Andai dapat menjamu selera bersama keluarga sambil menikmati suasana petang di tepi pantai, lazimnya menu berasaskan makanan laut jadi pilihan. Menu Sotong Celup Tepung umpamanya, pasti menjadi antara menu wajib order. Menu nan satu ini memang ‘layan’ kalau diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi dan juadah lainnya.
Pun begitu, kena pandai juga mencari restoran atau tempat makan yang boleh menyediakan Sotong Goreng Tepung yang sedap. Barulah puas hati makan seisi keluarga.
Apatah lagi kalau dimasak sendiri, bolehlah kita makan seberapa banyak yang kita mahu. Malah tidak dinafikan juga, kalau masak sendiri kosnya jauh lebih murah berbanding jika makan di luar.
Jadi apa kata anda cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh Ag Jeffrey Ag Nuddin. Bukan sahaja dia berkongsi resipi malah tidak lokek berkongsi tip untuk dapatkan hasil masakan Sotong Goreng Tempung yang sempurna ‘kejadiannya’.
Menurutnya, banyak cara memasak boleh dilakukan untuk menggoeng sotong, cumanya tidak semua akan jadi 100% seperti yang dikongsikannya itu.
Jadi sebaiknya selepas cuci sotong perlulah ditos (buang air) kemudian barulah dicampur segala perasa seperti serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian letak tepung kanji dan putih telur/telur. Gaul rata.
Disarankan ketika menyediakan adunan tepung jangan buat macam bancuhan untuk pisang goreng, itu nanti akan menjadikan sotong yang dimasak terlihat seperti sotong tempura pula. Ujarnya yang juga berpengalaman sebelum ini sebagai chef shushi.
Ok setelah sotong digaul dengan adunan tepung, sediakan pula bekas kosong untuk diletakkan tepung kanji. Jadi sebelum digoreng, gaulkan atau golek-golekkan sotong tadi dengan tepung kanji yang ada dalam bekas tu. Kemudian masak seperti biasa.
Masak sotong goreng tepung memang leceh sikit, untuk lagi sedap boleh juga gunakan telur masin dan rasanya lagi mantap. Dan bila gunakan telur masin tidak perlu dicampurkan lagi perasa.
Berkongsi harga sotong di tempatnya di Sabah, nyata membuatkan ramai teruja. Cukup murah dan sotong yang dijual nampak begitu segar. Jadi memang puas kalau dimasak sendiri Sotong Goreng Tepung. Berbaloi dan puas hati!
Memasak nasi lemak dengan teknik yang dikongsikan oleh Rossita Omar ini pasti banyak membantu ibu-ibu untuk menyediakan nasi lemak yang sempurna.
Ini memandangkan ada formula atau kira-kiranya untuk mentukan sukatan air yang diperlukan.
Sekali gus nasi lemak yang dimasak tidak mungkin terlembik atau termentah.
Tidak dengan itu, memasak dengan teknik yang dikongsikan ini juga dijamin nasi yang dimasak tidak berkerak. Wow! Tentu teruja untuk ketahui rahsianya bukan?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu..
Cara ini lebih mudah & lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik.
In Shaa Allah nasi lemak yg terhasil tidak berjelantah & tahan lebih lama.
#AirtanganTokma..
Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkan bersama.
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak tau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.Jika nak masak nasi puteh santan tu tukar dengan air pula.
Bahan-bahan : Daun pandan, hirisan halia, serai yang dititik, santan dan beras.
Step 1 :Basuh beras. Isi dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
Step 2 : Tuang santan secukupnya. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1/2 sudu besar. Kacau rata.
Step 3: Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk itu. Guna api sederhana.Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat nanti berkocok dan mercik-mercik pula.
Step 4 :Tutup periuk kukusan itu. Biarkan nasi terus mendidih. Bila sudah mula menggelegak bolrh kecilkan api dapur. Biarkan nasi terus mendidih hingga kering.
Step 5 : Biarkan nasi mendidih hingga kering santannya. Sesekali boleh kacau untuk ratakan santan pekat yang terapung di atasnya.
