Selalunya orang akan tunggu cuti panjang untuk pulang ke kampung, barulah rasa puas hati duduk lama-lama ziarah ibu ayah. Kan? Kalau balik hujung minggu sahaja, masa terlalu terhad belum kira masa yang diambil di atas jalan untuk sampai.
Namun lain pula cerita dengan anak jiran yang seorang ini, apabila dia kerap pulang menziarahi ibu bapanya di kampung tanpa perlu menunggu cuti yang panjang.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan semula oleh saudara Zairi Ibrahim daripada perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron untuk sama-sama kita renung sebagai satu tauladan.
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG!
Sebuah renungan untuk kita.
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.
Saya menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
SERIBU AMAL JARIAH DILAKUKAN TIDAK AKAN SAMA DENGAN SATU KUNJUNGAN…
Dia berkata, “Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya,
“tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua, tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah,
Ads
“tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.
“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
SubhanALLAH…
JANGAN BERKIRA WANG RINGGIT UNTUK MENZIARAHI IBU BAPA
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.
Ads
Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
LEBIHKAN ZIARAH IBU BAPA BERBANDING ORANG LAIN
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.
Ads
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH…
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
*Terima kasih kepada penulis asal,
Almarhum Cikgu Abd Ghani Haron yang memberi kesedaran kepada kami. ~Al-Fatihah~
Sumber: Facebook Zairi Ibrahim / Abd Ghani Haron
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak berubah tu mungkin mudah, tetapi nak istiqamah dalam perubahan itulah ujian yang sebenar buat seorang manusia.
Baru-baru ini, pelakon, Izara Aishah ada menerima soalan tentang tip untuk kekal istiqamah. Soalan itu diajukan semasa Izara sedang live di aplikasi Tiktok dan telah dimuat naik semula oleh sebuah akaun yang sempat tangkap layar siaran langsung tersebut.
Menurut Izara, dia akui bahawa iman manusia ada turun dan naik. Namun begitu, lama-kelamaan rasa ‘kuat’ itu akan datang dengan sendirinya jika betul dengan niat.
“Takpelah tak kuat pun, pakai je.. Nak buka, buka. Nak pakai, pakai.
“Memang iman kita naik turun, lama-lama dia akan rasa kuat. Akan rasa sendiri yang kita nak menutup aurat.” jelasnya dalam video tersebut
Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin memaklumkan bahawa dirinya mula membuat keputusan untuk menutup aurat apabila dirinya terbaca satu ayat daripada Al-Quran dimana suruhan daripa-Nya sendiri untuk menutup aurat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tips yang diberi Izara. Malah, ada juga yang memuji nada ‘soft spoken‘ pelakon tersebut dalam memberi pandangannya.
Sumber: TikTok @user6374
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang ada masa silamnya, ada masa kita alpa sehingga tak sedar tergelincir dari landasan sebenar. Namun, tidak bermakna tidak boleh berubah.m
Nama penyanyi ini tidak tercicir apabila isu dadah diperkatakan. Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali memang tidak lekang dari terpalit kontroversi melibatkan kancah penagihan dadah sejak beberapa tahun lalu.
Pernah berada di puncak populariti, katanya, terjebak dengan penagihan dadah adalah penyesalan terbesar di dalam hidupnya dan sehingga kini dia masih memerlukan bimbingan untuk bebas sepenuhnya daripada najis itu.
Namun kini, dia sudah berubah atas sokongan dan semangat yang diberikan keluarga, masyarakat serta peminat akhirnya membawa Radhi kembali ke landasan sebenar daripada penagihan dadah.
“Saya akui pernah tergelincir beberapa kali selepas mengikuti pemulihan, tetapi dorongan daripada masyarakat, keluarga serta peminat membawa saya kembali kepada landasan sebenar.
“apatah lagi ketagihan itu bukan bermula setahun dua, macam saya sejak berusia belasan tahun, tentunya susah. Tetapi Alhamdulillah, perlahan-lahan, saya berjaya.
