Bila masuk bulan ramadan ni, tak dinafikan sesekali pasti akan teringat kenangan bersama yang tersayang. Lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah tiada meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Baru-baru ini, penyanyi lagenda, Datuk Hattan ada meluahkan rasa rindu kepada ibunya memandangkan sekarang kita berada di bulan yang mulia, malah memberi cadangan untuk adik beradik berkumpul untuk membersihkan dan menziarah kubur mereka yang sudah pergi.
Bukan cuma itu, perkongsian berbentuk video yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu juga terselit pesanan kepada orang di luar sana yang amat menusuk kalbu lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan seorang ibu.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin berkata sekiranya si anak telah menjatuhkan air mata ibu, maka dengan itu segala kemewahan yang dimilikinya langsung tidak bermakna.
“Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita.
“Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.
Ads
“Kalau jatuh kebawah, sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua benda boleh hilang dalam sekelip mata.
“Banyak kali dah terbukti benda macam ni. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat tu,” pesannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat peribadi pelantun lagu ‘Gadis Jolobu’ ini. Malah, ada yang mengatakan bertuah bagi sesiapa yang masih ada ibu dan jangan pernah abaikan mereka demi orang lain.
Belum reda dengan isu penceraian dalam rumah tangga selebriti, kali ini digemparkan lagi dengan bayangan perpisahan oleh pelakon Zulin Aziz yang seakan akan berpisah.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Zulin sendiri, dia menyatakan bahawa berkemungkinan kisah rumah tangganya akan berakhir sampai di sini sahaja.
Lebih meyankinkan apabila Zulin turut memaparkan gambar nikahnya dengan kapsyen yang menunjukkan seolah-olah tiada persefahaman sebagai punca.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Zulin turut memohon doa daripada orang ramai untuk dirinya pada masa akan datang serta berharap agar masa akan merawat semuanya.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InsyaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care,” luanya.
Sementara itu, rata-rata warganet terkejut dan meninggalkan pelbagai soalan di ruangan komen seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Tak ketinggalan, penyanyi dari seberang Upiak Isil turut meninggalkan responnya di hantaran tersebut.
Untuk rekod, baru setahun Zulin Aziz mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Farhan pada 20 Februari 2022 lalu.
Sumber: Instagram Zulin Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adik Kahwin, Yana Samsudin Kongsi 8 Tip Rumah Tangga, Patutlah Sweetnya Je Pasangan Ni
Pernikahan adalah bukti cinta yang disulam iaitu menuju kebahagiaan. Apabila sudah mendirikan rumah tangga, pasti banyak lagi perjalanan yang perlu ditempuhi dan pasangan.
Jadii perlulah sentiasa cekal dan tabah agar rumah tangga yang dibina akan kekal harmoni hingga hujung hayat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menarik dengan perkongsian terbaru pelakon, Yana Samsudin menerusi instagramnya mengenai tip rumahtangga sempena perkahwinan adiknya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi 8 tip kebahagiaan yang membuatkan wargama maya memuji sikapnya dan ada juga mengucapkan terima kasih berkongsi amalan.
Ini lah 8 resipi akak nak bagi ko dik. Malas nak cakap nanti ko lupa. Agak2 nak lupa ko baca je post aku berkali kali nanti hahahah.
Guna Diplomasi & demokrasi dalam melayari rumah tangga dengan sebaiknya.
1-Sentiasa solat berjemaah. Ko akan faham apa maksud aku ni. Lepas solat, kongsilah doa korang bersama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam , belajar lah sama sama sempurnakan sehari demi sehari..
Cantum kan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang korang minta pada Allah hal dunia & akhirat.
2-Syura – nak dapat kan persetujuan mesti ada syura /mesyurat. Di galakkan setiap malam seperti “pillow talk” atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak2 & banyak lagi.
3- Tanggungjawab suami dan isteri .kena tahu tanggungjawab masing masing. Antaranya Hal Nafkah atau hal hal lain kena buat tanggungjawab masing masing.
4- Merajuk jangan lama lama. Jangan biar lama lama dan cepat lah peluk pasangan jika merajuk.. pastu tanya lah kenapa terasa. Tanya je pun bukan kena bayar pun…. haaa gitew..
Yang merajuk, bagitau je terus terang apa yang di rasa, simpan2 buat apa bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran & perasaan sendiri pun kadang2 confuse lagi lah nak faham orang lain dalam masa yang singkat. Takda makna nyaaa dik oiiiii..
Pastu bila dah bagitau merajuk pasal apa tu, kalau betul ada kekhilafan ambik luahan tu dan perbetul kan keadaan pastu jangan le buat lagi.. kalau berulang ulang benda sama , siapa pun akan menyirap.
