Kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga kadangkala membuatkan kita lalai seketika terhadap benda penting iaitu berbual dengan anak-anak, mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka dan sebagainya.

Namun, acapkali perkara ini tidak berlangsung dengan baik, biarpun mungkin anak begitu teruja untuk bercerita, dek kerana penat atau mungkin mahu membereskan kerja yang belum siap menyebabkan ibu bapa mengabaikan apa yang ingin anak sampaikan.

Bila anak-anak dah pandai bercakap, semua benda dia nak cerita. Teman sembang dia yang pertama kita lah, mak dan ayah dia.

Penat Atau Tidak, Ada Masa Atau Tidak, Tapi 4 Cerita Anak Ini Wajib Ibu Bapa Dengar.

Untuk membina hubungan baik dengan anak, ibu bapa kena jadi pendengar setia dan sekali gus menjadi kawan baik anak sehingga dewasa. Bagaimana caranya?

Jom baca perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar ini.


Bila anak-anak dah pandai bercakap, semua benda dia nak cerita. Teman sembang dia yang pertama kita lah, mak dan ayah dia.

Macam saya sendiri, 4 orang perempuan. Semua jenis bercakap ya ampun macam bertih jagung. Pung pang pung pang daripada bangun awal pagi sampai lah tidur malam nanti. Kahkah.

Meriah, memang meriah. Dan kita sebagai ibu bapa kena layan dan jadi pendengar. Daripada banyak perkara yang anak-anak cerita, ini yang wajib kita bagi tumpuan.

Penat Atau Tidak, Ada Masa Atau Tidak, Tapi 4 Cerita Anak Ini Wajib Ibu Bapa Dengar.

Ini untuk anak yang dah mula bersekolah ya.

1. Tentang kawan-kawan.

IKLAN

Bila anak-anak bercerita tentang kawan-kawan, dia akan jadi cerita yang sangat bersungguh-sungguh. Kalau sampai level menyembur air liur tu, masa cerita pasal kawan-kawan ni lah. Kahkah. Geram je aku.

Baik, berbalik ke cerita tentang kawan tadi. Hal ni penting sebab kita nak kena tahu dengan siapa anak kita berkawan. Dan macam mana cara mereka berkawan.

Anak kecil memang seorang yang sangat jujur. Cerita yang dia sampaikan adalah sangat jauh daripada kesangsian.

Maka kalau ada cerita yang negatif contohnya tentang perkataan mencarut dan lucah yang kawan-kawan dia biasa guna, gambar atau video yang tidak elok diajak tonton bersama atau boleh jadi kelakuan kawan suka menyentuh dan memegang pada anggota badan yang tidak patut, itu perlu kita ambil perhatian.

Sebab pada anak-anak yang masih kecil sekitar umur 4-7 tahun, kadang-kadang ada perkara sentitif yang pada mereka itu cuma permainan dan tidak serius. Jadi tanggungjawab kita untuk betulkan jika ada berlaku.

Antara cerita tentang kawan yang agak femes, bila ada kawan suka ke kawan yang lain. Umur baru 8-9 tahun, tapi dah sembang kawan ni nak kahwin dengan kawan tu. Nanti nak tulis surat cinta semua.

Hal ini kena tegas. Bagitahu itu bukan sesuatu yang dibuat main dan beritahu juga, untuk umur sekarang berbuat macam itu adalah salah.

Namun kalau cerita yang baik-baik tentang kawan mereka, kita berikan galakan. Ajak kawan datang rumah pun tak apa, untuk kita kenal kawan anak-anak.

IKLAN

Penat Atau Tidak, Ada Masa Atau Tidak, Tapi 4 Cerita Anak Ini Wajib Ibu Bapa Dengar.

2. Cerita cikgu mereka.

Antara topik yang menjadi kesukaan anak-anak adalah tentang cikgu dia. Sekali pun dia cuma ada seorang cikgu di sekolah, mesti ada cerita tentang cikgu itu hari-hari.

Maka dengarlah. Supaya kita pun boleh kenal dengan cikgu anak-anak kita. Jadi kalau ada kaedah yang cikgu guna menjadikan anak kita mudah belajar, kita boleh tiru dan ikut kaedah yang sama di rumah.

3. Cerita apa yang dia belajar.

Ini juga sangat penting. Dan sebenarnya menjadikan keperluan bagi kita untuk bertanyakan soalan ini kepada anak-anak setiap kali balik dari sekolah;

“Belajar apa tadi di sekolah?”

Selain memang kita nak tahu apa mereka belajar, untuk mudah kita bantu ulang kaji dan buat kerja rumah, kita nak mereka recall balik apa yang dah mereka belajar.

IKLAN

Kalau anak dapat jawab dengan baik, kita dah bantu mereka ulang ingat dan tambah faham tentang pelajaran di sekolah. Kan bagus begitu.

4. Bila dia mengadu sakit.

Hal mengadu sakit ni, boleh jadi betul-betul sakit atau sengaja nak kita bagi perhatian. Dua dua keadaan kita kena jadi pendengar yang baik.

Kalau sakit betul, untuk kita bertindak carikan ubat. Kalau jenis buat-buat pun masih kita kena dengar. Supaya anak tahu, dia ada tempat untuk mengadu.

Kawan kawan yang baik, banyak berlaku bila anak-anak kurang mendapat perhatian di rumah, mereka akan cari perhatian lain di luar rumah. Paling dekat kawan-kawan mereka.

Sebab tu kita biasa tengok anak-anak tak berterus terang dengan ibu bapa. Sebab mereka tak rasa selesa bercerita dengan ibu bapa sendiri. Iyalah dah daripada kecil tak semua cerita mereka kita dengar. Kan?

Maka mulai hari ini kita penat atau tidak, punya masa atau tidak, wujudkan masa untuk kita dengar cerita anak-anak.

Walau pun cerita mereka nampak remeh dan tak matang, namun telinga yang kita pinjamkan untuk mereka, mata yang kita halakan buat mereka, senyum dan tawa yang kita hadiahkan buat respon kepada cerita mereka adalah suatu yang sangat istimewa.

Percayalah. Kita akan tetap menjadi kawan baik buat anak-anak sampai mereka dewasa nanti. Jika daripada sekarang kita menjadi pendengar yang paling setia.

Sekian.

Firdaus Mokhtar, 
Sikit lagi Ameenah pula nak bercerita macam-macam.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI