Apabila membincangkan cara mendidik anak, ia nampak seakan mudah tetapi hakikatnya, ia adalah cabaran yang sungguh mencabar. Tidak dinafikan untuk mendidik anak, ibu ayah perlu menjadi seorang yang garang dan tegas supaya anak lebih bertanggungjawab dan berdisiplin apabila dewasa nanti.
Apa yang jelas cara mendidik anak yang betul itu penting. Salah satunya, mendidik anak supaya tidak bergantung kepada gajet. Ikuti perkongsian oleh saudara Taufiq Razif menjelaskan hal ini.
Jangan takut bagi anak kita BOSAN
Ads
Pertama kali kita jauhkan TV Pertama kali kita jauhkan Smartphone Pertama kali kita jauhkan semua jenis gajet
Mula mula anak kita akan merengek Mula mula anak kita akan menangis Mula mula anak kita akan meragam
Ads
Tapi percayalah
Lama kelamaan Otaknya akan mula berjalan Mencari sesuatu untuk dimainkan
Ads
Kotak boleh jadi kereta Sofa boleh jadi rumah Penyapu boleh jadi perahu Papa tiba tiba bertukar jadi kuda Mama masih ‘maintan’ jadi singa
Ini kerana, otak kreatif anak mula bekerja Otak anak kita rupanya selama ini menjadi pasif Hanya kerana disuap terus menerus oleh gajet, TV dan Smartphone yang ditontonnya
Bosankanlah anak kita Nescaya otaknya akan makin aktif, kreatif dan bergeliga!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mempunyai adik-beradik muka kembar sememangnya unik. Kembarr dua atau tiga tentunya akan mencuri perhatian ramai.
Begitu juga dengan kembar tiga, Siti Aminah, Siti Khadijah dan Siti Aishah Hisamudin atau dikenali Triplet Hisham menarik perhatian pengikut TikTok setiap kali mereka bersiaran langsung di platform berkenaan.
Mana tidaknya, sambil berinteraksi dengan pengikut, mereka yang menetap di Taman Sri Jaya, di sini, sempat menyiapkan burger pesanan pelanggan.
Nyata, keunikkan mereka itu tidak hairan jika kembar tiga berusia 22 tahun itu mampu mengumpul lebih 138,000 pengikut di TikTok
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik Harian Metro, Siti Aminah mewakili Triplet Hisham berkata, mereka bertiga adalah anak keenam, ketujuh dan kelapan dalam keluarga daripada lapan beradik.
“Kami hanya ‘budak’ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja dan tak sanggup berpisah, disebabkan itu ambil keputusan bekerja selepas tamat sekolah.
“Ikutkan, kami bertiga ada pekerjaan lain pada sebelah pagi, namun jadi pembantu gerai selepas Aidilfitri lalu.
“Gerai diberi nama ‘Sofia Burger’ itu adalah milik abang ipar dan kami menawarkan diri untuk membantu selepas gerai abang ipar kembali stabil selepas dua tahun terkesan akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Siti Aminah, mereka bertiga pada awalnya menjual burger seperti peniaga lain dengan menunggu pelanggan datang ke gerai atau mengambil pesanan menerusi WhatsApp atau aplikasi Grab.
Memandangkan gerai burger abang ipar mereka itu sudah dibuka sejak 2015 maka ada pelanggan tetap yang masih datang membeli.
“Itu cara berniaga pada awalnya sehingga satu hari apabila salah seorang daripada kami cadangkan supaya siaran langsung di TikTok kerana mahu cari kelainan.
“Selain muat naik video, kami turut aktif bersiaran langsung di TikTok dan percubaan itu berhasil kerana dapat pelanggan baru sejak ketengahkan diri di situ.
Siti Aminah berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai pasti terkejut dan keliru apabila melihat mereka bertiga.
Katanya, ia reaksi biasa yang mereka dapat lihat daripada pelanggan sejak bekerja sambilan di gerai burger berkenaan.
“Kami sudah bahagikan tugas masing-masing, saya letak sayur dan sos, Dija (Siti Khadijah) ambil pesanan manakala Isha (Siti Aishah) pula akan masak burger.
“Jadi, setiap kali ada pelanggan datang, mereka akan nampak Isha dulu yang sedang masak dan terkejut apabila nampak dua lagi iaitu saya serta Dija.
“Ketika siaran langsung pula, ada yang suka dan sebaliknya. Segelintir kecam kerana tidak suka dengar suara kami nyaring namun kami tidak ambil hati malah moderator iaitu adik-beradik lain akan bantu balas di ruangan komen,” katanya.
Siti Aminah berkata, selagi belum berkeluarga, mereka akan terus bersama kerana tidak dapat bayangkan malah berasa sunyi hidup tanpa satu sama lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan jika gaduh pun tidak lama malah lebih suka bercerita dengan satu sama lain berbanding orang luar termasuk ahli keluarga lain.
“Keluarga pernah berpesan supaya kami bertiga belajar untuk bergerak sendiri tetapi lebih selesa bersama, pernah berpisah pun ketika berlainan kelas ketika di sekolah kecuali tingkatan lima.
“Walaupun sudah dewasa, kami kini masih tidur di satu bilik yang sama dan akan kekal begini selagi belum berumah tangga,” katanya.
“Kami juga bersyukur kerana ada dalam kalangan pelanggan membeli burger untuk diinfaq,” katanya.
Doa ibu bapa mengiringi perjalanan anak-anak membesar menjadi insan yang berjaya. Bagi tujuan tersebut, ibu bapa kena memainkan peranan menjadi petunjuk arah buat anak-anak supaya tidak tersalah pilih jalan. Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.
Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Baking soda bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran. Tak percaya? Jom semak tip ini.
Untuk hilangkan segala macam kotoran kat mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan soda (iodin).
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.