Kalau sebut tentang mi sanggul, rasanya orang dari utaqa mesti familiar dengan mi yang teksturnya nipis dan lembut ini. Bukan sahaja rasanya lebih sedap berbanding mi kuning, malah mi sanggul ini lebih tahan lama kerana ia adalah jenis kering.
Jadi bila nak makan, tinggal masak sahaja. Boleh buat stok banyak dalam almari, sedia untuk masak bila-bila masa sahaja!
Selalunya, untuk mi sanggul ini orang akan goreng seperti kita goreng mi biasa tu! Yang membezakannya, ada sesetengah orang akan masak bersama udang kering bagi menaikkan lagi rasanya.
Tapi untuk resipi ni pengguna dari facebook, Nurul Ateekah guna udang hidup! Nak tahu macam mana rasanya? Meh tengok, dan jangan lupa untuk cuba!
RESIPI MI SANGGUL GORENG BASAH
Bahan-bahannya:
2 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
Udang (dicuci bersih)
4 biji telur
4 ulas bawang putih (dikatok)
1 biji Tomato (belah 4)
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap Manis
Garam
Ads
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2 . Kemudian , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Ads
3. Masukkan udang . Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram , sos cili , sos tomato , kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
Ads
6. Masukkan mi sanggul, taugeh dan kucai . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Mudah je kan! Cara memasaknya sama sahaja macam menggoreng mi kuning. Anak-anak mesti suka lah mi sanggul goreng basah ini. Tak pandang mi kuning dah lepas ni. Selamat mencuba!
Anak-anak sememangnya banyak ragamnya, lebih-lebih lagi dalam bab makanan. Nasi antara makanan yang sukar digemari oleh majoriti golongan kanak-kanak yang sedang giat membesar.
Namun ianya penting untuk tumbesaran mereka. Jangan bimbang, kali ini resipi yang dikongsikan oleh @didapuryana ini memang dijamin akan menjadi menu kegemaran anak anda. Bagi penggemar sushi pula sememangnya menu ini sangat menepati citarasa dan selera anda.
Sushi Salmon Teriyaki Bakar
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Satukan salmon, hot teriyaki sauce, halia kisar dan bawang putih kisar. Gaul sebati.
– Letakkan sedikit nasi kat atas seaweed. Masukkan kedalam muffin tray. Muffin tray tu sapu dengan minyak dulu ya nak elakkan dari seaweed melekat kat tray.
– Sudukan salmon tadi kat atas.
– Bakar dalam oven suhu 200 selama 10 minit.
– Bila dah siap boleh tuang sedikit rich sesame sauce dan hirisan daun bawang. Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.
Biasanya kalau masak apa sekali pun, mesti kita akan perasakan dengan garam, gula atau serbuk perasa untuk memberi rasa yang enak dan menyelerakan. Namun perkongsian resipi daripada wanita ini, berkenaan resipi istimewa yang biasa dimasak oleh arwah ayahnya menarik perhatian warganet. Berkali-kali wanita ini menyarankan agar tidak perlu ditambah garam, gula dan serbuk perasa untuk menyediakan resipi tersebut.
Wanita ini selain berkongsi resipi istimewa, turut memohon agar warganet dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia pada Syawal kedua akibat serangan jantung.
Ini perkongsiannya;
Minggu lepas, Syawal pertama, waktu macam ni, tengah berjuraian air mata dalam kereta kerana kami dalam perjalanan pulang ke kampung apabila dapat kebenaran daripada pihak polis (bukan mudah untuk dapat kebenaran) untuk rentas negeri apabila abah tiba² kena serangan jantung pada petang raya. Tengah malam, sampai hospital Temerloh, sempat ‘bercakap’ dengan abah sekejap dalam ICU sebelum abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.27 pagi setelah dimasukkan ke CCU. Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas.
Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah.
Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni. Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam² sedap dah rasanya.
Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Ini bahan-bahannya:
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun. Daging (ini bahan utama), fishball (ini untuk memeriahkan kuah), sawi biasa atau sawi pok choy, cili (dihiris), bawang merah dan bawang putih (ditumbuk), akhir sekali limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan).
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Tak kisah nak guna jenama apa pun. Ada 4 botol sos dan kicap ni, tak perlu tambah garam lagi dah ke dalam masakan.
Air panas menggelegak atau air panas penapis air. Tak kisahlah penapis air jenama apa.
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos2 tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak2 ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos2 tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh!
Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Sebut aje durian, pastinya kita terbayangkan isi durian yang kekuningan dengan aroma buah yang menyelerakan.
Bayangan buah yang besar dan dengan isi yang tebal pastinya membuatkan ada yang sanggup berhabis ratus ringgit hanya untuk menikmati buah ini.
Namun tahukah anda bahawa buah durian ada bersaiz kecil. Baru-baru ini tular menerusi perkongsian foto menerusi Twitter yang dimuat naik pengguna fendymojo.
Ekorannya itu ramai netizen meluahkan terkejut melihat durian bersaiz mini. Ada yang menyatakan ia seakan rambutan dan seakan ‘keychain!. Ada juga tidak menyangka mempunyai isi di dalamnya.
Bagaimana seorang youtuber daripada Singapura pula menyatakan pendapatnya bahawa durian mini itu mempunyai rasa seakan musang king dan durian D24.
Dalam pada itu, memetik daripada info sebuah food detik durian mini ini didakwa mempunyai rasa yang sedap dan isi yang tebal. Malah dikatakan dapat dibuka dengan mudah.
Menurut website berkenaan, seorang youtuber berasal dari Singapora membuat ulasan mengenai rasa durian mini yang dikatakan seakan musang king.
“Aromanya mirip seperti aroma durian D24 daripada aroma Mao Shang Wang (Musang King). Jadi, saya prediksi kalau rasanya seperti rasa D24 dan Mao Shang Wang.”
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.