ke masjid. Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Janganlah kamu melarang kaum wanita pergi ke masjid, akan tetapi sebenarnya solat di rumah-rumah mereka itu adalah lebih baik bagi mereka.”[2]
Namun, jika mereka tetap juga mahu pergi ke masjid, maka hukumnya adalah makruh jika perempuan tersebut cantik sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga, dihukumkan makruh bagi suami atau walinya untuk memberi keizinan kepadanya pergi ke masjid. Akan tetapi jika dia telah tua atau lanjut usia serta tiada lagi tarikan — yakni yang boleh menarik perhatian kaum lelaki — maka hukumnya tidak lagi menjadi makruh.[3] Walau bagaimanapun, terdapat sebuah riwayat daripada Yahya bin Sa‘id, daripada ‘Amrah, daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata:
Maksudnya: “Jika Rasulullah SAW mengetahui apa yang terjadi dengan kaum wanita sekarang, nescaya Baginda akan melarang mereka keluar ke masjid sebagaimana dilarangnya kaum wanita Bani Israil. Aku bertanya kepada ‘Amrah: ‘Adakah mereka dilarang keluar?’ Dia menjawab: ‘Benar.’”[4]
Oleh itu, difahami daripada hadith ini terdapat sebab lain yang menghalang daripada membenarkan kaum wanita untuk pergi ke masjid sama ada daripada faktor wanita itu sendiri seperti berhias dan memakai wangi-wangian secara berlebih-lebihan, atau faktor luar seperti tidak selamat daripada timbulnya fitnah, jalan yang dilalui tidak selamat atau sebagainya.
Justeru, terdapat dalam kalangan ulama yang meletakkan syarat-syarat atau garis panduan bagi kaum perempuan yang mahu pergi ke masjid, iaitu:
– Tidak memakai wangi-wangian
– Tidak berhias-hias (tabarruj)
– Tidak membunyikan gelang kaki sehingga didengari oleh lelaki ajnabi.
– Tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian.
– Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.
– Selamat daripada fitnah.
– Jalan yang dilalui selamat dan tidak berbahaya.[5]
Selain itu, terdapat sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa sunat sementara suaminya berada di sisinya kecuali dengan izin suami. Dan tidak boleh baginya mengizinkan seseorang masuk ke rumahnya kecuali dengan izin suami, dan apa-apa perbelanjaan yang dibelanjakan tanpa perintah suaminya, maka akan diberi separuh pahala kepada suaminya.”[6]
Justeru dapat difahami daripada hadith di atas, bahawa dalam kehidupan suami isteri, ada beberapa perkara keizinan suami diperlukan. Termasuklah dalam perkara tersebut keizinan daripada suami sebelum keluar dari rumah. Malah, Dr. Muhammad al-Zuhaili menyebutkan, termasuk di dalam nusyuz, seorang isteri yang tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada sebarang keuzuran yang membenarkannya.[7]
Berbalik kepada soalan yang diajukan, sekiranya seorang isteri meminta izin daripada suaminya untuk pergi mendirikan solat di masjid, sebagai seorang suami yang baik, sepatutnya dia tidak melarang isterinya itu daripada pergi ke masjid, selagi mana memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulama seperti selamat daripada fitnah, tidak berhias secara berlebihan dan lain-lain. Malah, terdapat riwayat daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila isteri-isteri kamu meminta izin kamu pada malam hari untuk pergi ke masjid, maka berilah mereka izin.”[9]
Oleh yang demikian, sepatutnya tidak berlaku perkara ini — yakni seorang suami melarang isterinya daripada pergi ke masjid — jika tiada sebarang sebab bagi melarangnya. Sebaliknya, si suami itulah yang sepatutnya membawa isterinya bersama-sama ke masjid bagi mendirikan solat secara berjemaah, di samping merebut fadhilat dan ganjaran yang dijanjikan.
Selain daripada itu, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa disunatkan bagi suami untuk mengizinkan isterinya bagi mendirikan solat secara berjemaah di masjid.
Namun, jika dia tetap melarangnya, hukumnya tidaklah haram — yakni tidak berdosa — menurut pendapat mazhab Syafi‘i. Malah, al-Baihaqi menyatakan, ini adalah pendapat kebanyakan ulama. Adapun larangan atau tegahan yang terdapat dalam hadith di atas adalah bersifat makruh tanzih kerana tanggungjawab seorang isteri untuk sentiasa berada di dalam rumah adalah wajib, maka dia tidak boleh meninggalkan rumah semata-mata dengan tujuan untuk mencari atau mengejar kelebihan-kelebihan yang lain.[10]
Walau bagaimanapun, jika isteri berkehendak untuk pergi ke masjid bagi menuntut ilmu wajib — yakni ilmu fardu ain — maka dalam hal ini, dia tidak perlu mendapatkan keizinan suaminya. Mengenai perkara ini, Ibn Hajar al-Haitami ada menyatakan beberapa keadaan yang membenarkan isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suami seperti keluar menemui Qadhi bagi menuntut kembali haknya, keluar bagi menuntut ilmu, atau keluar bagi mendapatkan fatwa sekiranya jawapan daripada suaminya tidak cukup.[11] Tambahan pula, diberikan pengecualian daripada meminta izin dalam soal menuntut ilmu kerana dengan menuntut ilmu seseorang itu dapat mengangkat kejahilan daripada dirinya, lalu dia dapat menunaikan kewajipan — terutamanya yang bersifat fardhu ain yang berkait rapat dengan kewajipan yang dituntut ke atas setiap insan seperti akidah, solat, puasa dan seumpamanya yang melibatkan persoalan asas Islam — dengan penuh keyakinan dan bertepatan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Hal ini bertepatan dengan riwayat daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
طلبُ العلمِ فريضةٌ على كلِّ مسلمٍ
Maksudnya: “Menuntut ilmu suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.”[12]
Namun, setelah dia — yakni si isteri — selesai menunaikan keperluannya di luar sebagaimana yang telah dibenarkan oleh syarak, maka dia hendaklah segera pulang semula ke rumah.
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa tidak sepatutnya seorang suami menghalang isterinya daripada sama-sama menghadiri solat berjemaah di masjid, jika syarat-syarat yang digariskan oleh para ulama telah dipenuhi.
Bahkan nas hadith yang sahih juga jelas menunjukkan kepada perkara tersebut — yakni tidak melarang mereka untuk pergi ke masjid. Bukan itu sahaja, sepatutnya seorang suami menunjukkan contoh dan akhlak yang baik iaitu dengan sama-sama menyahut keinginan baik isterinya itu, dengan sama-sama menghadiri solat berjemaah di masjid, jika tiada sebarang aral melintang.
Lebih-lebih lagi mendirikan solat secara berjemaah di masjid mempunyai ganjaran dan fadhilat yang besar buat kaum Muslimin dan Muslimat. Selain itu, buat para suami juga, ingatlah anda, isteri dan anak-anak adalah satu pasukan. Justeru, salinglah sokong menyokong dalam perkara kebaikan.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan solat secara berjemaah yang paling baik dilakukan oleh kaum perempuan adalah yang dilakukan di rumah-rumah mereka.
Begitu juga terdapat beberapa pengecualian diberikan buat para isteri untuk keluar dari rumah tanpa izin suami iaitu seperti keluar ke masjid bagi menuntut ilmu atau belajar ilmu wajib dan lain-lain.
Akan tetapi, kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan sekurang-kurangnya biarlah ketika keluar itu atas pengetahuan suami dan begitu juga bagi pihak suami, sekurang-kurangnya beritahulah kepada isteri ke mana kita pergi kerana dalam sebuah rumah tangga yang harmoni, komunikasi dua hala itu sangat penting agar pasangan saling memahami apa yang masing-masing inginkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen. Wallahua‘lam.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.