5- sentiasa alert perubahan pasangan masing masing. Supaya senang kita nak kenal. Awal tu kena adapt sebab baru hidup bersama.
6- sentiasa tanam sifat nak bantu pasangan . Masing masing mesti ada perasaan ini. Jangn sebelah pihak je . Berebut lah nak hulurkan bantuan antara satu sama lain.
Nampak suami tercari cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri nak angkat barang tu, suami ternampak cepat2 lah bantu angkat dulu.
7. Berlaku Adil pada tempatnya dan sepatutnya. Sama rata mesti di aplikasikan, isteri perlukan perhatian , kena bercakap lah. Tak kan nak dengar sebelah pihak ie kan… mesyuarat nak dapat kan keputusan yang adil. Di persetujui 2 belah pihak.
8.Kebebasan, jangan lah mengongkong sangat. Suami nak tengok ho pun tak boleh, nak keluar pun tak boleh. Isteri nak ada “me time ” tidur siang sekejap pun tak boleh. Nak kentut sewenang wenangnya pun iadi masalah.. Eh semua tak boleh lah… jenuhhhh.
Maka, ini lah sebahagian tips yang akak boleh kongsi, akak pun dapat dari sendiri, mak abah & gabung pakar pakar osikologi rumah tangga. Guna lah .. elok ni….
Apa pun selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke syurga! Amin…
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada memberi dan menerima, saling membantu dan hormat antara satu sama lain. Tidak ego dan hanya mahu mengikut pandangan sendiri semata-mata.
Namun menyebutnya mungkin mudah, tetapi melaksanakannya itu yang agak payah. Lebih-lebih lagi kita sudah terbiasa dengan segala beban rumah tangga diserahkan pada sang isteri.
Begitu pun, tak semua suami yang bersikap sedemikian. Perkongsian dari saudara Muhammad Hassan ini boleh dijadikan panduan dan manfaat buat pasangan suami isteri.
Ada sahahat saya cerita. Ada hamba Allah datang ke klinik nak pinjam duit RM100. Katanya terdesak sangat untuk perbelanjaan anak sekolah dan nak beli barang dapur sedikit. Sahabat saya keluarkan duit rm200 bagi hadiah. Dia terus menangis kata terima kasih.
Selepas beberapa hari itu dia hairan. Selalu rumput depan rumah ada orang potong,sampah ada orang buang,longkang kawasan rumah sentiasa bersih.
Terdetik nak tengok CCTV. Rupanya setiap kali kawan saya ini ada urusan diluar kota,hamba Allah ini yang bersihkan. Sebak kawan saya cerita,selepas siap bersihkan kawasan rumah,hamba Allah ini tadah tangan berdoa.
Begitulah Suami yang baik,bertanggungjawab buat apa sahaja demi keluarga. Sikit pun taknak anak-anak dan isteri susah,lapar. Dia tahu isteri dah banyak susah,dah buat segalanya untuk dia. Dia taknak isteri juga susah fikir risau tentang kewangan.
Saya ada sahabat di kampung siang malam kerja. Pagi hari dah kat reban ayam ambil upah masukkan najis ayam dalam guni untuk dibuat baja. Petang pula ambil upah potong rumput bagi lembu makan.
Sekarang bangun jam 4 pagi kerja sembelih ayam. Lepas zohor ambil upah parut kelapa. Tapi cukup sayang keluarga,solat jemaah tak tinggal. Pernah datang jumpa saya sebab mata merah. Rupanya jangkitan kuman dari najis ayam.
Sahabat ini pesan. Matt jangan susahkan anak isteri,biarlah kita susah untuk mereka. Jangan marah marah isteri walaupun kita penat. Dia lagi penat jaga anak,uruskan anak-anak. Isteri kau lagilah pernah kehilangan anak,lagi kena jaga emosi dia.
Sahabat.Begitulah seorang suami,seorang ayah. Sanggup buat apa sahaja untuk keluarga. Jika puan-puan penat uruskan rumahtangga,anggaplah suami lagi penat mencari rezeki. Anggaplah ini kebaikan yang termampu untuk kita buat terhadap suami.
Kemas rumah,jaga anak,basuh baju,basuh pinggan,masak untuk keluarga niat kerana Allah. Jika suami tak puji tak apa,kerana Allah tidak pernah lupa jasa baik seorang isteri terhadap suami dan keluarga.
Suami ibarat sayap kanan buat kita. Tanpa sayap ini kita tidak mampu untuk berdiri,apatah lagi untuk terbang. Doakanlah buat suami setiap kali masak didapur kemaskan rumah. Dia adalah hero yang akan pimpin keluarga kita ke syurga.
Sayangi suamimu,kerana sayangkan kamulah dia sanggup susah payah menjagamu.
-EncikMatt- #LelakiBurQa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.