Kesukaran untuk menelan atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Disfagia, adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan.

Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar.

Jangan Buat Main Bila Sukar Nak Telan Makanan. Rupanya Ini Sebabnya.

Sebab yang biasa:

  1. Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan emosi atau masalah kemurungan, tumors, penyakit pada tulang cervical dan jaringan esophageal.

 

  1. Masalah saraf otot seperti strok, penyakit Parkinson’s, Penyakit Huntington’s, pelbagai skelerosis, muscular dystrophy dan jangkitan-jangkitan (seperti polio dan sifilis).

 

  1. Masalah yang berkaitan dengan esophagus termasuklah halangan kepada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan oleh tumors, bendasing dan penyempitan yang disebabkan oleh radiasi, ingensi kimia, pengubatan atau ulser.

 

IKLAN
  1. Masalah otot dan saraf seperti achalasia, kekejangan esophageal yang tersebar, Hypertensive lower esophageal sphincter (otot di hujung esophagus yang membenarkan makanan melaluinya ke perut), nutcracker esophagus dan scleroderma.

Ujian diagnostik mungkin dijalankan untuk mengesahkan punca-punca masalah kesukaran menelan makanan termasuklah:

  1. (Barium swallow) Kajian menelan menggunakan Barium
  2. X-ray dada
  3. Endoskopi
  4. Ujian keasidan esopaghus, juga dikenali sebagai pengujian pH (memeriksa asid yang keluar dari perut dan memasuki esophagus, seperti dalam penyakit gastroesophageal reflux).
  5. Esophageal manometry (pengukuran tekanan).

TANDA DAN GEJALA

  1. Terasa sakit semasa ingin menelan
  2. Tidak boleh menelan langsung
  3. Tersedak atau batuk ketika menelan
  4. Terasa makanan terlekat di tekak atau dada, atau belakang tulang dada (sternum).
  5. Terasa tekanan atau sakit di dada
  6. Makanan naik semula (Regurgitation)
  7. Kerap pedih ulu hati
  8. Makanan atau asid perut naik ke tekak
  9. Bunyi membuak (membobok) di bahagian tekak
  10. Berat badan turun dengan tiba-tiba

Untuk bayi dan kanak-kanak, tanda dan gejala kesukaran menelan termasuklah:

  1. Kurang minat kanak-kanak semasa makan atau menyusu
  2. Rasa tegang pada badan semasa menyusu
  3. Tidak mahu makan makanan yang berbeza tekstur
  4. Menyusu atau makan terlalu lama (30 minit atau lebih)
  5. Makanan atau minuman terkeluar (bocor) dari mulut
  6. Batuk atau tersedak semasa menyusu atau makan
  7. Meludah keluar atau muntah ketika menyusu atau makan
  8. Tidak mampu mengkodinasi pernafasan dengan makan atau minum
  9. Berat badan lambat naik dan tumbesar yang lembab

KOMPLIKASI

IKLAN

Kesukaran menelan menyebabkan badan kita tidak cukup makanan dan cecair yang berkhasiat. Seseorang yang mengalami masalah kesukaran menelan adalah berisiko untuk menjadi malnutrisi dan kurang air (dehydration). Jika makanan dan cecair memasuki ruang pernafasan (aspiration) semasa menelan, masalah pernafasan atau jangkitan boleh berlaku, seperti serangan demam pneumonia yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan.

RAWATAN

Rawatan untuk kesukaran menelan selalunya ditentukan dengan jenis yang tertentu atau punca masalah menelan tersebut.

IKLAN

PENCEGAHAN

Bagi penjagaan di rumah, makan secara perlahan-lahan, kunyah makanan sepenuhnya. Jika seseorang secara tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda tersedak dan kesukaran bernafas, pintasan Heimlich perlu dilakukan dengan segera.

Anda mungkin lebih senang untuk menelan cecair atau makanan yang dilenyek daripada yang pejal. Elakkan mengambil makanan yang terlalu panas. Hubungi atau berjumpa dengan doktor jika masalah ini berlarutan, walaupun gejalanya hanya sekali sekala sahaja.

Beritahu doktor sebarang gejala sekiranya ada, seperti batuk, bersin, demam, kesejukkan, sakit abdomen, sakit semasa menelan, loya atau muntah, muntah berdarah, penurunan berat badan, pedih hulu hati, atau rasa masam di mulut.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI