Malam tadi, ratusan jemaah yang rata-ratanya pelajar USAS sanggup menanti selama 2 jam sebelum solatkan 3 penuntut yang terbabit dalam nahas dekat Terowong Menora kelmarin. Konvoi mengiringi jasad Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz tiba di perkarangan universiti tersebut jam 11.15 malam selepas proses post-mortem serta pengecaman identiti dijalankan.
Perasaan hiba turut dirasai khususnya apabila bapa kepada ketiga-tiga penuntut USAS berkenaan diberi ruang untuk berucap kepada jemaah selepas sesi solat ditunaikan. Tepat jam 12 tengah malam, konvoi tersebut berlepas pula ke kampung halaman masing-masing sambil diiringi waris dan keluarga terlibat.
Sekitar pagi tadi pula, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal telah selamat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai. Tambah sebak, ramai waris serta penduduk tempatan mengiringi ‘perjalanan terakhir’ jasad pelajar berusia 19 tahun berkenaan dari kediaman keluarganya. Terdahulu, sebuah klip video memaparkan lambaian terakhir Nabil Haikal kepada ibunya di KL Sentral juga menjadi tular sejak semalam.
Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tiba di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai pada pukul 8.05 pagi tadi.
Dalam pada itu, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz difahamkan turut sempat berkunjung ke rumah Allahyarham Nabil Haikal. Menerusi beberapa rakaman video dan gambar dikongsi oleh ahli waris, suami kepada Neelofa itu bukan saja dilihat menyertai sesi bacaan Yasin pada malam tadi. Bahkan dia turut dilihat mencangkul tanah kubur sekali gus menghadiri proses pengebumian penuntut USAS tersebut.
… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”
Itulah antara ucapan ketika memenangi award di Majlis Oscar 2022 sejurus selepas insiden menampar selebriti lawak Chris Rock kerana menjadikan isterinya sebagai bahan lawak.
‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.
Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.
Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
Will Smith punches Chris Rock and tells him to “keep my wife’s name out of your fucking mouth” during the #Oscarspic.twitter.com/tYf7S6OIy4
Terdahulu, Jada Pinkett Smith mendedahkan dia menghidap Alopecia. Perubahan akibat penyakit itu semkain lama dapat dilihat dengan jelas dan dia sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi.
Apa Itu Alopecia
Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi, Jabatan Perubatan di Universiti Malaya (UM), Dr Kwan Zhenli, masalah rambut yang paling umum untuk berlaku adalah alopecia androgenetik dan alopecia areata.
Alopecia androgenetik turut dikenali sebagai kehilangan rambut yang boleh dialami oleh individu lelaki ataupun wanita. Manakala alopecia areata, sebaliknya, adalah satu keadaan yang melibatkan masalah autoimun dengan isu kebotakan rambut.
Masalah yang melibatkan kulit kepala dan rambut lain yang sering dihadapi adalah seperti psoriasis kulit kepala, seborrhoeic dermatitis dan jangkitan kulat yang dikenali sebagai tinea capitis.
Masalah berkaitan rambut selalu berkaitan isu keguguran rambut. Keadaan rambut yang gugur boleh meninggalkan parut (dikaitkan dengan kerosakan pada folikel rambut) atau tidak menyebabkan parut.
Individu yang mengalami masalah ini mungkin akan mengadu mengenai perubahan pada kulit kepala yang menjadi kemerahan, bersisik atau kering. Dalam sesetengah situasi, ia mungkin menyebabkan rasa gatal dan kesakitan.
Bolehkah ia diwarisi?
Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan UM, Dr. Kwan memberitahu bahawa masalah alopecia androgenetik adalah berkaitan dengan kepekaan terhadap hormon testosteron dan sering kali melibatkan genetik.
Bagi wanita yang mengalami masalah ini, ia adalah berkait rapat dengan tahap hormon lelaki (androgen) yang tinggi sama seperti keadaan yang melibatkan sindrom ovarium polikistik. Individu wanita dengan keadaan ini mungkin akan berdepan isu jerawat, peningkatan pertumbuhan rambut pada wajah, haid tidak teratur serta masalah kesuburan.
Manakala masalah alopecia areata melibatkan keadaan autoimun dan ia cenderung untuk diwarisi. Lebih kurang 20 peratus individu yang mengalami keadaan alopecia areata mempunyai sejarah keluarga dengan masalah rambut yang sama. Masalah ini juga turut dikaitkan dengan keadaan autoimun seperti gangguan tiroid, lupus dan vitiligo.
Pilihan rawatan
Bagi merawat alopecia androgenetik, cecair atau sabun Minoxidil merupakan antara kaedah rawatan yang biasa digunakan. Individu lelaki dengan masalah ini boleh mengambil ubat finasteride, manakala individu wanita pula boleh mempertimbangkan pengambilan pil yang berfungsi untuk menyekat tindakan dihydrotestosterone seperti spironolactone atau cyproterone acetate.
Perkara paling penting yang harus dilakukan adalah untuk melindungi rambut dan kulit kepala daripada terdedah kepada cahaya matahari dengan memakai krim pelindung matahari, topi atau rambut palsu.
Terdapat juga pilihan prosedur pembedahan seperti pengurangan kulit kepala atau teknik pemindahan rambut seperti pemindahan unit folikel (FUT) atau pengekstrakan unit folikel (FUE). Kaedah lain termasuk rawatan cahaya laser tahap rendah atau plasma kaya platelet (PRP). Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menyokong penggunaan modaliti rawatan ini.
Untuk masalah alopecia areata, penggunaan krim atau aplikasi steroid pada kulit kepala boleh digunakan sebagai kaedah rawatan. Suntikan steroid juga antara rawatan yang berkesan. Bagi keadaan yang serius, pengambilan ubatan oral seperti steroid, methotrexate, sulfasalazine, ciclosporin dan azathioprine, boleh dijadikan antara pilihan rawatan.
Minoxidil juga boleh digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Kaedah rawatan lain yang boleh digunakan untuk alopecia areata termasuk “contact sensitisation” (menggunakan squaric acid dibutyl ester (SADBE) atau diphenylcyclopropenone (DPCP), suntikan plasma tinggi kandungan platelet dan fotokimoterapi.
Perubahan gaya hidup
Untuk mencegah atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah keguguran rambut, cara yang terbaik adalah mengekalkan gaya hidup sihat. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga berat badan ideal, mengurangkan tekanan, menghindari tabiat yang tidak elok seperti merokok serta elakkan pendedahan kepada radiasi ultraviolet.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan tabiat menyikat rambut dengan kuat ketika rambut masih basah dan rapuh. Anda boleh merapikan rambut dengan menggunakan jari atau berus sikat rambut.
Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh mengurangkan penggunaan hot combs, perms atau mengerintingkan rambut, penggunaan bahan kimia kepada rambut serta pengering rambut.
Ujian hidup seseorang tidak sama, ada yang bernasib baik kehidupan mereka aman bahagia. Namun ada pula yang diuji bertalu-talu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Melalui kiriman terbaru yang kini tular di laman facebook, nasib seorang wanita yang terpaksa tidur di dalam kereta bersama anak kecilnya selepas baru sahaja diceraikan oleh suaminya Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak.
Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Beliau sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020. Ketika ini, beliau tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Beliau pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Kisahnya disiarkan menerusi laman facebook Uncle Kentang selain turut mendapat perhatian pusat Zakat Selangor.
Ujian demi ujian menimpa. Beliau pula disyaki menghidapi kanser payu dara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi. Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Terkini beliau dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan :
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Musim durian dah kembali! Tentunya buat penggemar raja buah ini pantang nampak ada orang menjual durian di bahu-bahu jalan pasti berhenti untuk membelinya.
Apatah lagi bila musim durian, harganya lebih murah. Pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Pun begitu, ada satu hal bila kita bawa durian dalam kereta ia akan menyebabkan kereta berbau hingga seminggu lamanya. Dan ini boleh menyebabkan ada yang tidak selesa ketika memandu.
Ini perkongsian Ikha Febrian via MAHN untuk atasinya. Dan katanya…
“Semalam bawa bapak mertua yg teringin sangat nak makan durian tembaga and dapat pulak petua dari penjual durian kalau kita nak bawa durian dalam kereta yg ade air con, patahkan tangkai durian lepas tu kupas kulit die then letakkan dekat sela2 AC kereta kite memang hilang bau durian.”
PETUA 1 : Tangkai durian
Ambil tangkai durian dan letakkan di bahagian penghawa dingin.
Selain cara ini terdapat petua lain yang turut dikatakan berkesan dalam menghilangkan bau durian di dalam kereta.
PETUA 2 : Arang
Ambil beberapa keping arang kayu dan letakkan di beberapa bahagian dalam kereta.
PETUA 3 : Daun pandan
Letakkan beberapa simpulan daun pandan di dalam kereta. Aroma daun pandan yang wangi akan menghilangkan bau durian.
PETUA 4 : Roti
Letakkan beberapa keping roti dalam kereta dan biarkan semalaman.Memang terbukti hilang bau durian dalam kereta.
PETUA 5 : Sebuk kopi
Letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan sebaiknya bekas tersebut mempunyai penutup yang berlubang. Ini bertujuan aroma kopi yang kuat akan melenyapkan bau durian.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.