
nak sediakan apa untuk juadah bersahur malam nanti, apa kata ibu-ibu cuba resipi ayam goreng ala Ikea ini.
Jom admin kongsikan resipi dari puan Nurul Ateekah.
Resepi Ayam Goreng IKEA
Sudah menjadi kebiasaan kalau pergi ke IKEA mesti beli ayam goreng.beli 4 tk cukup,kongsi dengan anak2..disini saya sediakan Cara memasak ayam IKEA yang betul2 Rasa Di IKEA.
Malah makan panas2 anak2 Sudah tentu suka.Nak dekat puasa nih,perap ayam siap2..tinggal goreng Di waktu sahur,memang selera anak2 makan,mane cukup kalau anak2 je Nak makan ..sedangkan kita juga mengemarinya😊
Selamat mencuba!
BAHAN BAHAN
9 keping chicken wing@1 kilo kepak ayam
3 sudu besar SOS tiram
3 sudu besar light soy sauce
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu serbuk perasa knorr@maggi
1½ sudu besar gula pasir
2 sudu besar All purpose seosoning
1 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar air putih
4 sudu besar topioca starch
3 sudu besar tepung gandum
Minyak masak( untuk mengoreng )
\CARA PERAPAN
1)cuci ayam bersama 1 sudu besar garam,cuci sehingga bersih Dan toskan
2)masukkan kesemua bahan kecuali MINYAK.
3)gaul sebati Dan simpan didalam plastik atau bekas tertutup
4)perap paling kurang 8 jam Dan sebaiknya semalam Dan simpan ditempat biasa(bukan tempat beku)
CARA MEMASAK
1)keluarkan ayam Dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng
2)panaskan minyak,API Yang sederhana pada suhu 150c atau celupkan Lidi(kalau buih2 dipermukaan Lidi keluar Di pertengahan minyak panas ,bermakna suhu dah mencapai tahap 150c
3)masukkan 3-4keping kepak ayam Dan goreng 3 minit disetiap bahagian Dan tambah Lagi 3 minit disetiap bahagian(total 6 minit mengoreng ayam)
4)angkat Dan toskan ayam pada tisu,
5)biarkan ianya rehat 6 minit Dan masukkan semula ayam didalam kuali. Dan masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit(tujuannya untuk mendapat texture Yang rapuh@rangup diluar Dan berjus didalam isi ayam). Dan ayam masak dengan sempurna
6)angkat Dan toskan. .siap merasaikan kenikmatan ayam goreng IKEA
‘Lesen Cinta Perlu Selalu Diperbaharui Untuk Kekal Sweet.” Fauzi Nawawi Kongsi Tip Kebahagian Rumah Tangga.

Pasangan suami isteri ini memang cukup terkenal dengan sikap loving antara satu sama lain. Biarpun sudah lama berkahwin, namun cara mereka menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain tetap sama. Bahkan semakin erat.
Terbaru, pelakon Fauzi Nawawi mendedahkan tip kebahagiaan rumah tangganya bersama Lisdawati iaitu ‘dating’ atau keluar bersama isteri.
Menurut Fauzi, rasa cinta antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk kekal bahagia.
“Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta …lesen cinta perlu selalu perbaharuhi untuk kekal sweet ??? #luvmyfamily,” tulisnya dikapsyen.
Fauzi berkongsi tips tersebut di akaun Instagram miliknya.
Di dalam perkongsian tersebut, beliau turut memuat naik foto bersama Lisda di dalam kereta.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.
Fauzi dikurniakan lapan orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.
View this post on InstagramA post shared by FauziNawawi2016 (@fauzinawawi_new) on
Sumber: IG fauzinawawi_new
Menggelatar Tangan Dan Tubuh Menahan Sabar Nasihat Anak Perempuan. Luahan Bapa Ini Undang Sebak Netizen. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Bergelar ibu bapa, sudah tentu mahu anak yang dilahirkan menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Namun lebih mencabar apabila mendidik anak perempuan lantaran sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa.
Anak perempuan permata keluarga. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan, yang meluahkan rasa bimbang mengenai anak perempuannya yang semakin meningkat remaja.
Cakna pengaruh gajet, dia mengambil iniasitif menetapkan tempoh masa untuk anak-anak bermain gajet.
Namun, siapa sangka dalam berhati-hati mendidik anak perempuan dalam hal hubungan dengan kawan termasuk lelaki, ia tetap berlaku.
Caranya memberi nasihat kepada anak perempuan telah menurun jiwa para netizen yang turut mempunyai anak perempuan.
Selanjut ikuti perkongsian ini.
Beginilah cabaran dalam mendidik anak perempuan yang ibu bapa kena alert.
Saya ada empat orang anak perempuan. Yang sulung sudah berumur 14 tahun.
Ya, sudah remaja.
Semakin mereka dewasa, kadang saya tak lena tidur memikirkan tentang mereka.
Anak sulung saya ada grup whatsapp sekolah. Dalam grup tu ada pelajar lelaki dan juga perempuan.
