Jodoh beza umur 18 tahun – “Ada yang kata saya ‘gilakan’ harta sebab kahwin wanita berusia.” Apatah lagi isteri seorang doktor dan juga anak orang berada.
“Dituduh kahwin sebab harta, tapi saya pilih kerana keperibadiannya. Hakikatnya, saya tak cari pasangan berdasarkan rupa atau harta tapi semua aspek, paling penting keperibadiannya,” kata usahawan tudung, Mohd Shahril Tuah atau lebih dikenali sebagai Aril.
Nama Aril, 38, menjadi sebutan ramai di TikTok apabila sering memuat naik video siaran langsung bersama isteri tersayang, Dr Zahida Datuk Mohamad Zahudi, 56. Aksi spontan mereka yang santai dan mesra sebagai pasangan suami isteri sering membuatkan ramai penonton tersentuh dan kagum, lebih-lebih lagi dengan perbezaan usia yang agak ketara iaitu 18 tahun.
Menurut Aril, dia dan isterinya sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga dan bersyukur kerana ikatan perkahwinan itu kekal utuh hingga hari ini. Bekas wardar penjara dan pramugara ini berkata, pertemuan mereka bermula secara tidak dirancang ketika dia menemani ibunya mendapatkan rawatan di klinik milik Dr Zahida.
“Kami masih ‘old school’ (cara lama) iaitu kenal secara fizikal selepas jumpa depan-depan.
“Kali pertama jumpa isteri waktu bawa emak datang berubat di kliniknya, di situlah permulaan kami berkenalan.
“Saya nampak kelembutannya (isteri) selepas lihat cara dia terangkan dan beri nasihat kepada emak mengenai kesihatan jadi itu yang membuatkan saya tertarik,” katanya.
Dari situlah bibit perkenalan bermula. Ketika itu, masing-masing membawa kisah luka – Aril baru putus tunang, manakala Dr Zahida pula kehilangan suami tersayang.
“Waktu itu, dia baru kehilangan suami yang kembali ke Rahmatullah manakala saya pula baru putus tunang.
“Bila berkawan, nampak peribadi isteri yang baik, matang, kemas dan disiplin… paling suka dan banyak belajar dengannya adalah sikapnya yang tidak berprasangka buruk dengan orang lain.
“Dalam tempoh perkenalan, kami tunjukkan keikhlasan dalam perhubungan dengan ahli keluarga masing-masing dan syukur dapat restu kedua belah keluarga untuk berkahwin selepas tiga tahun berkawan,” ujar Aril yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Bagi Aril, apa yang paling dihargainya sepanjang lebih sedekad hidup bersama isterinya adalah ketenangan yang wujud dalam rumah tangga mereka.
“Nikmat yang saya syukuri sejak berkahwin dengan isteri adalah ketenangan dalam rumah tangga disebabkan keperibadiannya.
“Terima kasih banyak sebab ada dengan honey (nama panggilan) waktu susah senang dan jatuh bangun termasuk ketika fasa tak diterima orang luar hingga masuk ke dunia ‘content creator’ (pencipta kandungan).
“Kalau ada pun yang kata tak baik, saya maafkan dan doakan semoga Allah SWT buka hati untuk terima dengan tenang. Semoga mereka jadi husnudzon,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Zahida mengakui tidak pernah menyangka akan kembali berkahwin selepas hidup sendirian selama tiga tahun. Sebelum itu, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang lebih tua enam tahun, namun menjadi balu selepas sembilan tahun perkahwinan.
“Waktu kahwin, saya berusia 45 tahun dan dia (suami) 27, tapi fikirannya tak macam budak-budak kerana saya yang lebih kebudak-budakan.
“Cara dia cakap pun teratur, tak ada borak kosong dan boleh diajak bersembang. Kami berdua tak terlalu mencuba nak tarik perhatian satu sama lain tapi cuba cari titik tengah supaya dapat bertolak ansur.
“Walaupun dia lebih muda, saya tetap anggap dia suami, kena hormat, terima apa dia tegur dan bukan fikir nak menang kerana saya pun ada banyak kekurangan.
“Tapi suami banyak bimbing terutama dalam soal agama kerana dia lebih arif.
“Apa yang penting kena jujur dengan satu sama lain dan semoga kami berbahagia di dunia hingga akhirat,” katanya yang sudah hampir tiga dekad berkhidmat sebagai doktor.
Pasangan ini membuktikan bahawa perbezaan usia bukanlah penghalang kepada kebahagiaan jika ada keikhlasan, saling menghormati dan pengertian dalam rumah tangga.
Resepi Ayam Goreng IKEA Sudah menjadi kebiasaan kalau pergi ke IKEA mesti beli ayam goreng.beli 4 tk cukup,kongsi dengan anak2..disini saya sediakan Cara memasak ayam IKEA yang betul2 Rasa Di IKEA.
