Kalau sebut tentang mi sanggul, rasanya orang dari utaqa mesti familiar dengan mi yang teksturnya nipis dan lembut ini. Bukan sahaja rasanya lebih sedap berbanding mi kuning, malah mi sanggul ini lebih tahan lama kerana ia adalah jenis kering.
Jadi bila nak makan, tinggal masak sahaja. Boleh buat stok banyak dalam almari, sedia untuk masak bila-bila masa sahaja!
Selalunya, untuk mi sanggul ini orang akan goreng seperti kita goreng mi biasa tu! Yang membezakannya, ada sesetengah orang akan masak bersama udang kering bagi menaikkan lagi rasanya.
Tapi untuk resipi ni pengguna dari facebook, Nurul Ateekah guna udang hidup! Nak tahu macam mana rasanya? Meh tengok, dan jangan lupa untuk cuba!
RESIPI MI SANGGUL GORENG BASAH
Bahan-bahannya:
2 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
Udang (dicuci bersih)
4 biji telur
4 ulas bawang putih (dikatok)
1 biji Tomato (belah 4)
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap Manis
Garam
Ads
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2 . Kemudian , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang . Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
Ads
4. Masukkan sos tiram , sos cili , sos tomato , kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mi sanggul, taugeh dan kucai . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika .
Ads
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Mudah je kan! Cara memasaknya sama sahaja macam menggoreng mi kuning. Anak-anak mesti suka lah mi sanggul goreng basah ini. Tak pandang mi kuning dah lepas ni. Selamat mencuba!
Bak kata orang tua-tua, nak bagi suami sayang bini dan melekat je kasih sayang tu, jaga perut suami. Isteri masak makanan kegemaran suami tercinta. Suami pulak jangan salah kan isteri, jika perut tu boroi, itu tandanya kasih sayang isteri yang tiada penghujung nya. Perut suami boroi tu antara tanda keluarga itu bahagia.
Ikuti perkongsian menariknya dan mudahnya menu rojak puan Nora Lola Mokthar yang merupakan makanan kegemaran suaminya. Bahan-bahan yang disediakan pun mudah. Kepada yang belum ada idea nak masak makanan untuk hidangan minum petang ni, boleh cuba menu ringkas ini.
Assalamualaikum…slmt ptg warga mahn…sy nk share resepi febret suami rojak kuih campur mudah…semudah abc…
*Bahan-bahan *6biji telur ayam rebus *6biji kentang buang kulit &potong2
*6bar fish cake
*6ketul tauhu keras
2biji timun di potong2…
Bahan2 yg btanda * goreng sehingga garing dan potong2
Cara-cara Blendkn udang kering dan campurkan kesemua bahan tadi. Tunggu sehingga kembang dan goreng.Ala mcm buat cekodok tu….tau kan…
Bahan-bahan untuk kuah kacang (kuah rojak) 100g cili kering rendam dgn air panas & blend… 300g kacang tanah goreng sampai kuning +3gelas air dan blend 2sudu tepung jagung+1gelas air &kacau 2senduk gula 1sudu garam 1ulas bwg putih
Cara-cara Tumiskan lada kering dg 1bj bwg putih yg dh di blend td,sehingga pecah minyak Masukkn gula dan garam kemudian kacau sehingga gula dan garam larut kemudian masukkn kacang tanah yg dh di blend dgn 3gelas air td….tunggu sehingga mendaidih kemudian masukkan tepung jagung… *tepung jgung tu bg pekat kuah…
Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Ini Cara-cara Nak Masaknya
Resipi gulai tempoyak antara menu hidangan yang menjadi buruan ramai peminat durian. Biasanya pencinta buah durian bukan sahaja suka makan buah durian tetapi juga segala jenis menu berasaskan durian termasuklah tempoyak.
Jika selalunya kita makan gulai tempoyak telur itik yang dimasak di dalam kuah tempoyak, kali ini kita buat sedikit kelainan dengan mencuba resipi gulai tempoyak telur goyang. Biasanya gulai tempoyak kita guna telur itik tapi resipi ini boleh juga menggunakan telur ayam.
Nampak sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak, bolehlah cuba menu ini ya!
RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
Cili padi
Cili merah besar – buang biji
Bawang putih (guna banyak)
Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
Air secukupnya
Serai – diketuk
Sedikit santan
Serbuk kunyit secukupnya
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2. Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah dugoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.
10. Gulai tempoyak telur goyang sedia untuk dinikmati.
Balik-balik kalau goreng ayam je letak kunyit garam, itu jela dimasaknya sampai ke sudah. Anak tak banyak bunyi asalkan ayam mereka onz je! Tapi kan, sebagai seorang ibu mesti sesekali nak cuba juga menu baru untuk dimasak. Betul tak?
Haaa apa kata cuba menu ni pula untuk dimasak, resepi Kepak Ayam Goreng Pedas CHinese Style. Kalau tak nak semua kepak pun tak mengapa, ganti dengan semua bahagian! Bila anak-anak selera makan, ibu pun pasti rasa gembira… Jom cuba!
1½ sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk Sichuan pappercorn
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1¼sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk paprika
P/s : Kalau Sichuan pappercorn tidak ada boleh digantikan dengan serbuk lada hitam. Campurkan kesemua BAHAN REMPAH dan Gaulkan.
Cara-caranya :-
1) Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan . Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam ,cuka dan 1½ sudu BAHAN REMPAH yang dicampurkan . Gaulkan sebati dan perapkan paling kurang 30 minit keatas.
2) Setelah diperap , Campurkan tepung jagung,tepung gandum dan telur kedalam ayam yang telah diperapkan tadi . Gaul rata .
3) Didalam periuk@kuali , panaskan minyak goreng hingga 325F. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam .Goreng kepak ayam selama 10 minit . Angkat dan tapis ayam tersebut .Rehatkan kepak ayam sebentar.
4) Panaskan minyak ,kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi kedalam minyak yang panas dan gorengkan selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.
5) Akhir sekali,angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan BAHAN REMPAH tadi Dan gaulkan sebati.
Sumber : Nurul Ateekah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.