Pukul 9.00 malam sahaja, memang saya serta isteri akan minta telefon dan tidak boleh digunakan. Hanya 10.00 pagi sehingga 9.00 malam sahaja. Kecuali, jika ada perbincangan tentang hal sekolah, grup sepupu-sepupu dan juga anak-anak If-One.
Satu malam, saya pulang lewat. 2.30 pagi saya sampai dirumah. Saya dengar bunyi whatsapp dari handphone anak tak berhenti. Malam-malam sebelum ni juga sama. Subuh pun bunyi notifikasi.
Saya tergerak nak periksa, saya buka whataapp dan saya amat terkejut.
Whatsapp dari beberapa lelaki. Saya buka satu persatu dan periksa.
“Hai. Tengah buat apa?”
“Woih, boring seh. Jom sembang!”
Dan beberapa whatsapp lagi.
Terus saya block dan ambil semua nombor mereka. Saya whatsapp dulu kepada mereka, kenalkan diri dan bagitahu jangan ganggu anak saya lagi. Pagi nanti baru saya nak telefon mereka.
Kerisauan seorang ayah
Pagi sahaja, terus saya panggil anak sulung duduk didepan saya dan saya usaha cakap secara baik, walau darah ni menyirap naik saja.
“Ifa, ni apa?”
Saya tunjuk satu-satu whatsapp. Saya tahan lagi dada dan tangan ni dari naik. Isteri tiada sebab uruskan taska dari awal pagi. Biasanya saya dirumah dengan anak-anak.
Ifa terdiam. Wajahnya mula pucat.
Saya dah janji pada anak-anak perempuan, saya takkan sentuh tubuh mereka, pukul ke atau cubit. Saya kalau naik darah, memang susah nak kawal.
Saya bagitahu,
“Ifa seronok tak kalau dapat whataspp macam ni? Tengah serabut duduk rumah. Tengah sunyi. Mak ayah takde pula. Tiba-tiba orang laki nak teman. Seronok tak?”
Dia diam sahaja.
Saya buka grup yang Akhi Fairuz Al-Jengkawi buat untuk kami bincangkan masalah sosial dan keadaan anak-anak kita yang hari ini amat menakutkan.
Saya tunjuk pada dia.
“Ifa nampak ni? Kes-kes wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Kes kena tipu dengan lelaki. Mengandung anak yang tidak sah. Ifa tahu punca dia?”
Airmatanya mula bergenang.
“Dari whataspp tadilah. Konon nak hilangkan sunyi. Konon nak teman. Konon nak kejut subuh. Konon nak jadi lelaki baiklah. Tapi percayalah ifa. Lelaki itulah syaitan yang akan merosakkan orang perempuan macam ifa!”
Saya sambung lagi.
“Dalam rumah kita ni, ayah seorang sahaja lelaki yang paling baik untuk ifa. Tidak ada yang lebih baik dari ayah. Selagi ifa belum menjadi isteri, ifa anak ayah. Tanggungjawab ayah. Amanah ayah. Dosa pahala ayah. Setiap hari lelaki yang akan berjuang untuk hidup ifa ayah lah! Bukan lelaki yang dalam whatsapp tu!”
Masa ni, saya semakin tinggi suara. Saya istighfar sebab anak sulung semakin takut melihat saya yang begini. Menggelatar tangan dan tubuh menahan sabar.
Rupanya ini sebabnya.
Tiba-tiba anak sulung bersuara.
“Ifa sebenarnya rindu ayah. Ifa tak jumpa ayah pagi sampai malam. Ifa tak tahu nak cakap dengan siapa. Ifa.. ifa..ifa…”
Allahu. Down!
Ya.
Saya akui saya dah amat jarang bercakap dengannya. Kadang lebih banyak marah dari cakap baik-baik. Lebih banyak bagi arahan dari menyatakan perasaan. Lebih banyak bersoal tanpa bertanya dahulu satu persatu.
Perlahan-lahan saya pergi pada dia, dan untuk kesekian kalinya, saya duduk dan peluk dia. Saya cium dahinya.
Ya Tuhan.
Lamanya saya tak jadi “ayah” kepadanya. Saya bisikkan padanya,
“Ifa, ayah minta maaf sebab lama tak dengar dan bercakap dengan ifa. Ayahlah lelaki paling baik untuk ifa. Ayah ni sekejap je dengan ifa. Selepas ni ayah takkan jaga ifa dah. Akan ada lelaki lain yang jaga ifa. Namanya suami, sama macam ayah. Ifa jadilah wanita yang baik macam ibu. Lelaki pertama dan akhir yang ibu kenal dan cinta, ayah lah”
Lama saya peluk dia. Rasanya saya peluk dan cium dia masa dia kecil macam adik-adiknya. Sedangkan, masa dia membesar inilah, dia juga perlu pada kasih sayang seorang ayah.
Kemudian, saya dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum pakcik. Saya kawan sekolah anak pakcik. Saya minta maaf whatsapp anak pakcik begitu”
“Waalaikumsalam. Baik. Saya ni ayah dia. Saya sayang anak saya lebih dari sesiapa pun. Kalau kamu nak jadi lelaki yang baik, janganlah kacau anak pakcik lagi, dan juga anak perempuan orang lain. Faham? Kamu ada kakak? Ada adik perempuan?”
“Ada pakcik”
“Kalau kamu tak suka orang kacau adik beradik perempuan kamu, pakcik pun sama. Hormat mereka, macam kamu hormat adik beradik kamu. Pakcik tak mahu berkasar atau buat benda jahat. Pakcik cakap baik-baik ni ya”
“Baik pakcik. Saya minta maaf sekali lagi”
Kalian,
Jagalah anak-anak perempuan kita. Anak-anak perempuan orang lain juga.
Serta jagalah dan ingatkan anak-anak lelaki kita tentang adab dan sikap mereka terhadap orang perempuan.
Mereka cukup bahaya dan setiap masa diburu oleh kerosakan dunia. Setiap minit dan saat. Setiap turun naik nafas.
Saya juga bukan ayah dan lelaki yang baik pada anak-anak perempuan saya, namun saya dan isteri InsyaAllah akan berusaha menjaga mereka sekuat hati dan jiwa.
Akhir zaman, moga anak-anak perempuan kita tidak menjadi fitnah buat kita.
Bantulah kami wahai Tuhan, dalam menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak-anak kami.
Dan,
Untuk itu saya nak ajak kalian dan anak-anak sekali dalam seminar yang baik ini.
Ilmu ni, kadang ada yang kita tidak tahu.
Namun, ada orang yang di rezeki untuk berkongsi dengan cukup jelas dan terang. Daftar terus seminar ini.
Percayalah, inilah yang amat anak-anak kita perlu. Baik lelaki atau perempuan.
Yang lelaki, moga dia tahu menjaga diri.
Yang perempuan, moga dia tahu menghargai diri.
Daftar disini ya. Bismillah.
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm01/36
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm01/36
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-sm01/36
Sumber: Abu Hurairah Roslan
Begini Cara Potong Daging Lembu Ikut Urat Yang Betul Supaya Mudah Empuk Bila Masak, Ikuti Tip Mudah Wanita Ini.

Asyik potong daging lembut tak jadi lembut. Kemudian petua pula ada yang kata kena potong urat yang betul.
Namun tidak semua tahu urat betul tu di bahagian mana. Jika salah potong daging memang liat.
Sebab tu, jangan main ‘bantai’ potong daging. Nak tahu caranya ikuti ‘step’ wanita ini tunjuk. Boleh ikut jadi panduan untuk memasak daging lembu.
Begini potong daging ikut urat yang betul, baru empuk daging.
Rasanya mesti ada jugak kan yang tak tahu bila kita salah potong daging dan potong tak ikut urat, ia akan efek keempukan daging tu.
Kematu tunggu daging empuk. Lepas tu mula la campak segala sudu garpu tapi tak jugak lembut. Berjam-jam tunggu.
Bila dah masak, masih jugak lenguh rahang kunyah sebab liat.
Dah tu, macam mana nak tahu mana satu urat daging yang betul untuk dipotong?
Korang tengok gambar di bawah yer.
Aku dah snap sesatu khas untuk korang perhatikan dan tengok perbezaan mana satu urat yang betul. Mana satu yang salah.
Ini caranya
Daging yang korang beli tu, potong lah kepada beberapa ketul kecil dulu untuk memudahkan. Kalau takmau potong pun xpe lah. Kot nak rebus seketul besar tu, boleh je. Nanti time nak potong, ikut step yang sama.
Kalau tengok side tepi tu tekstur/uratnya melintang begini. Jangan potong. Ingat tau,
JANGAN!
Tengok side depan pulak. Berbeza kan? Okay, nampak kan teksturnya lain dari yang tadi.
Jadi potong sini. Gini baru betul urat dia.
Ni ketul lain pulak, ulang step sama macam tadi. Kenal pasti dulu side mana yang teksturnya betul. Macam yang ni nampak kan, urat dia melintang jugak. Jadi jangan potong sini.
Pusing side lain. Nahhh, sini tekstur dia betul. Boleh bezakan dah kan? Urat melintang dan urat yang betul ni. So potong lah sini. InshaAllah nanti daging masak dengan xepat dan empuk. Tak liat. Incase korang dah rebus daging tu pun, tetap potong ikut urat macam ni jugak tau. Kalau tak mau lenguh rahang mengunyah.
Satu lagi petua kalau rebus daging, letak sedikit minyak bersama. InshaAllah cepat juga daging empuk. Tapi kena potong betul lah, potong salah. Sama je.
Dalam pada itu, rata-rata netizen ada yang masih belum tahu cara yang betul memotong daging supaya lebih lembut.
“thank you share! org mcm saya tak tau yg mana satu urat betul.”
“tq sis bagi ilmu.. 28 tahun dah hidup.. slalu salah potong daging lembu.. sebab tu jarang masak daging”
“orang kata lawan urat. lawan urat.. tang mana urat dia pun sy x tau..asik lah tersalah potong.. dah tunjuk gambar macam ni baru paham.. lawan urat tu cemana.”
Semoga bermanfaat.
Sumber: Firda Ashaary
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club