Malah makan panas2 anak2 Sudah tentu suka.Nak dekat puasa nih,perap ayam siap2..tinggal goreng Di waktu sahur,memang selera anak2 makan,mane cukup kalau anak2 je Nak makan ..sedangkan kita juga mengemarinya😊
Selamat mencuba!
BAHAN BAHAN 9 keping chicken wing@1 kilo kepak ayam 3 sudu besar SOS tiram 3 sudu besar light soy sauce 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu serbuk perasa knorr@maggi 1½ sudu besar gula pasir 2 sudu besar All purpose seosoning 1 sudu besar minyak bijan 5 sudu besar air putih 4 sudu besar topioca starch 3 sudu besar tepung gandum Minyak masak( untuk mengoreng )
\CARA PERAPAN 1)cuci ayam bersama 1 sudu besar garam,cuci sehingga bersih Dan toskan 2)masukkan kesemua bahan kecuali MINYAK. 3)gaul sebati Dan simpan didalam plastik atau bekas tertutup 4)perap paling kurang 8 jam Dan sebaiknya semalam Dan simpan ditempat biasa(bukan tempat beku)
CARA MEMASAK 1)keluarkan ayam Dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng 2)panaskan minyak,API Yang sederhana pada suhu 150c atau celupkan Lidi(kalau buih2 dipermukaan Lidi keluar Di pertengahan minyak panas ,bermakna suhu dah mencapai tahap 150c
3)masukkan 3-4keping kepak ayam Dan goreng 3 minit disetiap bahagian Dan tambah Lagi 3 minit disetiap bahagian(total 6 minit mengoreng ayam)
4)angkat Dan toskan ayam pada tisu,
5)biarkan ianya rehat 6 minit Dan masukkan semula ayam didalam kuali. Dan masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit(tujuannya untuk mendapat texture Yang rapuh@rangup diluar Dan berjus didalam isi ayam). Dan ayam masak dengan sempurna
6)angkat Dan toskan. .siap merasaikan kenikmatan ayam goreng IKEA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usahawan serta pelakon cantik dan berbakat besar, Datin Rebecca Nur Al Islam telah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan podcast Ruang Usanita bersama Awal Ashaari di mana mereka membincangkan topik ‘Tak Semua Layak Bergelar Ibu’.
Menurut Datin Rebecca, dia dan adik beradiknya sangat menghargai ibu mereka dan masing-masing berebut mahu menjaganya. Jika ada yang mahu bercuti, pasti mahu bawa ibu mereka sekali. Bila seorang dah bawa, yang lain-lain akan mencari peluang untuk melakukan perkara yang sama.
Mempunyai lapan orang adik beradik, bukan sekadar bercuti tetapi mereka juga sentiasa mahu menghargai ibu dengan memberinya hadiah. Kadang-kadang ibu mereka juga berseloroh jika semua anak berebut, belah sajalah tubuhnya kepada lapan bahagian.
“Ibu saya syurga yang sangat beruntung kerana kami lapan beradik, enam dah kahwin dan dua orang tak kahwin lagi. Semua berebut-rebut nak menjaga syurga kami sebab ayah dah meninggal pada tahun 2017.
Contoh, abang sana nak pergi luar negara nak heret mak kita, kita pun nak mengheret mak. Mak tu dah macam, ‘belah lah lapan aku’ sampai macam tu sebab anak-anak mahukan dia.”
Tambah pelakon berdarah kacukan Melayu, Jawa, Arab dan Cina ini menambah, kesemua adik beradiknya percaya kejayaan mereka adalah disebabkan doa seorang ibu.
“Kami percaya kejayaan kami disebabkan mak. Itu memang betul. Orang kata syurga tu untuk anak lelaki tapi tak anak perempuan tu pun syurga kita juga. My mother sejak tahun 2017 ayah saya meninggal dunia dia tak pernah sunyi, dia cakap. Alhamdulillah.”
Tonton video ini;
Beliau turut memberitahu yang dirinya tak dapat bayangkan pada hari tua kalau anak seorang.
“Alamak anak seorang, kenapa saya tak rasa macam mak saya direbut-rebut..”
Memiliki sembilan orang cahaya mata, Datin Rebecca tidak pernah rasa berbahagi kasih dengan mereka. Beliau turut merasakan kesemua anak-anaknya juga akan berebut dirinya di hari tua kelak. Seronoknya Datin Rebecca, kalau semua anak berebut nak pastikan kebajikan kita terjaga kan!
Mempunyai anak yang ramai adalah rezeki dari Allah SWT. Pasti suasana dalam rumah lebih meriah dengan kehadiran anak yang ramai. Buat pasangan yang mempunyai anak tidak ramai, itu bukan masalah besar.
Didiklah dan jaga amanah yang diberikan supaya mereka menjadi manusia terbaik dan dapat berbakti kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Buat yang masih belum memiliki cahaya mata teruskan berusaha dan berdoa, mudah-mudahan ada rezeki buat anda nanti.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.