Tidak dinafikan penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan diperlu diuruskan dengan betul. Ia asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak-kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa.
Baca nasihat doktor ini.
-KIT GOSOK GIGI ANAK KECIL-
Walaupun saya doktor gigi, saya juga manusia biasa. Dan anak pertama saya Umar, saya tidak mampu jaga gigi susunya dengan sebaiknya. Satu penyesalan terbesar bagi saya.
Mana tidaknya, Umar lahir ketika kami tengah struggle dalam pengajian. Masih belum ada pengalaman jadi ibu bapa. Akibatnya, gigi depannya dah kena cabut.
Saya ambil pengajaran daripadanya.
Anak kedua saya Hanan, lahir dalam suasana serba mencukupi. Alhamdulillah. Maka saya usahakan sebaik mungkin untuk jaga gigi Hanan sejak tumbuh.
Ads
Masa mula-mula gigi tumbuh, saya hanya biasa lap guna kain. Pagi sekali malam sekali. Cabaran bermula apabila Hanan dah start makan dan minum susu botol. Setiap malam mesti kena minum susu baru boleh tidur. Dan bukan sekali je. Satu malam 3-4 kali bangun untuk minum susu. Masa bila nak lap gigi dia? Kalau lap nanti terjaga semula? Yang paling penting, jangan biar puting botol susu dalam mulut dia. Kalau dapat biasakan tidur dengan air masak lagi bagus.
BILA GIGI ANAK ROSAK
Jangan cepat putus asa. Teruskan cuci seperti biasa. Kebanyakan gigi kanak-kanak rosak adalah sebab ibu bapa mereka tak cuci gigi anak selama berhari-hari atas pelbagai alasan!
Ads
Untuk anak saya, saya guna berus gigi untuk kanak-kanak 0-2 tahun jenama Jordan. Berusnya sangat lembut dan mesra gusi. Ubat gigi pula saya gunakan kodomo lion. Kodomo lion mengandungi 400ppm fluorida, antara yang paling rendah dalam ubat gigi. Kenapa pilih yang paling rendah? Kerana risiko untuk anak kecil tertelan ubat gigi sangat tinggi. Setiap kali selepas berus gigi, pastikan terus lap supaya anak tidak tertelan. Pengambilan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan masalah fluorosis pada gigi kekal mereka.
Sejak Hanan mula makan, saya dapati giginya diselaputi warna kekuningan. Saya cuba gosok guna berus gigi tapi tak hilang. Lepas guna kayu sugi baru hilang. Jangan risau guna kayu sugi sebab ia sangat selamat. Sakit pun tak. Ini lah kelebihan sunnah nabi. Kekuningan pada gigi kemungkinan ada lapisan nipis plak pada gigi. Jika dibiarkan tidak dibersihkan, risiko untuk gigi menjadi karies dan rosak sangat tinggi.
Pesan saya sebagai ibu bapa, gosok gigi anak anda 2 kali sehari dan jangan pernah miss!
Biarpun terpaksa menjadi singa. Biarpun terpaksa mengerah tenaga.
Ads
Ayah-ayah semua sila bantu sama. Jangan tercegat sahaja.
Gigi anak kita, tanggungjawab kita.
Setiap 6 bulan sekali, datanglah periksa.
Sayangi anak, gosok lah gigi h
Seorang dentist dan ayah 2 orang anak
Klinik Pergigian Al-Huda Balok
Jangan lupa like page kami untuk info-info menarik berkaitan pergigian ya .
Cairan pencuci lantai adalah antara bahan-bahan pencuci yang pasti ada di setiap rumah. Apatah lagi jika lantai kediaman dibina daripada jubin mozek, marmar dan sebagainya. Jika tidak dimop dengan bahan pencuci tentu sahaja terlihat kusam dan tidak selesa untuk dipijak.
Semua sedia maklum juga, bahawa cecair pencuci lantai ini begitu mudah didapati dipasaran dengan pelbagai aroma dan jenama. Ini secara tidak langsung memberi alternatif buat kita sebagai pengguna mencari dan membandingkan yang terbaik untuk keluarga.
Namun berbeza dengan Ummu Uwais Azizah ini yang pernah rasa tidak selesa setiap kali menggunakan bahan pencuci yang sedia ada dipasaran. Dan ini membuatkan dirinya beralih untuk menggunakan bahan-bahan yang bersifat natural dan bebas kimia.
Nak tahu apa kisahnya lagi, jom semak perkongsian ini.
Sejak bertukar secara sikit-sikit kepada produk natural ni memang jarang guna pencuci lantai. Biasa guna sabun yang ada atau tanpa sabun.
Mop lantai pun guna air je. Ada beli pencuci lantai mozek tu, keluaran Muslim. Tapi itulah produk bumiputera pun kena tengok ‘ingredients’ ya. Dah bertahun2 beli tapi tak habis2 sebab jarang guna. Pernah sesekali guna untuk cuci lantai bilik air, sekali bau dia buatkan terbatuk dan rasa sesak nafas.
