Terkini, wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam akibat banjir kilat semalam di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Ads
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Terdahulu, suami kepada mangsa Salmah Mat Akib, Abd Rahman Said, 71, menerima panggilan dari menantunya memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah mereka kira-kira jam 4 petang.
Ads
“Bila sampai saya lihat jambatan tidak ada sebab sudah dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada,” katanya.
Beliau berkata isterinya yang terlantar kerana strok ditemani menantunya yang sedang mengandung anak sulung serta anak tirinya di rumah itu tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Kredit foto BERNAMA
Sementara itu, suami Nurul Hanis, Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang hari ini bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan.
Ads
Katanya, dia menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kejadian banjir itu dan terus bergegas pulang, namun apabila sampai rumah yang didiami isterinya itu hilang dibawa arus deras.
“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak saya untuk jaga dia sebab emak kena strok,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Khairul Ashraf berkata kali terakhir dia bertemu dengan isterinya pada minggu lepas dan isterinya sempat meninggalkan pesan supaya menjaga dirinya baik-baik.
“Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia,” katanya.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak lebih-lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam.
Menerusi perkongsian Tya, katanya sejak awal pagi lagi dia sudah mula menguruskan pelbagai hal terutama menyiapkan anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
“Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
“Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah,” ujarnya berkongsi.
Tambah Tya dia juga begitu mengagumi ibu-ibu yang menguruskan anak sendirian tanpa pembantu. Bukan satu hal yang mudah untuk melengkapkan hari itu kata Tya.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
“Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
“Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu,” ujarnya lagi.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Tidak dinafikan, tanggungjawab seorang isteri bukan hanya pada makan minum suami semata-mata, tetapi juga terhadap anak-anaknya. Ianya adalah satu tugas yang besar perlu digalas oleh seorang wanita yang telah berumah tangga.
Apatah lagi saat anak-anak sedang membesar dan terlalu aktif, pastinya kita sebagai ibu akan mudah meresa lesu dan sangat letih hingga boleh menyebabkan stress jika tidak diatasi dengan segera.
Oleh itu, sebagai satu cara untuk anda pastikan tubuh badan bebas rasa lesu dan kembali bertenga, ini ada satu resepi simple tapi superpower untuk badan anda. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Suhaili Baharudin. Jom semak apa katanya….
Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.
Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Lifestyle.Topik menarik yang sangat kena dengan jiwa. Bersikap positif dalam hidup maka tubuh akan menghasilkan zat kimia yang akan mengurangkan rasa cemas. Maka terhasillah konsentrasi dan kejayaan. Begitu. Berceramah pula Kak Eli tiba-tiba.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh. Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira.
Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Oi mestilah nak. Tipu kalau tak nak.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula.
Ayuh.
RESIPI MINUMAN BOOSTER TENAGA DAN KECANTIKAN DENGAN VITAMIN C MURAH TETAPI HEBAT.
BAHAN-BAHAN:
Limau kasturi
CARA PENYEDIAAN :
Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.
2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat di dalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas ke dalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan.Bak kata doktor Rizal, Sihat itu jihad.
Sudah tentu kita mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman. Malah tentu ruang rumah ditata rias mengikut idaman hati.
Salah satu ruang yang menjadi idaman adalah ruang dapur. Tak kiralah ruang itu kecil atau besar, apa yang pasti tentu rasa kepuasan dalam menyediakan keperluan makanan dan memasak hidangan yang enak – enak untuk seisi keluarga.
Bagi yang mencari idea untuk dekorasi ruang dapur bersaiz kecil, boleh lihat idea ni.Comel-comel semua.
Jom lihat!
Idea 17 Reka bentuk ruang dapur bersaiz kecil.
Semoga menjadi ilham untuk dekorasi dapur menjadi bertambah cantik dan kemas.
Kredit: Dunia Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di