Jangan buat main mengenai kebersihan rumah. Jika dibiarkan akan mengudang pelbagai penyakit terutama kepada anak-anak. Oleh itu, walaupun penat, ibu ayah kena luangkan masa untuk memastikan rumah dalam persekitaran yang bersih. Perkongsian  Mohd Fhais mengenai bahaya lipas kepada keluarga bukan biasa-biasa aje. Jom ikuti perkongsiannya

Jangan Ketawa Bila Lihat Isteri & Anak Menjerit Geli Bila Nampak Lipas. Bapa Ini Kongsi Sebabnya

Hati-Hati Dengan Lipas !

Jangan geli hati sangat kalau nampak isteri atau anak perempuan kita geli bila nampak lipas. Sebab lipas bukan sahaja kotor tapi binatang kecil ini adalah pembawa penyakit serius.

Sekali lipas datang ke rumah kita, ia bawa sekali ribuan kuman yang berbahaya pada tubuh manusia. Nampak sahaja badan kecil tapi kuman dia boleh buat kita kena cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah mata boleh bengkak.

Lipas la punca kalau bangun tidur mata kita tiba-tiba bengkak !

IKLAN

Kesan dia lebih teruk kalau kena pada anak-anak yang masih kecil. Boleh kena keracunan makanan yang serius tau.

Bagaimana Lipas Boleh Jadi Pembawa Kuman Berbahaya?

Lipas sebenarnya ada satu tabiat buruk semasa makan. Ketika makan lipas akan melakukan “regurgitasi” iaitu memuntahkan balik apa yang sedang di makan.

Maka jika lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”. Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, di tambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.

IKLAN

Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.

Lipas juga punca alahan pada kanak-kanak. Air liur dan badan lipas ada beratus-ratus alergen yang boleh menyebabkan alahan seperti ruam, kegatalan, bersin dan mata berair.

Jadi kalau tersentuh atau lipas lalu di kulit kena cepat-cepat basuh. Bukan sebab kotor tapi bahaya !

IKLAN

Jika kita terpegang anak dengan kuman lipas di tangan kita boleh sebabkan mata anak jadi bengkak atau gatal.

Antibodi anak kecil belum berupaya melawan kuman dari luar. Jadi ini serius !

Bukan lipas sahaja, malah semua serangga perosak itu bahaya. Seperti lipan berbisa, semut merosakkan dan tikus lagi banyak kuman.

Oleh itu, saya nasihatkan kalau nak bersihkan rumah atau mencuci lantai jangan fokus pada cantik, wangi dan berkilat sahaja, pastikan juga ada bahan-bahan anti bakteria dan anti serangga perosak.

Mohd Fhais
Rumah Kita Tanggungjawab Kita !

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI