Usah pandang enteng akan perihal seks kerana ia mampu membuatkan mood down secara tiba-tiba kala di ranjang. Soal kebersihan diri baik anda mahupun pasangan amatlah dititik beratkan. Usah pandang sebelah mata!
Mungkin anda dilihat kemas, kacak, cantik dan bergaya kala ke pejabat, namun semua itu tidak menjamin akan hebatnya anda di ranjang. Ketahui elemen dan aspek mengenai kebersihan diri yang selalunya membantutkan keinginan seks anda.
1. Bau Mulut Kurang Enak
Ini masalah berat! Bau mulut bukan terjadi disebabkan oleh tidak memberus gigi semata-mata sebaliknya ia bagaimana cara anda menjaga kebersihan gigi dan mulut secara keseluruhannya. Masalah kesihatan dalaman anda juga boleh dikaitkan dengan masalah bau mulut yang kurang enak. Cubalah rawat masalah anda ini secepat mungkin supaya pasangan lebih berselera untuk bersama.
2. Masalah Bau Badan
Bau badan bukan masalah picisan yang perlu dilepaskan untuk difikirkan setiap daripada kita. Lelaki terutamanya cukup terdedah dengan masalah ini. Ambil kisah akan masalah ini. Pastikan sebelum bersama pasangan, anda bersihkan badan terlebih dahulu dan pakailah wangi-wangian yang mampu membangkitkan ghairah anda dan pasangan.
Bau badan yang kurang menyenangkan memang membantutkan aura untuk bersama. Pemakanan juga perlu diambil kira untuk memastikan bau badan sentiasa segar.
3. Badan Tidak Bersih
Sesekali sentallah daki-daki yang berkarat di badan supaya lebih licin dan kelihatan lebih bersih. Usah biarkan bahagian ketiak, tengkuk dan celahan kelangkang menjadi gelap dan tidak menaikkan aura untuk anda menjelajah lebih hebat. Apa salahnya anda memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah ini diatasi.
4. Atasi Jerawat
Memang jerawat buat anda rasa tidak yakin untuk berhadapan dengan sesiapa jua. Jika jerawat yang disebabkan oleh peralihan hormon setiap bulan pastinya tidak menjadi soal, sebaliknya berusahalah untuk memulihkan masalah jerawat yang kritikal seperti jerawat dalaman yang sudah bertahun-tahun lamanya. Pastinya ini membuatkan kurangnya keyakinan diri untuk ‘bersama’ dengan pasangan.
5. Jaga Alat Sulit
Kawasan ini harus diberi keutamaan. Bersihkanlah setiap celahannya supaya bersih dan tidak berbau. Potong dan kemaskanlah bulu- buluan di sekitarnya setiap kali mandi, apatah lagi ketika waktu hendak ‘bersama’.
Amalkanlah pembersih alat sulit bersifat herba yang mampu membersihkan kawasan dalaman sekaligus. Jika punya lebihan modal, bersauna dengan herba mampu mengatasi masalah dalaman ini. Berusahalah!
6. Cukur Bulu-Buluan
Siapa kata bulu-buluan tidak punya impak pada penampilan diri dan kebersihan. Cukurlah apa jua jenis bulu secara berkala supaya ternampak lebih kemas dan bersih. Bulu ketiak misalnya, usahlah dibiarkan panjang terutama sekali bagi isteri. Namun suami juga tidak harus mengabaikan masalah ini. Kemaskan!
7. Sental Kaki
Siapa kata kaki tidak memainkan peranan besar dalam hubungan seksual. Sepasang kaki yang runcing, licin dan halus pastinya membuatkan pasangan terpukau dengannya. Jangan dibiarkan kulit kaki kelihatan kering, kusam dan berkeping-keping kerana ini akan membuatkan kurang selera pasangan kala melihatnya. Sentallah hingga bersih dan kenakan sapuan losyen saban hari. Kuku kaki usah dibiarkan panjang. Buruk kelihatannya!
8. Rambut Berbau
Benar rambut yang kita miliki tidaklah secantik selebriti yang mampu ke salun setiap minggu semata-mata untuk merawat dan merapikannya. Benar kekangan kewangan turut mengganggu, namun ada caranya untuk memastikan rambut bersih dan bermaya.
Bersyampulah setiap hari dengan perapi yang sesuai dan kemaskan. Jangan biarkan rambut kusam, tidak bermaya dan berbau dek kerana tidak bersyampu. Jika punya bajet yang lebih, kenakanlah serum khas untuk rambut anda. Cukuplah menampakkan ia sihat, bersih dan berbau harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak nak bahagia. Bagi yang mendirikan rumahtangga sudah tentu inginkan kehidupan bersama pasangan sehingga akhir hayat.
Jadi pelbagai cara untuk bahagia. Bukan sahaja setia, bertanggungjawab dan saling melengkapi tetapi saling berkomunikasi.
Bayangkan jika jarang bersembang dengan pasangan, tentu nampak ada jurang. Nak kongsi rahsia pun dengan pasangan rasa tak selesa.
Sebagaimana perkongsian doktor ini, Ahmad Samhan dalam coretannya, berpesan bahawa suami isteri harus duduk bersantai untuk bersembang agar rumahtangga kekal harmoni.
Ikuti perkongsiannya.
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan anak-anak, kadang kita terlupa untuk menjadi suami isteri. Lupa untuk bersembang. Lupa untuk ada masa berdua. Hanya berdua. Lupa untuk mengimbau kenangan manis bersama. Setiap hari kita melalui rutin yang sama. Pergi dan balik kerja kemudian luangkan masa bersama anak-anak. Esok ulang perkara yang sama. Kita tiada masa untuk bersembang dari hati ke hati. Antara kita dan dia yang dicintai. Apa lah agaknya yang kita harapkan dari pasangan? Bagaimana kita boleh bantu? Adakah dia selesa dengan kita? Apa lagi yang perlu dibaiki dalam hubungan ni? Bahtera perkahwinan yang dibina pasti dilambung ombak. Jika tidak kukuh dan bersedia dengan rempuhan pasti karam sebelum tiba di destinasi. Hala tuju sesebuah perkahwinan itu perlu jelas. Suami perlu jelas. Isteri pun perlu jelas. Jika salah seorang tidak maka sangat sukar untuk kita mencapai matlamat. Suami adalah ketua nakhoda. Kalian adalah pemimpin. Tanpa sokongan dari seorang isteri mustahil untuk kalian pandu bahtera ini.
CARA MASA UNTUK BERSEMBANG
Cari masa berdua dan berbicaralah dengan si jantung hati. Pegang tangannya dan pandanglah kedalam matanya, “Apa lagi yang abang perlu baiki sebagai suami dan ayah?” “Adakah sayang faham kenapa abang begitu dan begini?” “Abang banyak kekurangan tapi kenapa sayang tak pernah tegur?” “Apa kita sama-sama mahukan dalam perkahwinan ini?” “Apa lagi ibadah kita yang perlu kita baiki untuk lebih dekat pada Allah?” “Apa harapan kita pada anak-anak?” “Kalau abang pergi dulu, ini perancangan abang untuk sayang dan anak-anak.”
PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM RUMAHTANGGA Semuanya perlu dibincangkan dengan teliti. Bila semua jelas, masing-masing akan faham peranan sendiri. Cinta lebih erat dan sayang pula makin menggebu. Manis bila sekali sekala kita boleh membuka ruang bicara dan dapat mengungkapkan keinginan hati juga perasaan tanpa ada ketakutan.
Masing-masing bebas menyampaikan kisah diri, keinginan curahan hati, harapan dan nasihat kepada pasangan tanpa ada rasa takut atau khuatir. Kadang kita takut nak menyampaikan hakikat atau keinginan kerana takut respon dia akan mengecewakan.
Mungkin akan dianggap remeh, berlebihan atau melukakan lalu akhirnya mengecewakan. Memilih untuk diam menyebabkan kita dan pasangan tak dapat berkomunikasi. Bila semua didiam dan dibiarkan akhirnya nanti pada satu waktu akan meledak menjadi tegangnya rumahtangga.
Kejujuran dan ketelusan dalam hubungan itu penting supaya tiada prasangka. Masing-masing letakkan kepercayaan namun jangan sesekali hancurkan. Jangan malas untuk berbicara kerana InsyaAllah ianya akan membuahkan sebuah hasil yang sesuai dengan harapan.
Tolong kongsikan pada pasangan masing-masing betapa pentingnya cari masa berdua untuk berbicara dari hati ke hati. Hanya kau dan dia. Berdua. Berbicaralah!
Sebelum ini belum tular tentang perubahan fizikal selebriti, Datin Almy Nadia yang sering menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya wanita itu menurunkan berat badan.
Menurut suaminya, Datuk Fizz Fairuz, dia tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu,” kata Fizz.
Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.
Fizz memberitahu, sebelum ini dia pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kata Fizz yang ditemui media ketika tayangan perdana filem Coast Guard.
Sementara itu, Fizz mengakui tidak pernah menerima sebarang mesej nakal daripada wanita yang mahu mendekati dirinya dalam media sosial.
“Mesej daripada wanita lain? Sejujurnya tiada. Kalau ada pun scammer. Tapi kalau mesej yang sarankan saya supaya menyuruh isteri untuk kuruskan badan, memang banyak.
“Siap tawarkan produk lagi. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.
Sebelum ini Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.