Jasad Nuraina Humaira ditemui tidak bernyawa, dilaporkan hilang sejak Jumaat. Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui telah meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Jasad Nuraina Humaira Ditemui Tidak Bernyawa, Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat
Mayat Nuraina Humaira Rosli, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.
“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan ke atas tubuh badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Beliau berkata, maklumat kehilangan mangsa diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) kira-kira jam 1.20 pagi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan dalam radius 2 kilometer dengan bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Orang awam yang turut menyertai operasi ini berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan itu.
Ads
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi proses bedah siasat,” katanya.
Mohd Khaizam berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa telah pergi ke kedai seorang diri kira-kira jam 3 petang pada hari kehilangannya bagi membeli ayam.
Mangsa bagaimanapun pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara menyuruhnya menunggu seketika untuk mengajaknya ke kedai lain.
“Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap sementara dia menghabiskan kerja.
Ads
“Sepanjang temopoh menunggu itu, mangsa didapati sedang bermain buaian di kawasan itu, namun bila bapa saudara keluar dari rumah didapati mangsa sudah tiada,” katanya.
Menjadi guru bagi anak istimewa sememangnya memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.
Mereka tidak seperti murid normal yang lain, walaupun ada kekurangannya namun sekiranya kita betul-betul memahami, kita akan dapat melihat keistimewaan murid-murid ini.
Baru-baru ini, seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Elleya telah berkongsi pengalaman apabila seorang anak muridnya yang bernama Ishraf telah hilang.
“Semua geng PPKI jadi detaktif conan petang ni. Merayap satu Melaka pusing cari budak bertuah ni.”
Menurutnya, Ishraf telah keluar menaiki basikal seorang diri. Difahamkan kanak-kanak istimewa itu telah mengayuh basikal dari Pokok Mangga ke Bandar Hilir dan selepas itu ke Bandaraya Melaka.
“Tapi Allah memang melindungi anak-anak syurga ini, akhirnya jumpa di Sushi King Aeon Bandaraya. Syukur, Ya Allah. “
“Putus jantung cikgu-cikgu.”
Alhamdullilah, Ishaf dijumpai oleh orang yang bertanggungjawab.
“Tq so much Sushi King Aeon Bandaraya yang mesra OKU dan sudi menyantuni anak-anak syurga ini.”
“Dikurniakan orang yang baik sekeliling kita itu satu rahmat yang sangat besar.”
Terima kasih para pendidik yang begitu ikhlas menjaga, mendidik dan menyayangi anak-anak istimewa ini.
Sejak dulu lagi, isu pembuangan bayi kerap dilaporkan di dada akhbar dan juga di sosial media. Banyak artikel dan juga kempen khas dibuat demi memupuk kesedaran masyarakat berkenaan perkara ini.
Terdapat banyak sebab perkara ini terjadi di antaranya adalah mengenai aktiviti seks bebas dikalangan masyarakat yang seterusnya membawa kepada kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada juga keluarga yang baru melahirkan bayi namun tidak mampu untuk menjaga mereka kerana terdapat beberapa masalah yang timbul seperti berpendapatan rendah, keluarga terlalu besar dan lain-lain.
Ada yang terpaksa menyerahkan bayi mereka untuk dijaga oleh orang lain namun ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membuang bayi itu. Tetapi adalah tidak wajar membuang bayi yang tidak berdosa itu di tempat yang tidak sepatutnya, yang mungkin boleh mengancam nyawa mereka.
Begitulah kisah sepasang suami isteri yang meninggalkan bayi mereka oleh kerana keadaan yang memaksa.
Menerusi video di TikTok, difahamkan sepasang suami isteri bertindak untuk meninggalkan bayi mereka di depan pintu pagar surau oleh kerana masalah ekonomi yang dihadapi mereka.
Dalam video itu, pasangan tersebut turut menyertakan nota sampingan pada bayi mereka buat sesiapa yang menjumpainya.
“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia.”
“Kami sangat-sangat berterima kasih.”
Bayi yang ditinggalkan itu dilihat lengkap berbaju dan disertakan barangan lain seperti selimut, tisu basah dan susu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan keputusan yang terpaksa dibuat oleh suami isteri berkenaan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang dilihat seperti memahami tindakan pasangan itu apabila segala keperluan bayi dan nama telah disediakan lebih awal.
Dengan virus Covid-19 yang kian merebak pantas dan membimbangkan, ramai ibu bapa lebih prihatin terhadap tahap kebersihan anak-anak mereka. Di samping itu, perubahan dalam gaya hidup dan tingkah laku pengguna terbukti sewaktu PKP 3.0, terutama dalam kalangan ibu bapa.
Terbaru, Carrie memperkenalkan pelancaran Bacbuster, mandian saympu & badan antibakteria untuk kanak-kanak. Membasmi kuman & bakteria tetapi lembut pada kulit kanak-kanak. 5x lebih lembut daripada mandian dewasa.
Mandian saympu & badan Carrie Bacbuster bebas daripada triclosan, bebas alkohol, bebas sabun, bebas paraben, diuji secara dermatologi dan juga hypoalergenik.
Mengapa ibu bapa harus memilih produk ini untuk anak mereka? Membasmi bakteria dan kuman sebanyak 99.99%, Bacbuster adalah produk yang diperakui HALAL dan diuji secara dermatologi, dengan gabungan minyak zaitun yang turut melembapkan dan menyihatkan kulit badan dan kepala kanak-kanak. Tambahan pula, mandian syampu dan badan antibakteria ini mempunyai PH seimbang yang terbukti menerusi ujian litmus.
Bacbuster akan dijual dalam beberapa saiz untuk memenuhi keperluan ibu bapa. Ia juga boleh didapati dalam dua wangian berbeza iaitu blueberi dan strawberi! Carrie juga akan mengeluarkan pek percubaan untuk ibu bapa yang mahu mencuba mandian syampu dan badan untuk anak-anak mereka.
Sebagai tambahan kepada Mandian Syampu & Badan , Carrie akan melengkapkan rangkaian ini dengan pelancaran Carrie Bacbuster Hand Sanitiser AntiBakteria yang dirumus khas untuk kulit kanak-kanak.
Pilihan Bacbuster terdiri daripada:
1. Carrie Bacbuster Mandian Syampu & Badan Antibakteria
280G @ RM9.90
700G @ RM18.90
600G Isian Semula @ RM10.90
2. Carrie Bacbuster Hand Sanitiser Antibakteria @ RM5.90
Rangkaian Carrie Bacbuster akan berada di pasaran seluruh negara dalam tempoh terdekat.