Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah. Namun, dengan beberapa langkah berikut, pengalaman ini boleh menjadi lebih positif.
Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak-anak terjaga dengan baik dan paling penting mood mereka terkawal dan seronok ke masjid.
1. Ajar adab di masjid sebelum pergi
Sebelum membawa anak ke masjid, terangkan kepada mereka tentang adab yang perlu diamalkan seperti tidak membuat bising dan menghormati jemaah lain yang sedang solat. Ini adalah langkah awal dalam ajar anak solat tarawih dengan baik.
Ads
2. Sediakan aktiviti ringkas
Jika anak masih kecil, bawa buku cerita Islamik atau mainan kecil yang tidak bising untuk mereka mainkan semasa ibu bapa bersolat. Ini boleh membantu mereka duduk dengan tenang sepanjang tempoh solat.
3. Pastikan anak kenyang dan cukup rehat
Pastikan anak sudah makan dan mendapat rehat yang mencukupi sebelum ke masjid. Anak yang letih atau lapar cenderung untuk berasa tidak selesa dan mudah meragam.
Bagi tempoh yang lama untuk menunggu, anak biasanya akan mula meragam dan tidak selesa. Pastikan mereka kenyang!
Ads
4. Tentukan tempat yang sesuai untuk anak duduk
Pilih tempat di bahagian belakang saf atau kawasan yang mudah untuk membawa anak keluar jika mereka menjadi terlalu aktif.
Ini juga memudahkan ibu bapa untuk mengawal pergerakan anak semasa solat selain ajar anak solat tarawih.
5. Beri ganjaran dan pujian
Selepas solat, berikan pujian kepada anak atas tingkah laku baik mereka di masjid. Ganjaran kecil seperti makanan kegemaran juga boleh diberikan sebagai motivasi.
6. Daftar pusat asuhan masjid
Sesetengah masjid juga turut mewujudkan pusat asuhan bagi menempatkan kanak-kanak ini sepanjang ibu bapa bersolat. Jadi anak-anak tidak akan menggangu ketika ibu dan ayah melakukan ibadah solat. Hanya daftarkan sahaja dan biarkan anak bermain bersama rakan-rakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu ayah mana tidak risau apabila anak yang masih kecil bertanyakan soalan mengenai hubungan kelamin suami isteri. Lebih membimbangkan apabila anak yang baru berusia 9 tahun bertanyakan hal begitu.
Sebagaimana perkongsian pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang membuat pendedahan mengenai pertanyaan seorang ibu yang terkejut apabila anaknya bertanyakan soalan makna ‘persetubuhan’.
“Anak saya tanya apa itu persetubuhan. Sebab dia dapat tahu perkataan tu masa belajar tentang hadas besar. By the way, anak saya darjah 3.”
Jawapan saya : Menarik soalan anak puan. Sebelum menjawab soalan anak, tolong sangat elakkan benda ini dari berlaku :
1. Marah anak. Siap nak cili mulutnya lagi. Kenapa tanya soalan macam tu? Kecil-kecil dah pandai! 2. Pass soalan pada pasangan. Pasangan pula pass kembali kepada kita. Akhirnya ubah topik yang lain. Siap pura-pura tidur lagi. 3. Diam je. Buat tak tahu. Buat-buat tak dengar soalan yang diajukan. 4. Anak tanya terus kata, awak kecil lagi. Dah besar nanti akan tahu sendiri.
Jika salah satu dari 4 perkara di atas mak ayah lakukan, ini biasanya akan berlaku kepada anak kalian : 1. Anak takkan tanya dah 2. Dia akan cari di google 3. Kawan dia akan ajar 4. Orang yang tak dikenali di internet ajar 5. Anak belajar dari pornografi
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jadi, sekarang ni, nak pilih yang mana? Biarkan anak terkapai-kapai mencari jawapan hingga terjebak dengan porn atau kita selaku mak bapak menjadi guru pertama mendidik anak tentang ilmu seksualiti?
Ini tahun 2021 ya tuan puan. Segenap segi kelucahan ada depan mata anak, dalam televisyen, di youtube, iklan di fb, ig, video di tiktok, di telegram, billboard tepi jalan bahkan masa kelas online sebelum ni pun ada budak share video lucah.
Sebab itu saya selalu sebut berilah nama yang selayaknya kepada kemaluan anak. Jangan lagi kekalkan nama-nama objek yang merujuk kepada kemaluan seperti burung, bunga, belalai, siput, karipap, asam keping, nasi lemak, batang dan lain-lain.
Ini asasnya. **Kiasan nama inilah yang akhirnya mengundang lawak double meaning zaman sekarang ni)**
Bila ibu bapa tak bersedia mengajar anak ini zakar/ penis, ini faraj/ vagina, maka perasaan malu, rasa lucah dan akward akan terus menebal dalam diri mak ayah sampai bila-bila.
Tuan puan tahu tak, seawal darjah 1 anak-anak dah diajar oleh guru mengenali nama kemaluannya di sekolah; zakar/penis, faraj/vagina. Term inilah yang digunakan dalam dalam subjek Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam serta Sains.
Baik, berbalik kepada soalan anak puan ni, pertamanya syukurlah anak bertanya soalan ni kepada kita terus. Ini menandakan masih ada trust dalam diri anak kepada kita.
Ia satu learning moment yang paling terbaik untuk ibu bapa terangkan dengan jelas, tidak melucah, tidak melawakkan ia dan paling penting berterus-terang.
Anak : Mama, apa itu bersetubuh? **Sebelum menjawab, tanya dulu anak dengar perkataan ni dari mana. Biasanya word bersetubuh ni dipelajari anak dari subjek Pendidikan Islam dalam topik akil baligh, wuduk, mandi wajib, berhadas.**
Mama : Betul ke kakak nak tahu? (Tanya anak dulu) Anak : Ya, mama. Tu sebab kakak tanya Mama. Mama : Ok, macam ni. Kakak tahu kan Allah ciptakan manusia ni berpasangan. Ada lelaki ada perempuan. Manusia pertama yang Allah ciptakan pun ada Adam dan ada Hawa. Apa yang membezakan lelaki dan perempuan ya kakak? Anak : Suara. Tubuh badan. Kemaluan. Mama : Ha, pandai. Yang membezakan jantina lelaki dan perempuan adalah kemaluannya.
Macam kakak kan perempuan, jadi Allah berikan faraj/vagina. Lelaki macam Papa pula Allah berikan zakar/penis.
Allah ciptakan kita berbeza jantina ni supaya sampai satu masa lelaki dan perempuan akan berkahwin.
Melalui perkahwinan, suami dan isteri ni Allah benarkan untuk bergurau senda, bertepuk tampar, bermesra, bercium-ciuman, berpelukan bahkan boleh melakukan hubungan intim.
Hubungan intim antara suami dan isteri inilah yang dipanggil sebagai bersetubuh atau hubungan seksual. Jika persetubuhan ini berlaku di luar perkahwinan, ia dipanggil zina. Ia diharamkan. Berdosa besar.
Hubungan seksual ini juga akan jadi rogol bila yang perempuan dipaksa melakukannya tanpa kerelaan.
Rogol ni satu perbuatan yang amat jahat dan jijik! Ia satu jenayah. Berdosa besar. Mangsa rogol akan trauma dan ketakutan sampai bila-bila. Kakak faham tak sampai tahap ni?
Anak : Faham mama. Mama : Alhamdulillah. Persetubuhan di dalam perkahwinan ni Nabi sebutkan ia adalah sedekah. Suami isteri akan dapat pahala. Allah rahmati mereka. Melalui persetubuhan ini juga akan lahirnya seorang manusia ke muka bumi. Anak : Macam mana tu mama? Mama : Begini, setiap makhluk Allah di dunia ada cara untuk membiak. Sebagai contoh pokok, ada yang membiak melalui biji benih.
Binatang pun begitu juga. Ada jantan, ada betina dan ada cara mereka membiak. Baik kucing, lembu, gajah, harimau, kuda dan lain-lain. Cara mereka meneruskan spesis dinamakan proses mengawan (mating). Manusia? Anak : Tak tahulah mama. Mama : Hehe. Begini. Dengar baik-baik ya. Benda ni penting sangat. Kakak pun dah tahu kan kemaluan lelaki bernama zakar, kemaluan perempuan pula bernama faraj.
Zakar lelaki ni bukan sekadar tempat keluar air kencing sahaja, bahkan ia akan mengeluarkan benih lelaki bernama sperma. Bentuk dia macam berudu. (Lukiskan) Sperma ni dihasilkan di testis lelaki.
Perempuan pula Allah berikan ovari. Fungsi ovari ni sama macam testis lelaki. Ia berada di dalam, bahagian kanan dan kiri rahim. **Tunjukkan posisi rahim ibu di mana. Jika boleh lukis, lukiskan. Jika ada buku panduan, tunjukkan**
Ovari ini akan hasilkan benih yang bernama ovum. Sperma macam berudu, ovum ni selnya macam telur.
Bila sperm ayah dan ovum ibu bertemu, maka ia akan membentuk zigot, kemudian jadi embrio, fetus dan akhirnya jadi bayi. **Lukiskan atau rujuk buku yang ada. Rujuk surah Al-Mukminun ayat 12-14**
Begitulah cara bagaimana manusia boleh wujud di muka bumi. Anak : Macam mana sperma lelaki boleh bertemu dengan ovum perempuan tu Mama? Mama : Bagus soalan kakak tu. Sperm dan ovum ni akan bertemu bila persetubuhan itu berlaku. Zakar lelaki akan dimasukkan ke dalam faraj perempuan.
Akhirnya sperma papa pun boleh bertemu ovum mama. Inilah cara bagaimana kakak boleh wujud di muka bumi.
Tapi dengan syarat kak! (Tekankan kat sini) Seperti yang mama sebut tadi, persetubuhan hanya dibenarkan oleh Allah bila lelaki dan perempuan itu berkahwin.
Jika tidak, berlakulah kes remaja hamil bawah umur, lahirnya anak luar nikah dan paling menyedihkan ada bayi yang akan dibuang di dalam tandas, tempat pembuangan sampah, masjid dan lain-lain tempat.
Sebab tu mama kena terus terang dengan kakak tentang bab ni. Kalau tak, kakak akan dapat info dari sumber yang salah.
Paling mama risaukan, kakak terjebak dengan video lucah. Sebab tu mama selalu ulang-ulang, kalau terakses video atau gambar orang seksi, tak berpakaian, cepat-cepat bagi tahu mama dan papa.
Private part kena jaga. Jangan bagi sesiapa pun sentuh mulut, dada, punggung, paha serta kemaluan kakak. Tak kiralah orang tu papa ke, mama ke, atuk, bapa sedara, sepupu, cikgu, ustaz, kawan-kawan atau rakan sama jantina sekalipun.
Apa-apapun, mama nak ucap terima kasih sebab kakak tanya mama soalan ni. Bolehlah mama bantu sikit-sikit. (Peluk anak)
TAK PERLU SEGAN PADA ANAK, NIAT NAK MENDIDIK
Berkerut dahi nampak? Boleh ke jawab tu? Ingat, bila mak ayah cerita niatknya adalah untuk mendidik, bukan untuk melucah.
Nak anak belajar dari kita atau belajar dari google hingga mereka terjebak dengan video lucah? Yang selalu follow saya sejak dulu, mesti dah faham kan cara nak terangkan pada anak.
Namun saya yakin bukan senang nak mula bercerita bab ni pada anak. Membaca skrip yang saya sediakan dalam post ni pun dah rasa berpeluh, apatah lagi menjawab secara langsung depan anak. Mau pengsan dibuatnya.
Saya faham rasa kekangan itu, kejanggalan nak bercerita, rasa takut, tak tahu nak mula dari mana. Oleh yang demikian, izinkan saya membantu tuan puan menjadi perantara mendidik anak tuan puan tentang pendidikan seksualiti.
Lain anak lain ragamnya. Jika dulu dengan anak perempuan semuanya kelihatan tenang ketika menyusu, namun tidak dengan bayi lelaki.
Inilah yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang cukup kuat minum susu.
Bahkan kata Ayda lagi, berbanding bayi lain, Aali Mateen minum sekitar empat hingga enam auns setiap kali minum sebelum tidur kekeyangan.
“Dulu masa dengan Nayla, bila dia minum susu sekejap je dah tidur. Anak lelaki ni, tak berhenti-henti. Bila nak kenyang dik,” katanya berseloroh.
Malah melalui perkongsian Ayda di Insta Story, setiap kali anak keduanya, Aali Mateen bangun, dia akan minum susu empat hingga enam oz dan kemudiannya tidur semula.
Malah Ayda juga bimbang stok perahan susu buat anak keduanya tidak mencukupi memandangkan anaknya cukup kuat minum susu.
Ayda bagaimana pun tetap menyusu secara terus demi membuatkan anaknya kenyang sebelum tidur semula.
Paling menarik perhatian pastinya gaya ibu anak dua ini berkongsi cerita mengenai kisah Aali Mateen yang kuat minum susu.
Ayda kelihatan ceria dan begitu bersemangat untuk meneruskan penyusuannya. Sudah semestinya dipuji ramai kerana terus berusaha untuk terus menyusukan anak lelakinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Membuat keputusan untuk menghantar anak belajar jauh dari sisi mak ayah bukan mudah. Lagi-lagi bila memikirkan kes-kes di media social yang bertebaran, melibatkan anak kecil membuatkan hati mak ayah tidak pernah tenang.
Mulalah mak ayah memikirkan pelbagai perkara negatif. Tak salah berfikir untuk keselamatan anak namun sebagai mak ayah apa kata kita persiapkan dulu anak-anak dengan perkara ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.
1. Ajar anak untuk tegas & berani SAY NO pada orang lain. Anak yang tak berani cakap TIDAK ni yang bahaya sebab dia akan ikut je apa orang lain suruh buat.
2. Didik anak untuk selalu cari kawan yang sama jantina jika nak mengadu masalah.
3. Ajar anak untuk selalu baca doa sebelum keluar rumah
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan (pertolongan) Allah
4. Ajar anak untuk jauhi ikhtilat iaitu pergaulan bebas dengan lawan jantina lagi lagi yang bukan mahram
5. Ajar anak untuk ‘choosy’ dalam memilih sahabat. Berkawan biar seribu tetapi bersahabatlah dengan orang yang ikhlas menyayangi dan menjagamu
6. Ajar anak untuk jaga pakaian dia. Kadang pemilihan pakaian yang salah boleh ‘trigger’ orang yang ada masalah pada mental dan jiwanya
7. Didik anak untuk tak lupakan solat 5 waktu walau apa pun ujian yang melanda hidupnya. Selama mana dia masih solat 5 waktu, insyaAllah dia akan selamat.
Semoga yang baik-baik buat anak-anak kita yang sedang membesar, lagi-lagi yang berjauhan dari mak ayah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.