Baru-baru ini isu seorang selebriti remaja membuka hijab hangat diperkatakan. Malah isu ini juga antara yang sering terjadi dikalangan selebriti.
Sesungguhnya, sebagai umat Islam ia wajib bagi setiap wanita muslim. Melihat situasi ini, hati seorang suami kepada selebriti terkenal iaitu Yana Shamsuddin, Fadzil Zahari melahirkan rasa kebimbangan.
Beliau mendoakan agar isterinya teguh imannya supaya tabah dan istiqomah dengan penampilan isterinya. Melalui instagram suami Yana melahirkan coretannya. Sesungguhnya sebaik-baik doa untuk isteri adalah dari suami.
Doa suami Yana sebegitu, menjelaskan menunjukkan ciri-ciri seorang suami yang amat mencintai isterinya walaupun sudah berkahwin lama. Bertuah Yana mempunyai suami yang mendoakan baik-baik buat isterinya.
Ads
WARGAMAYA TITIP DOA
Dalam pada itu, netizen mendoakan yang terbaik buat Yana.
Adab menziarahi pesakit kanser bukan sekadar soal hadir membawa buah tangan, tetapi tentang menjaga hati, emosi dan maruah insan yang sedang diuji. Menziarahi insan yang diuji dengan kanser adalah tanda kasih sayang dan sokongan. Namun dalam keinginan untuk mengambil berat, tanpa sedar ada kata-kata dan tindakan kita yang sebenarnya boleh melukakan hati mereka.
Perkongsian seorang pengguna Threads, @kisahklinikalasiah yang pernah menjadi penjaga pesakit kanser membuka mata ramai tentang pentingnya adab ketika ziarah. Menurut beliau, pesakit kanser bukan sahaja berdepan kesakitan fizikal, malah turut menanggung tekanan emosi yang besar. Justeru, setiap kata dan perbuatan daripada pelawat perlu lebih berhati-hati.
Antara perkara paling kerap ditanya ialah, “Stage berapa?” Walaupun soalan ini mungkin lahir daripada rasa prihatin, ia boleh menjadi beban emosi kepada pesakit.
Ada pesakit yang cuba untuk tidak terlalu memikirkan tahap penyakit mereka demi menjaga semangat diri. Apabila soalan sama diulang berkali-kali, perasaan cemas dan sedih yang cuba dipendam boleh kembali menghantui. Lebih-lebih lagi jika keadaan sudah kritikal, fokus rawatan biasanya lebih kepada keselesaan dan kualiti hidup, bukan lagi soal tahap penyakit.
Sebagai ahli keluarga atau sahabat, hormatilah ruang peribadi mereka. Jika pesakit mahu berkongsi, biarlah ia datang daripada mereka sendiri. Inilah antara prinsip utama dalam adab menziarahi pesakit kanser yang sering terlepas pandang.
Satu lagi perkara yang sering berlaku ialah lambakan cadangan rawatan alternatif. Dari air rebusan tertentu hinggalah produk kesihatan yang kononnya mujarab. Niat mungkin baik, namun bagi penjaga dan pesakit yang sedang menguruskan jadual rawatan, ubat-ubatan dan temu janji hospital, perkara ini boleh menjadi tekanan tambahan.
Jika benar mahu membantu, tawarkan bantuan yang lebih praktikal. Contohnya, menghantar makanan, membantu menjaga anak, atau menguruskan keperluan harian. Bantuan kecil ini sebenarnya sangat besar maknanya buat keluarga yang sedang berdepan ujian. Pendekatan ini lebih selari dengan adab menziarahi pesakit kanser yang menekankan empati dan kepekaan.
Ungkapan seperti “Kena kuat ya” atau “Jangan fikir sangat” kadangkala tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Hakikatnya, pesakit sudah berusaha sedaya upaya untuk kuat setiap hari menahan kesakitan, kesan sampingan rawatan dan kebimbangan tentang masa depan.
Apa yang lebih mereka perlukan ialah sokongan tanpa syarat. Duduklah di sisi mereka. Dengarlah jika mereka mahu bercerita. Kadangkala kehadiran yang tenang lebih menenangkan daripada nasihat yang panjang. Inilah nilai sebenar adab menziarahi pesakit kanser yang perlu kita fahami bersama.
Elakkan ‘main terjah’ ketika mahu menziarah. Hubungi terlebih dahulu dan tanya waktu yang sesuai. Pesakit kanser mungkin mudah letih, mengalami loya atau tidak selesa dengan keadaan diri.
Dalam Islam sendiri, adab memaklumkan kehadiran sebelum berkunjung sangat dituntut. Apatah lagi jika tuan rumah sedang tidak sihat. Ziarah yang singkat tetapi penuh adab lebih baik daripada lama tetapi memenatkan pesakit. Menghormati waktu dan keadaan mereka adalah sebahagian penting daripada adab menziarahi pesakit kanser.
Kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi boleh menyebabkan hilang selera makan. Jika mahu menggalakkan mereka makan, pujukan lembut seperti, “Jom cuba sedikit,” sudah memadai. Elakkan memaksa atau mempersoalkan kenapa mereka tidak berselera.
Menziarahi pesakit kanser bukan sekadar hadir membawa buah tangan. Ia tentang empati, adab dan kepekaan. Niat yang baik perlu disertai dengan cara yang betul.
Sebagai sebuah keluarga dan masyarakat, marilah kita belajar untuk lebih memahami. Kadangkala, diam yang penuh doa dan bantuan yang ikhlas jauh lebih bermakna daripada seribu soalan. Dengan memahami dan mengamalkan adab menziarahi pesakit kanser, kita bukan sahaja menjaga hati mereka, malah membantu meringankan beban emosi yang ditanggung setiap hari.
Selepas hampir dua minggu melahirkan bayi, kesungguhan pelakon popular Mira Filzah ingin memberikan bayinya susu ibu sama seperti ibu-ibu lain juga.
Sejak bergelar ibu kepada Wan Khair Amir, Mira dilihat bersungguh-sungguh memberikan bayi sulungnya susu ibu kerana kerap berkongsi aktiviti menyusukan bayinya di Instastory.
Baru-baru ini pengacara berusia 29 tahun ini membuka ruang pertanyaan memohon perkongsian daripada pengikutnya mengenai tip penyusuan susu ibu di Instastory miliknya.
Justeru selepas menerima banyak respon perkongsian tip penyusuan daripada pengikut Instagramnya, Mira mengakui dia belajar banyak ilmu menerusi perkongsian tersebut dan menegaskan apa yang penting dia tidak mahu stress.
“Macam mana mommies balancekan direct feeding dengan bottle feeding/pump susu awal awal ni.”
“Banyak sangat response yang Mira dapat. Alhamdulillah thank you for sharing. Lain orang lain cara, depends on mommies and babies juga, lifestyle, kerja dan sebagainya.
But dengan baca pengalaman orang lain, banyak yang Mira boleh belajar juga. Tak kisah macam mana pun, paling penting, tak nak stress!”
Menerusi paparan skrin tersebut, Mira turut berkongsi beberapa tip dan pengalaman pengikutnya yang menceritakan pengalaman masing-masing menyusukan anak dan ada di antaranya juga yang baharu melahirkan anak.
Sebenarnya ramai yang pertama kali bergelar ibu agak kurang pengetahuan mengenai ilmu penyusuan. Rata-rata ibu terutama yang bekerja akan bersungguh-sungguh mengepam susu untuk dijadikan stok susu sebaik sahaja melahirkan bayi.
Bagaimanapun mengikut perkongsian ramai konsultan laktasi bertauliah, mereka menggalakkkan ibu lebih kerap menyusukan bayi secara langsung (direct feeding) ketika awal-awal kelahiran bayi.
Ia bertujuan untuk mencipta bonding antara ibu dan bayi selain merangsang pengeluaran susu ibu menjadi lebih lancar apabila menyusukan anak secara terus berbanding memberi susu dalam botol semasa tempoh berpantang.
Mengikut info dalam Pa&Ma, ini yang patut ibu lakukan sepanjang cuti bersalin:
Muat naik terkini di Instagram milik pelakon, Fasha Sandha telah meraih perhatian apabila telah berkongsi perasaannya mengenai bahaya meroyan selepas bersalin. Malah turut memuatkan emogi sebak bersama kapsyen di instagramnya.
Difahamkan ia adalah lakonan sebuah drama yang bertajuk Serpihan Sayang yang disiarkan di Samarinda TV3
Menerusi perkongsian itu, Fasha meluahkan betapa bahayanya penyakit ini yang perlu mendapatkan rawatan segera.
“Psikosis selepas bersalin penyakit mental yang serius dan harus dianggap sebagai kecemasan perubatan.
“Ia kadangkala dipanggil psikosis nifas atau psikosis selepas bersalin.”-Fasha Sandha
Nyata, kapsyen pelakon yang berusia 37 tahun ini seolah membayangkan dia merasai situasi yang dilalui oleh pesakit yang mengalami penyakit mental ini.
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1.Gangguan emosi postpartum
2.Kemurungan postpartum atau meroyan
3.Psikosis postpartum, juga disebut meroyan
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Ganguan emosi postpartum
Ia berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Kemurungan postpartum
Ianya berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum
Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian
.
TANDA-TANDA & GEJALA
Gangguan emosi postpartum
-Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
-Mudah menangis
-Mudah melenting
-Gelisah
-Kurang penumpuan
-Kurang selera makan dan gangguan tidur
Kemurungan postpartum
-Perasaan murung
-Letih lesu dan tidak bermaya
-Suka memencilkan diri
-Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
-Salah faham akan kehendak bayi
-Kurang penumpuan dan daya ingatan
Psikosis postpartum
-Gangguan tidur dan perubahan selera makan
-Mudah resah
-Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
-Perasaan dan kelakuan yang pelik
-Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)
Pencegahan
Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.