Pelakon, Puteri Aishah mengakui kini lebih berwaspada sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh dan mencium anaknya.
Semuanya selepas melalui pengalaman apabila anaknya dimasukkan ke NICU sedikit masa dahulu.
Kata Puteri Aishah lagi menerusi Insta Storynya, dia memandang serius perkara ini kerana mahu memastikan kesihatan anaknya terpelihara, lebih-lebih lagi bagi seorang bayi yang lebih mudah terkena jangkitan.
Ads
“Tolonglah faham. Saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya, tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan yang bersih.
“Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali,” ujarnya.
Ads
Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai kini lebih peka dan prihatin mengenai soal kesihatan bayi yang sememangnya lebih mudah terkena jangkitan berbanding orang dewasa.
“Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tak izinkan tolong jangan terasa.
“Kadang-kadang mood dia pun tidak menentu. Kalau dia menangis bukannya awak yang pujuk, saya juga yang perlu pujuk dia,” katanya lagi.
Terdahulu Puteri Aisyah dan suaminya, Muhammad Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Faliq yang kini berusia 10 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu bapa dalam usia yang muda tidak menampakkan pasangan ini kekok. Sementelah buah hati kesayangan mereka, Fahad Ibrahim atau nama manjanya, Yem cukup mudah dijaga, biarpun lasak dan mudah rapat dengan orang yang baru dikenali.
“Cara didikan anak pada saya tidak masalah. Jika ibu moden lain lebih suka mendedahkan anak-anak dengan gajet, berbeza dengan saya. Kami suami isteri tak suka Yem selalu bermain gajet termasuklah telefon mahupun televisyen. Tiada istilah telefon di tempat makan. Kalau kami nampak dia ralit dengan televisyen, cepat-cepat kami tutup. Sekarang dia dah pandai sebut beberapa perkataan, jadi kami beli flash card dan pagi 10 minit dan sebelum tidur 10 minit kami akan ajar. Walaupun dua perkataan itu dah memadai dan tidak mahu terlalu ‘push’ dia.
“Berbanding membaca tip di internet, saya lebih suka bertanya kepada kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Itu lebih mudah kerana mereka sudah pernah melalui berbanding membaca buku atau melayari internet. Soal bab kesihatan, sepertimana ibu bapa lain saya dan suami memang menitikberatkan soal kebersihan. Terutama suami yang agak tegas bab pemakanan. Makanan segera misalnya tidak elok untuk kesihatan, jadi suami tidak suka mengamalkannya berbanding saya yang tidak kisah sangat. Kalau boleh kena kurangkan pengambilannya.
“Yem sangat rapat dengan kami berdua, lasak dan nombor satu suka berkawan sehingga ada budak-budak yang ‘rimas’ dengannya. Selain itu, dia cepat ikut perangai ‘tak elok’ kami berdua seperti cepat marah, perengus dan apa yang ayahnya buat seperti menari dia akan ikut. Cepat pula dia ikut benda yang tak elok, “seloroh Nad lagi tatkala ditanya mengenai perangai anaknya itu.
Ditanya mengenai keterujaan sebagai ibu untuk memberikan makanan kepada anak hasil air tangan sendiri, akui Nad setakat ini belum berpeluang berbuat demikian.
“Secara jujurnya saya memang tidak memasak. Dulu pernah cuba, tetapi Yem tidak mahu makan sehinggakan saya jadi tawar hati untuk memasak lagi. Tetapi akan datang insyaAllah saya mahu belajar memandangkan Yem nampak keinginan untuk makan terutama Nasi Goreng Cina.
“Dalam soal mendidik, kami memang tegas dan tak suka manjakan anak. Cuma datuk dan nenek memang sangat manjakan yem. Kebetulan dia cucu sulung untuk kedua belah ahli keluarga. Tetapi kami akan terangkan kepada famili kenapa tidak boleh terlalu manjakan anak kami dan mereka boleh terima,” ujar Nad yang tinggal sendiri tetapi akan menghantar anaknya ke rumah mentuanya apabila dia dan suami ada kerja luar.
Tidak suka bawa anak ke lokasi
Tidak suka membawa anak ke lokasi penggambaran, akui Nad mereka suami isteri sudah sepakat untuk menjaga sendiri anak. Jika kedua mereka ada kerja luar barulah urusan penjagaan anak diserahkan kepada nenek dan atuknya.
“Dari segi profesionalisme, saya rasa tidak wajar untuk membawa anak ketika bekerja. Ia bukan memudahkan bahkan boleh mejejaskan kualiti dan masa orang lain. Bayangkan kalau krew lain yang sudah ada anak isteri boleh tinggalkan mereka, kenapa saya mahu mementingkan diri berbuat demikian. Lagipun jika bawa anak ke tempat kerja bukan sahaja membuatkan anda tidak boleh fokus, malah melambatkan kerja.