Apatah sejak ada anak yang mula masuk fasa meniarap menyusur ni. Mula buat kerja sapuan atas lantai, pastilah seboleh mungkin elakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan.
Aha, dah lama tak buat pencuci homemade ini. Mudah sangat guna dua bahan sahaja. Yang pasti wangi Oren tu macam EO Oren dah. Aroma Oren / lemon ni boleh release stress tau.
Dan apa bila ditanya bagaimana timbul idea untuk menghasilkan bahan pencuci lantai tersebut, ini jawabnya.
“Sebenar saya pernah baca orang share kebaikan soda bikarbonat dalam kepelbagaian guna untuk cucian dan pembersihan. Baik untuk kulit, sayuran, makanan, dan peralatan. Then Ada kawan juga kongsikan idea rendaman buahan citrus ni guna cuka. Saya pernah buat dan tahu idea ni sejak 3 tahun lepas. Kira idea ni banyak dikongsikan daripada web luar negara.”
Bahan-bahan :
Cuka tiruan
kulit oren/ lemon.
Cara penyediaan :
Gunting kulit oren/lemon jadi kecil
Tambah cuka tiruan sampai penuh / menutupi semua kulit oren/lemon
Tutup.
Peram selama seminggu dua.
Dah boleh guna.
Cara Penggunaan :
Untuk cuci ‘table top’ dapur
Lembapkan kain dengan air, tambah sedikit larutan cuka citrus ni.
Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas.
Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka citrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.
Untuk Lantai
Lembapkan mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan citrus ini. Wangi je bau lantai nanti. Oren segar. (Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas kecuali lantai terlalu Kotor boleh tambah soda bikarbonat)
Berapa lama tahan?
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, tahan lama sebulan atau mungkin lebih.
Ekstra Info :
Jika dah ambil cuka rendaman kulit oren tersebut, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Kulit Oren yang tidak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi.
Berbudi kepada tanah walaupun secara kecilan akan dapat juga hasilnya selain menjadi terapi jiwa.
Bercucuk tanam pokok yang digunakan dalam masakan harian seperti serai, cili padi, halia dan lengkuas membantu kita tidak perlu lagi membeli sayuran di kedai.
Namun untuk memastikan pokok kekal subur ada yang menggunakan racun kimia, namun ia tidak digalakkan.
Bagi lelaki ini,Norahim Ibrahim menerusi facebooknya lebih gemar mengunakan cara organik. Hanya menggunakan air rendaman kulit bawang dia mampu mengawal serangan serangga perosak.
Serangga perosak adalah salah satu punca menyebabkan pokok rosak dan tidak membesar dengan sempurna.
Seterusnya ikuti perkongsian lelaki ini.
Kulit Bawang
Inilah di antara baja semulajadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya. Saya tidak menggunakan racun kimia di dalam kawalan serangga perosak.
Cara penyediaan:
Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Xde ramuan istimewa pun. X susah. Cuma kena rajin sikit. Rendam semalaman pun cukup. Esoknya boleh siram. Cuma, kalau rasa air tu agak pekat, cairkan lagi dengan air. Siram hari-hari pun xde masalah. Pokoknya, jangan malas ya!
Susahnya nak kekalkan rasa segar pada barang-barang basah seperti ikan, udang, sotong, ketam dan sebagainya. Ikan terutamanya sangat cepat bertindak balas, apalagi disimpan lama di dalam peti sejuk.
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang tidak lagi enak di makan. Selain tidak lagi segar, bau dan rasanya juga kurang enak.
Pun begitu ada caranya untuk memastikan ikan yang disimpan, mampu kekal segar seperti baru dibeli. Bagaimana? Cuba lakukan dua cara ini.
1. Rendam Air Garam
Bahan-bahan:
Air
Sedikit garam
Caranya:
1. Sebaik ikan disiang dan dibersihkan, letakkan ikan di dalam bekas.
2. Penuhkan dengan air sehingga menutup semua ikan.
3. Letakkan sedikit garam ke dalamnya dan tutup kemas.
3. Simpan di dalam peti ais dan bekukan.
4. Apabila hendak masak barulah anda mencairkannya.
2. Rendam Susu
Bahan-bahan:
Air
Susu atau air rendaman beras
Caranya:
1. Sebaik dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air biasa.
2. Letakkan sedikit susu ke dalamnya.
3. Biarkan seketika.
4. Bolehlah dimasak seperti biasa.
3. Air Beras
Bahan-bahan:
Air rendaman beras
Caranya:
1. Apabila ikan dikeluarkan daripada peti ais, rendamkan dengan air biasa.
2. Kemudian bilas dan rendam pula dengan air beras.
3. Biarkan seketika dan bolehlah dimasak seperti biasa.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.