Step 6 : Bila nasi dah masak dan kering santannya. Boleh tutup api dapur. Biarkan periuk nasi terendam dalam air panas dalam periuk kukusan itu.
Step 7: Gemburkan nasi. Nasi dah masak dah. Bila digembur nasi semakin muai yang banyak. Tak ada yang jelantah. Alhamdulillah…
Ekstra info : Bekas periuk yang digunakan .Alhamdulillah tiada sedikit pun terdapat kerak nasi lemak.
Malahan nasi lemak ni boleh bertahan lebih lama. Insya Allah hingga 24 jam tahan tak basi jika betul cara masaknya.
Setiap anak memang mempunyai tahap pencapaian atau tahap perkembangan yang berbeza antara satu sama lain. Bukan hanya orang biasa, anak selebriti juga ada yang menghadapi masalah yang sama. Baru-baru ini, Wawa Zainal menerusi laman instagramnya meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan anak sulungnya yang masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun.
Siapa tak risau kan kalau mempunyai anak ada masalah bercakap. Untuk mengetahui ciri-ciri anak tergolong normal atau anak yang lambat dalam bercakap boleh dikesan dengan melihat tanda aras kemampuan berbicara anak sesuai usianya secara beransur-ansur di bawah ini.
Usia 3 bulan
Pada usia sembilan puluh hari, bayi mula mengeluarkan suara-suara dari mulutnya. Tidak ada makna dari apa yang diucapkan olehnya. Ucapan-ucapan yang dikeluarkan ini boleh dikenal dengan sebutan “bahasa bayi”. Bayi di usia 3 bulan juga sudah mula mengenali dan mendengar suara Anda sebagai orang tua serta memperhatikan wajah Anda saat saat berbicara kepadanya.
Usia 6 bulan
Bayi pada usia ke-6 bulan sudah boleh mengeluarkan kata-kata yang terdengar lebih jelas, tetapi tidak mempunyai erti. Beberapa ucapan yang keluar semisal “ba-ba”, “pa-pa”, “ma-ma”, atau “da-da” akan sering kita dengar. Pada akhir usia enam bulan, anak sudah mampu bersuara untuk menunjukkan perasaannya ketika itu senang atau sedih, mata memandang ke arah yang menimbulkan suara, dan dia sudah boleh menoleh ke arah Anda.
Usia 9 bulan
Apabila usia mencapai sembilan bulan, bayi akan kenal dengan maksud kata “tidak” atau “ya”. Dia juga akan lebih banyak menggunakan nada suara.
Usia 12 bulan
Umumnya, anak sudah boleh bercakap “mama” atau “papa” dengan jelas dan mengikuti kata-kata yang Anda ucapkan. Apabila usia anak sudah satu tahun, dia sudah boleh mengenali ucapan berupa perintah seperti, “Jom, sini” atau “Lempar bola tersebut”. Anak juga boleh mengenali beberapa benda seperti boneka, buku, kasut, atau botol susu.
Usia 18 bulan
Kemampuan anak dalam mengulang kata-kata yang Anda ucapkan kepadanya sudah sangat baik. Dia juga akan bercakap sambil menunjuk ke sebuah benda atau bahagian tubuh yang Anda ucapkan. Di usia lapan belas bulan, anak sudah boleh mengucapkan kira-kira 10 kata dasar. Tapi ada beberapa kata yang tidak mampu diucapkan secara sempurna.
Usia 24 bulan
Dia sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya 50 patah kata yang telah mampu diucapkan. Anda sudah boleh memulakan tahap rangsangan perkembangan otak supaya kemampuan anak dalam bercakap semakin bertambah.
Usia 3 – 5 tahun
Pada usia lebih dari 36 bulan, perbendaharaan kata yang dihafal oleh anak akan bertambah banyak dengan cepat. Sebahagian anak-anak dapat mengingat kata baru dengan cepat. Mereka juga sudah boleh memahami arahan dari Anda meski banyak banyak kata, seperti, “Kemari, minum susu dulu”.
