Siapa yang tak kenal dengan jutawan hartanah ini. Kisah perjuangannya  meniti kejayaan menjadi inspirasi.

Pada masa, tidak lupa melakukan kerja kebajikan. Bukan untuk menabik dada, namun dirinya punya cara tersendiri menghulurkan bantuan.

Ini sebabnya jarang dedah kebajikan

KENAPA SAYA JARANG PAPARKAN KERJA KEBAJIKAN SAYA!

Maafkan saya kerana jarang mendedahkan kerja kebajikan saya di media sosial.Pasti ada sebab tersendiri,dan paling utama adalah tentang soal hati.

Jarang Dedahkan Kerja Kebajikan, Cara Jutawan Hartanah Ini Raih Perhatian Warganet.

Sejujurnya,saya harus “meragui” keikhlasan diri sendiri.

Jika saya masih tidak kuat menahan marah bila dikeji,bermaksud saya belum benar benar kuat untuk menahan riak saat dipuji.

Pujian tidak salah,yang salah bila bagaimana cara saya menanggapinya. Pujian boleh menjadi baja jika ditabur secukupnya,tapi pujian bisa jadi racun jika berlebihan.

Telah saya nyatakan,ini adalah luahan saya semata mata,tidak kena mengena dengan orang lain.InsyaAllah,orang lain lebih kuat dan lebih hebat daripada saya.

Boleh dikatakan prinsip hidup saya adalah,mahukan segala kerja buat dan urusan seharian berkaitan kebajikan.Baik perniagaan,atau apa apa saja.

Namun memandangkan hampir segala kerja buat kebajikan saya adalah dari poket saya sendiri tanpa wang derma atau sumbangan daripada mana mana pihak,jadi saya fikir tiada keperluan untuk didedahkan mahupun dipaparkan.

Ini berbeza dengan mana mana NGO atau individu yang jika mereka menerima sumbangan daripada orang ramai,memang ada keperluan untuk mereka mendedahkan kerja amal mereka demi mengelakkan persepsi atau wasangka para penyumbang bagi memastikan sumbangan orang ramai sampai kepada sasaran.

Tiada permohonan sumbangan

Berbeza dengan saya,saya tidak pernah membuat sebarang seruan kutipan atau permohonan sumbangan daripada sesiapa.Bukan sebab saya banyak wang,tak juga.Tapi sebab saya lebih suka melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan semasa saya,tanpa perlu merayu mahupun berharap apa apa daripada sesiapa kecuali ALLAH.

Semua kerja buat kebajikan saya,adalah daripada hasil perniagaan saya sendiri.

Adakah saya tidak boleh menubuhkan NGO dan menjadikan platfom itu untuk meminta sumbangan lalu disalurkan sebagai kerja kebajikan?

IKLAN

Maafkan saya,biarlah saya begini buat masa ini,yakni bergerak secara individu dengan kapasiti sendiri.

Sesungguhnya,saya sangat meragui keikhlasan diri sendiri.Ini yang diajar oleh buya Pahrol Mohamad Juoi secara peribadi kepada saya.Maksudnya,saya tidak yakin jika tiba tiba banyak sumbangan yang saya terima daripada mereka yang percayakan saya untuk kerja kerja kebajikan,tapi tiba tiba niat saya berubah.

Saya takut saya mula menggunakan alasan bahawa “30%” kos pengurusan yang dibenarkan adalah berhak untuk saya buat “sesuka hati” saya atas nama apa apa kos yang sebenarnya mungkin ada yang tidak perlu pun.

Lalu,keikhlasan mula melayang dan ketamakan serta ketidakjujuran datang melayang.Maka seringkali terjadi ayat yang pada awalnya selalu disebut “KITA MENYUMBANG”,akan perlahan lahan mula bertukar kepada “SAYA MENYUMBANG”,sedangkan sumbangan itu daripada orang ramai.

Itulah yang saya takutkan berlaku pada diri saya.Iman saya masih lemah,saya takut saya kalah.Ingin istiqamah,tapi masih gagal pada mujahadah.Jadi,biarlah saya berjuang dengan cara saya dan diri saya yang kerdil tanpa paparan menyeluruh daripada media.

Di luar sana,ada NGO NGO yang memang benar benar ikhlas membantu masyarakat.

Mereka sangat amanah menjaga dan menguruskan setiap sen sumbangan orang ramai.Siang malam mereka berkorban,mereka mampu buat apa yang saya tidak mampu buat.Tahniah buat mereka dan semoga mereka terus berbakti kepada masyarakat dengan berterusan.

Saya menginsafi,bahawa yang perlu diketengahkan bukanlah diri kita,tetapi perjuangan kita.Diri kita tidak penting,tapi misi dan visi kita sebenarnya yang penting.

Memang dalam sesetengah perkara,kebajikan perlu didedahkan agar jadi tauladan kebajikan.InsyaAllah,mudah mudahan ramai yang berniat sedemikian.

Namun saya,masih selesa di belakang tadbir.Kerana jika dihitung,terlalu banyak dosa berbanding kebaikan diri.Jadi bagaimana saya menyembunyikan dosa yang banyak,begitulah saya ingin menyembunyikan kebaikan yang sedikit.

IKLAN

Ikhlas itu sering dirasakan dari dalam.Jika kita terpaksa menjerit untuk memberitahu kita ikhlas,mungkin kita belum lagi benar benar ikhlas.

Semoga,tulisan pendek dan ringkas ini mejawab persoalan bagi yang bertanya,dan mengingatkan saya bila saya terlupa apa yang pernah saya pahatkan sebagai prinsip juang saya buat masa ini.

Mari kita berjuang dan berkebajikan dengan cara masing masing.Semoga Allah bimbing kita,dan ampunkan dosa dosa kita.

Maafkan saya,tulisan ini tentang diri saya sendiri.Tidak berkaitan dengan sesiapa.Mungkin betul,dan mungkin ada yang kurang tepat.

Selamat berjuang.

Sumber: Muhammad Azlan Al-Amin

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Jarang Dedahkan Kerja Kebajikan, Cara Jutawan Hartanah Ini Raih Perhatian Warganet.

 

IKLAN

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Jarang Dedahkan Kerja Kebajikan, Cara Jutawan Hartanah Ini Raih Perhatian Warganet.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI