Anak adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita sebagai ibu dan ayah. Kehadiran mereka di dunia ini melahirkan perasaan kasih sayang yang tidak pernah akan luntur. Mereka lah permata hati buat ibu ayah dan membesarkan mereka ibarat menatang minyak yang penuh.

Selagi mampu akan kita cuba bahagiakan dan atas sebab ini juga membakar semangat kita untuk berkerja lebih keras bagi memastikan harta yang dicari memberi kesenangan buat anak-anak dan keluarga tercinta.

Pun begitu, jangan pernah ada rasa bersalah dalam diri andai tidak dapat meninggalkan harta buat anak-anak namun menurut perkongsian Ustaz Hanafi adalah lagi bersalah jika harta yang ada tidak dapat dimanfaatkan untuk diri selepas mati.

Ini perkongsiannya semoga dapat memberi pencerahan dan manfaat buat kita semua dalam mengurus harta semasa hidup ini.

Manfaatkan Harta Selepas Mati

Petang-petang ni ustaz nak kongsi pentingnya ada harta yang bermanfaat untuk diri kita selepas mati.

Kalau ada RM100 ribu dalam akaun, dah tak guna bila meninggal dunia. Kecuali anak kita ada kesedaran dia wakafkan duit tu ke jalan agama. Ini duit dalam akaun banyak.

“Kenapa banyak lagi duit tu haji?”

“Untuk simpanan hari tua ustaz.” Jawabnya

“Berapa umur haji?” saya tanya.

“80 tahun ustaz.” Jawab dia selamba.

80 tahun tu dah hari tua dah tu. Allah, Tuan puan, orang cerdik duit tu wakafkan kepada masjid, surau, pondok, tahfiz dan kerja-kerja kebajikan.

Orang tak cerdik, dia sibuk fikir nak berikan pada anak. Anak-anak pula tholeh, bukan soleh.

Ingat, jadikan duit yang datangkan manfaat bila meninggal.

Tulis wasiat pergi cari lawyer upah untuk buat wasiat. Bukannya mahal pun. Barulah anak tu sedar diri.

Saya tengok seorang lelaki tua, tentera zaman British paling lama makan pencen. Jaga isteri dia start umur 60 tahun. Dia jaga isteri dia sampai umur 70 tahun.

Umur dia tua 10 tahun daripada isteri.

Sepanjang 10 tahun boleh kira anak 9 orang balik berapa kali. Raya pun tak balik. Tiba-tiba mak meninggal. Habis je kenduri, anak-anak tanya ayah.

IKLAN

“Ayah, macam mana semua harta sepeninggalan mak tu. Ayah kena bahagikan ikut faraid. Anak-anak perempuan pula tak setuju ikut faraid.”

“Aku ni bengkak-bengkak mata menangis, kekasih hati meninggal dunia. Kamu, anak yang lahir daripada perut isteri aku, kamu boleh tanya apa yang ditinggalkan?” Balasnya dengan suara terketar-ketar menahan sedih.

“Tak apa, esok 11.30 pagi peguam datang dan dengar apa yang peguam akan terangkan.” Sambungnya lagi berlalu pergi.

Esoknya, peguam pun datang.

“Segala harta si mati telah diwakafkan kepada tahfiz. Malah rumah yang pakcik ni duduk, kalau mati nanti juga akan diwakafkan menjadi tahfiz Al-Quran.”

Panjang lebar lagi yang peguam terangkan.

Ya Allah! Hancur harapan anak-anaknya.

Yang best pakcik ni jaga isterinya 10 tahun jaga. Ustazah yang mandikan makcik ni kata, bersih badan isterinya tak ada kudis pun walau sakit lumpuh.

Maksudnya suami jaga betul-betul sangat isterinya.

Urus Harta Bukan Seronok Di Dunia Sahaja

Sejak hari tu, si suami berulang-alik ke kubur di Danau Kota, setiap hari selepas Solat Subuh selama 3 bulan. Cukup-cukup 3 bulan, orang jumpa suaminya meninggal dunia di atas kubur isteri.

IKLAN

Taqwa sama dengan isterinya. Suami juga mewakafkan seluruh harta kepada pihak masjid.

Kadang kala nak ajar anak lupa diri ni memang kena cara macam tu. Nampak kasar tapi pendidikan sampai akhirat, biar mereka ingat.

Nak buat macam mana, masa hidup dah benci, masa mati memang anaknya lagilah benci.

Nasihat ustaz sekarang ni, uruslah harta sebaiknya bukan sahaja untuk seronok di dunia bahkan untuk kesenangan akhirat.

Buat wakaf, buat infak berkala. Jangan risau rezeki anak-anak.

Harta yang paling penting untuk ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu yang bermanfaat.

“Jangan Rasa Bersalah Tak Tinggal Harta Untuk Anak”-Deep Perkongsian Ustaz Ni Jadikan Iktibar!

Daripada ilmu itu mereka ikhtiar hidup, kumpul rezeki insyaAllah manfaat berpanjangan.

Jangan rasa bersalah tak tinggalkan harta untuk anak. Rasa bersalah jika harta kita tidak membantu di alam sana.

Jangan takut anak-anak tak ada rezeki mereka sebab Allah dah siapkan rezeki setiap manusia.

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.”

IKLAN

Surah Hud : 6

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”

Hadith Riwayat Muslim

“Seandainya kalian semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung. Burung keluar (mencari makan) di waktu pagi dalam kedaan perut kosong dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang”.

Hadith Riwayat Tirmidzi

Ingat rezeki Allah luas

Jadikan ia asbab untuk kita bahagia di dunia dan akhirat. Jangan jadi orang yang rugi, harta untuk kesenangan dunia sahaja.  Audit semula kewangan. Berapa yang aku infaqkan untuk jalan Allah supaya dapat aku bersenang-senang di akhirat sana?

Sumber : Ustaz Hanafi 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Jangan Rasa Bersalah Tak Tinggal Harta Untuk Anak”-Deep Perkongsian Ustaz Ni Jadikan Iktibar!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

“Jangan Rasa Bersalah Tak Tinggal Harta Untuk Anak”-Deep Perkongsian Ustaz Ni Jadikan Iktibar!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI