
Cantik sebenar seorang isteri juga terletak pada kemantapan dan kesihatan dalaman wanita itu. Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan halia misalnya memang banyak khasiat. Bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Justeru, usah abaikan penjagaan dalaman jika mahu benar-benar cantik di mata suami. Apa tunggu lagi, jom cuba petua yang mudah ini. Tak susah pun!
1. Rebusan serai & halia

Bahan-Bahan: 3 batang serai, 4cm halia.
Cara-Cara:
Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus dengan 3 gelas air dan dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum ketika suam. Amalkan dalam seminggu 2 atau 3 kali.
Khasiat kesihatan: Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.
2. Rebusan sirih

Bahan-Bahan: 5 helai daun sirih.
Cara-Cara:
Rebuskan daun sirih dengan 3 gelas air sehingga menjadikan 1 gelas. Minum setelah suam.
Khasiat kesihatan: Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap seminggu sekali.
3. Rebusan sirih & daun inai

Bahan-Bahan: 5 helai daun sirih, Segenggam daun inai.
Cara-Cara:
Rebus daun inai dan daun sirih dengan 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Khasiat kesihatan: Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas bersih daripada haid.
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit

Bahan-Bahan: 3 batang serai-diketuk, 3cm halia-diketuk, 2cm kunyit hidup-di ketuk, 1 helai daun pandan, sedikit kulit kayu manis dan bunga cengkih, sedikit Madu.
Cara-Cara:
Rebus semua bahan di dalam peruk. Minum airnya ketika suam.
Khasiat kesihatan: Mewangikan bahagian kewanitaan anda dan menyegarkan badan serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh. Sebaiknya minum air rebusan ini sekali sebulan dan sebaik-baiknya selepas darah haid berhenti.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di










Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.