“Jadi, pada saya tidak wajar, sebaiknya saya akan tinggalkan anak dengan suami jika ada shooting dan apabila suami ada kerja luar, saya pula yang akan mengambil alih tugas menjaga anak. Apabila kami berdua ada kerja luar, barulah Yem akan dihantar kepada datuk dan nenek untuk dijaga,”ulas Nad yang mahu memberi sepenuh kasih sayang dan didikan kepada anaknya Yem sebelum memikirkan untuk menambah ahli baru dalam keluarga mereka.
Pilih bisnes kasut
Mengulas lanjut mengenai kerjaya seni usai bergelar ibu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Bint Zainal Abidin aktif dalam bidang lakonan, Nad Zainal juga menceburi bidang bisnes iaitu dalam penghasilan kasut. Selain dilantik duta untuk produk untuk Beyond Rich Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama Audela.
“Jika selebriti lain memilih pakaian mahupun kosmetik untuk bisnes, tetapi saya lebih gemar pada kasut kerana jarang orang buat. Saya punya keutamaan tak perlu terlalu tinggi, yang penting keselesaan, cantik, harga yang berpatutan dan buatan Malaysia. Saya juga tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana ia limited tetapi harga berpatutan. Saya akan kongsi idea bersama rakan kongsi untuk idea rekaan dan sasaran untuk pasaran adalah merangkumi pelajar dan wanita berusia 35 tahun.
“Walaupun ada bisnes sendiri, saya perlu uruskan bahagian pemasaran dan promosi di media sosial untuk produk Audela. Manakala untuk jenama kasut FarrabyNadZainal pula, ada rakan kongsi, Ezza dan jika tidak sibuk dengan shooting, masa saya dihabiskan untuk bisnes pula.
“Lagipun, untuk kasut ini dilakukan dari rumah dan saya akan curi-curi masa untuk melakukannya. Nama untuk jenama kasut ini diambil dari nama sebenar saya Fara yang digabungkan dengan nama komersil saya.
“Memang sambutan sangat baik pada kasut keluaran kami walaupun hanya menjual melalui online, tapi kalau boleh saya saya mahu membuka kedai kasut sendiri. Saya mahu pelanggan rasa dan lihat sendiri produk sebelum beli, jadi mereka lebih yakin dengan produk. Jadi saya rasa produk yang bagus kena ada kiosk atau kedai sendiri supaya lebih elok dari segi pemasaran,”ulas Nad Zainal lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang tak berbau. Pelakon Ummi Nazeera berkongsi berita mengenai anak sulungnya, Ayra Aneesah, 3, yang bakal menjalani pembedahan bagi menjahit dagunya yang luka terbelah.
Dalam perkongsian tersebut Ummi memberitahu, dagu terbelah akibat anaknya yang bermain terlalu lasak sehingga menyebabkan dia terjatuh.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, memuat naik mengenai hal tersebut menerusi Instagramnya. Dia turut berkongsi foto terkini anak sulungnya itu yang kini berada di hospital.
“Semalam main lasak sangat sampai jatuh. Dagu terbelah. So kena jahit this morning.
“Tolong doakan Ayra Aneesah please. May Allah make it a successful surgery. Ameen,” tulis Ummi di kapsyennya.
Perkhabaran tersebut mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti dan juga peminat Ummi.Malah, ada juga ibu-ibu yang berkongsi pengalaman anak mereka seperti mana dialami Ayra.
Dalam pada itu, Dr Izzar yang merupakan suami Ummi turut berkongsi keadaan anaknya Itu.“Sorry Ayra daddy tak jaga Ayra betul2 sampai terjatuh. Siapa tak sedih anak sakit kena masuk hospital. Dari check luka, kena pasang IV line, supp meds, tunggu nak masuk wad. Semua tu trauma untuk anak2 kecil sebab mereka tak faham. Dahla tengah sakit.
Nanti semua dah ok kita makan ice cream n cake favourite Ayra ye. Mummy nak belanja.
Ummi berkahwin dengan suami Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada Jun lalu.
Selepas tiga bulan menanggung derita,Sharifah Ainul Nur Mardhiah yang merupakan puteri kedua pelawak Ali Puteh akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Ainul, 3 bulan mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak dilahirkan.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ali. Dalam perjkongsian tersebut, Ali dan isterinya, Melati redha dengan pemergian anak syurga itu.
“Saya dan Melati tak kuat, tapi kami sudah redha dan bersedia untuk hari ini. Sejak Jumaat lalu doktor sudah beritahu tentang kondisi Ainul yang bergantung dengan mesin bantuan pernafasan,” katanya.
Ainul disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan di cabut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Tambah Ali, apa yang menyentuh hatinya ialah semangat Ainul untuk meneruskan hidup.
“Sepatutnya doktor cabut mesin bantuan pernafasan pada Jumaat lepas tetapi Ainul buka mata, aktif dan memberikan reaksi positif.
“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.
“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.
“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya menahan sebak.
Berita tersebut turut dimuat naik menerusi laman instagramnya sebentar tadi.
"Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…
"Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.