Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang kelihatan normal, namun disahkan oleh doktor sebagai anak istimewa.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh bapa ini di laman facebooknya, Amri Abdul Rahim sungguh motivasi buat mereka yang mempunyai anak istimewa.
Beliau yang berkongsi kisah apabila menafikan anaknya yang diagnos sebagai Autism Spectrum Disorder ASD plus High Functional akhirnya redha dengan ketentuan buat anaknya.
Namun, beliau dan isteri tidak berpeluk tubuh sebaliknya berusaha memberikan bimbangan yang betul kepada anaknya. Kini walaupun anak mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi dengan cemerlang.
Katanya, sebagai ibu bapa, untuk mempunyai anak sebegini adalah, “kata kunci ialah SABAR dan REDHA tu paling penting”. Motivasi sunguh perkongsiannya.
Iyer. Anak abam yang seorang ni lebih kurang 4 tahun sudah doktor diagnos Autism Spectrum Disorder ASD plus High Functional. Mula-mula abam deny.
Ads
Masa tu kat Abu Dhabi doc ni biar betul. Pastu abam ngn wife start buat case study pasal ASD. Asal ada bahan bacaan yg berkaitan kami baca.
How to encounter how to handle & mcm2 ‘how’ lg la. Utk pengetahuan sepanjang di Abu Dhabi anak abam ni xpenah dpt formal education.
Hantar play school pon paling lama 2 mggu je pastu cikgu complain ssh nk handle bdk mcm ni. 11 sekolah di Abu Dhabi kami gi sume reject dia masa tu mmg down la.
Mmg ada sekolah yg bole accept bdk2 special needs ni tp yuran ni puluh2 ribu satu term mmg kami xmampu. Kebetulan tahun lepas arwah mentua pon sakit so wife abam decide xnk balik Abu Dhabi sbb nk jaga arwah mak so abam rasa mungkin ada hikmah nya kat sini.
Dpt la wife abam berbakti jaga arwah mak sampai akhir hayat mak mentua abam tu. Hidup ni kene sacrifice bro kadang2 sbb itu yg buat kan you jadi kuat.
Ads
Hantar anak ke tadika, tapi tak bertahan lama. So kami hantar anak kami ni ke pre school masa umur dia 6 tahun di ampang. Pon sama gak 2 mggu je kt skolah tu. Mula2 kata bole handle la bole itu la bole ini la.
Last2 surrender gak cikgu kt situ. Denngg nak buat camna ni sbb umo 7 tahun nnt nk masuk sekolah rendah dah.
Mohon Program Pendidikan Khas
Baca punya baca rupanya ada sekolah kt msia ni yg ada Program Pendidikan Khas Integrasi. Ok la kami pon apply &;alhamdulillah dpt kt sekolah jln semarak nun. Tahun ni tahun ke 2 dia di PPKI darjah 2.
Ads
Ujian pentaksiran darjah satu tahun lepas sume dia tapau. Syukur alhamdulillah. Abam terkejut gak la biar btol budak ni.
Cadangan masuk aliran perdana
So tahun ni cikgu dia suggest utk masuk mainstream. Jadi utk mak bapak yg ada anak-anak mcm ni jgn la down ye. Dorg ni bukan biasa2.
Dorg ni anak2 luar biasa. Anak2 syurga. Einstain Picaso Tom Cruise Michel Phelps sume tu ada spectrum disorder. Even Steve Job pon aspeger.
So pesan abam kita kena bangga ada anak2 mcm ni. Satu lagi kata kunci ialah SABAR dan REDHA tu paling penting
Sumber: Asnawati Awang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelik tapi benar. Gara-gara sikap isteri yang tidak menjaga kebersihan diri seorang suami telah mengambil keputusan yang amat sukar dalam hidupnya iaitu berpisah.
Siapa sangka hanya hal yang remeh temeh ini menjadi punca berlaku penceriaan. Kisah bukan berlaku di negara kita tetap di sebuah kampung di India.
Menurut laporan laman berita Oddity Central, seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, semalam.
Bertengkar setiap kali menyuruh isteri mandi
Lelaki berkenaan mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Milo memang sedap dan menjadi minuman sejak kita kecil lagi. Malah kejadian baru-baru ini yang dipaparkan oleh seorang suami yang memberi tahu ibu dan ayahnye mengejar sebuah lori dek isterinya mengidam minuman milo dari lori milo begitu mencuit hati.
Bukan itu sahaja, ia mengambarkan kasih sayang seorang mertua kepada menantunya.
Bini aku mengandung mengidam nk minum air milo lori , mak ayah aku terserempak dngn lori milo dorang kejar weh ! ??? pic.twitter.com/LQd4FjxqyB
Bagaimana pun, setelah dapat menahan lori berkenaan didapati milo belum dibancuh. Sebaliknya pemandu lori berkenaan mencadangkan agar mereka pergi ke lokasi yang bakal dilawati oleh lori milo berkenaan.
Azmer mohon doakan segala urusan wife dan familyn dipermudahkan
Dalam pada itu, isteri kepad Azmer Merzam mengakui mengidam lori milo sejak usia kandungan dua bulan lagi.
Respon netizen
Rata-rata netizen melahirkan rasa kekaguman kepada ayah dan ibu mertua wanita berkenaan. Malah ada menyifatkan bahawa wanita itu bertuah mempunyai MIL yang baik.
Baiknya MIL
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru beberapa minit tular di media sosial, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri, memohon kemaafan dalam keadaan menangis. Anak kepada pengasas Jamu Ratu Malay, Bonda Rozita Ibrahim nekad meninggkan dunia media sosial.
Menerusi dua buah video pendek yang dikongsi di instagran, Aliff memohon maaf.
Dalam nada kesal dia akan meninggalkan dunia media sosial demi ibu, isteri dan anak-anaknya.
“Demi emak saya, isteri dan anak-anak, tidak akan main lagi media sosial.”
Juga dalam nada sebak, dia sempat memberi tahu jika suatu hari nanti ada yang berjumpa boleh bertegur sapa dengannya.
Terdahulu, Alif telah mendapat teguran daripada ibunya setelah aksi yang tidak sedap mata memandang apabila dia berjoget dengan seorang penyanyi. Aksi mereka berdua juga mendapat kecaman peminatnya.
PEMINAT BERI NASIHAT DAN TITIP DOA
Meninjau diruangan komen pelbagai maklum balas daripada wargamaya yang mendoakannya dan ada juga mahu dia berubah serta tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Semoga Datuk Aliff Syukri jadikan iktibar supaya tidak berulang lagi dimasa hadapan.
Sumber: Instagram Alif Syukri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.