Menurutnya, dia tidak menyalahkan sesiapa atas nasib yang menimpanya melainkan diri sendiri yang terlalu terikut-ikut dengan pengaruh muzik daripada Barat satu masa lalu.
“Itu satu cara yang salah. Saya nak sangat jadi seperti Kurt Cobain dari kumpulan Nirvana yang dikenali di seluruh dunia, glamor dan popular. Sampai dia terjebak dengan dadah pun saya ikut.
“Saya tak nafikan pengaruh rakan-rakan juga satu daripadanya. Tetapi saya salahkan diri sendiri. Bila dalam proses pemulihan, ketika itu kena hati-hati dengan rakan-rakan sebab ada yang akan mempengaruhi kita,” katanya.
Dia yang pernah mengikuti pemulihan di Rumah Pengasih tujuh tahun lalu berkata, ketika ini dia masih mendapatkan bimbingan daripada kaunselor di situ kerana bimbang akan terjerumus lagi ke kancah dadah.
Katanya, dia masih ingat bagaimana dadah mengubah hidupnya hingga mengalami masalah rumah tangga serta karier sebagai pemuzik musnah hingga dipandang serong masyarakat.
“Pernah satu ketika saya pergi menonton wayang, ada orang di sebelah berbisik, Radhi tu penagih dadah, saya dengar dia cakap, tapi saya pekakkan telinga kerana tahu itu adalah kesannya yang perlu saya tanggung,” katanya.
Setiap rezeki, setiap anugerah dalam hidup adalah atas ehsan Allah SWT. Itulah yang penyanyi popular, Datin Alyah pegang dalam setiap langkahnya. Tanpa perancangan, tanpa jangkaan, tetapi penuh dengan doa agar Allah berikan yang terbaik untuknya.
Dalam perkongsian ini, Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 44, menjelaskan bagaimana Zara hadir dalam hidupnya bukan dari rumah kebajikan atau anak yatim, tetapi darah daging sendiri, anak saudara yang kini menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Namun, membesarkan anak angkat bukan sekadar memenuhi kehendak hati. Ia adalah amanah besar, tanggungjawab yang perlu disertai dengan restu dan petunjuk daripada Allah.
Baca perkongsian penuh Datin Alyah tentang perjalanan indahnya bersama Zara, termasuk soal ibu susuan dan ikatan kekeluargaan yang terjalin. Semoga dapat memberi manfaat buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk menerima amanah seumpama ini.
“ZARA, ANAK SAUDARA SAYA”
Apa yg ada pada saya semuanya atas ehsan Allah swt Alhamdulillah.Tak Terfikir pon,Merancang jauh skali.Apa yg saya selalu pinta dlm doa yg terbaik dari Allah swt buat saya.sbb saya adalah hamba yg lemah lagi lugu dalam melihat masa depan saya sendiri
Kami tak ambik Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.Jadi minta Maaf banyak mana yang Dm atau txt saya tanya kat mana saya dapat Zara dan mcm mana nak ambik anak angkat yang comel-comel
Nasihat saya tentang yg nak ambik anak angkat ni.klu bole Jgn ikut apa orang kata atau apa rasa hati yg kita nak.Sbb yg kita nak jaga ni ialah jiwa Dan nyawa,Besar tanggungjwb ni dan tak mudah.
Jadi sebelum apa apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yg maha kuasa juga pengendali sekelian Alam ini.Dan dgn sesungguhnya dia maha mengetahui dan perancang terhebat
Zara dgn saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri.
Sepekara lagi kami dah susukan zara.Jadi antara zara dan tokram (nama panggilan untuk Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.
Harap sgt lepas apa yg saya text ni dapatlah memberi jawpan kepada pihak2 yang sering Dm atau txt saya berkenaan hal ibu susu juga ya.
Terima kasih atas keperihatinan(betui kan ayat ni?)semua. Terima kasih atas doa kalian ya. Kami juga doakan yg baik baik buat kalian.