Berlanjutan sehingga usia empat hingga lima tahun, dia akan mengeluarkan perkataan lebih panjang dan boleh menggambarkan sebuah kejadian. Semakin lama dia menjadi boleh bercakp-cakap dengan orang lain dengan pemahaman yang cukup baik.
Perkembangan kemampuan bercakap setiap anak memang berbeza. Maka peranan orang tua sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan ini. Petua agar anak cepat bercakap berikut boleh Anda amalkan untuk merangsang keupayaan berkomunikasi anak.
Dengar setiap kali akan mengeluarkan perkataan-perkataan. Meski tidak jelas sebutannya, Anda boleh mengulangi perkataan yang diucapkan anak. Tanyakan juga pada dia apa makna perkataan tersebut dengan wajah ceria dan penuh senyum. Tips supaya anak mudah bercakap ini perlu dilaksanakan dengan kesabaran.
Bercakap Sambil Bergerak
Ajak anak Anda belajar bercakap dengan cara menyeronokkan dan tidak membosankan. Anda boleh bercerita kepada anak dengan aktif bergerak dan wajah yang ekspresif. Kegiatan ini semakin lama akan meningkatkan pemahaman otak anak tentang ucapan dan ungkapan yang saling berkaitan.
Mengenalkan Objek Dengan Naratif
Agar otak anak dapat berkembang dengan cepat, juga termasuk keupayaan berkomunikasinya. Maka petua agar anak cepat bercakap yang boleh Anda lakukan adalah dengan mengenalkan suatu objek dengan naratif. Ini tidak sukar dilakukan.
Seperti contoh, Anda ucapkan: “(sebut nama anak) suka bermain bola sama mama”. Pastikan ketika mengucapkan kata “bola”, tangan Anda dengan jelas menunjuk atau memegang bola sambil menunjukkannya di depan anak. Ini akan membuat anak semakin kenal dengan banyak benda hingga keinginannya mengenal benda lain pun bertambah.
Kembali ke Masa Kecil
Anda harus boleh dicorakkan seperti anak-anak kecil pada umumnya. Ajak anak bermain, berpura-pura, atau membayangkan sesuatu (benda atau kejadian) untuk mengembangkan kemampuan bicaranya. Misalnya Anda boleh berpura-pura melakukan panggilan dengan telefon mainan.
Puji Perkembangan dan Jangan Remehkan Kebolehan Anak
Jangan lupa untuk selalu berikan pujian dan senyuman pada anak. Setiap kali dia berjaya mengeluarkan perbendaharaan kata baru atau mengikuti perkataan yang Anda ucapkan dengan baik, peluk dan kucup dia dengan hangat. Jangan pernah memandang rendah kebolehan anak.
Kurangkan Penggunaan Teknologi
Petua agar anak cepat bercakap ini lebih tepat untuk Anda sebagai orang tua. Teknologi harus dihadkan penggunaannya agar Anda lebih banyak masa untuk menyokong keupayaan bercakap anak. Jangan sampai Anda asyik duk senyum sorang-sorang di depan gadget, sedangkan anak Anda bermain sendiri.
Gunakan Bahasa yang Baik
Beri contoh yang baik, dari segi bercakap dan bertindak. Bahasa yang betul dan tab akan membuat anak tidak merasa takut untuk bercakap dengan kita. Jangan menjerit pada anak atau mengherdik atau menengking sekiranya mereka membuat kesalahan. Perbuatan ini hanya akan menimbulkan asdrasa takut pada anak untuk bercakap lagi dengan kita.
Di setiap usaha, harus disusuli dengan doa. Sebagai ibu bapa, Anda boleh cuba amalkan bacaan surah Toha, ayat 25 – 28. Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur, lalu hembuskan ke mulut anak. Anda perlu rajin dan bersabar, semua akan dimudahkan oleh Allah pada waktunya.
Semoga petua agar anak cepat bercakap di atas boleh membawa fadilat dan kebaikan untuk Anda. Walaupun sekiranya ibu bapa sudah mengamalkan semua petua tersebut tetapi anak tetap lambat dalam bertutur, maka segera lakukan pemeriksaan ke doktor secepat mungkin. Boleh jadi ada kejanggalan pada anak.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.