Menjadi kebiasaan ramai antara kita, pantang ada rasa lenguh-lenuh, gatal-gatal, sakit badan, senak perut dan beberapa keadaan yang membuatkan kita rasa tidak selesa, pasti akan mencari minyak angin untuk meredakannya.

Tanggapan kita sudah pastinya mahu segera sembuh dan merasakan tiada apa yang serius boleh berlaku bilamana menggunakan minyak angin ini. Pun begitu, pendedahan daripada seorang doktor ini wajar kita ambil tumpuan agar tindakan kita selama ini tidak mengundang bahaya pada keluarga kita.

Jadi cuba fahami dan hadam penerangan ringkas daripada Dr Rushdan Noor ini.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN

Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain-lain lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.

Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor.

IKLAN

Jangan Buat Main Dengan Minyak Angin, Dr Ni Jelaskan Ada Bahayanya & Kena Ambil Tahu!

Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik untuk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yang sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.

Ketiga-tiga ubat yang dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).

IKLAN

Jangan Buat Main Dengan Minyak Angin, Dr Ni Jelaskan Ada Bahayanya & Kena Ambil Tahu!

Ubat-ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yang banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.

Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan.

IKLAN

Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.

Jangan Buat Main Dengan Minyak Angin, Dr Ni Jelaskan Ada Bahayanya & Kena Ambil Tahu!

Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga-tiga ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yang ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yang besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.

Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat-ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa-apa gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.

sumber: DDr Rushdan Noor 
Medical Mythbusters Malaysia
30hb Jan 2019

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI