Semua pasangan inginkan bahagia namun kadang kala ada onak duri yang kena ditempuhi.

Namun, jika pasangan sukar menerima kelemahan diri, rumahtangga pasti runcing dan konflik yang tiada kesudahan.

Jadi untuk bahagia, pasangan kena saling menerima pasangan seadanya dan terima pandangan pasangannya.

Ikuti perkongsian lelaki ini mengenai sikap pasangan yang mudah terasa atau sentap dengan pasangan tanpa mengakui kekurangan diri.

Moga muhasabah diri dengan perkongsian ini.

Jika Sentap, Pasangan Tegur. Itu Tanda Kekurangan Diri. Moga Cepat Muhasabah Diri.

Dia beginilah. Jika kita tak boleh tengok orang update pasal keluarga bahagia,pasal kejayaan,kekayaan,melancong sana sini,makan sedap itu ini. Lebih baik kita deactivate sahaja FB dan pergi main friendster sana sorang sorang.

Tak gunalah kita login facebook semata nak sakitkan hati sendiri. Bukan jadi bahagia pun kita dok kondem kehidupan dan cara penulisan orang lain.

IKLAN

Dah namanya media sosial. Tempat orang nak bersosial,nak berkongsi dan bercerita. Takkan nak update apa apa kena setting onlyme? .

Ada lagi satu hal. Takkanlah isteri tag dalam penulisan hal rumah tangga pun kita dah nak sentap? Facebook yang tidak bermulut,bertelinga,bermata kita dah tak ambil kisah,tidak peliklah isteri bersuara kita buat pekak,berbuih mulut isteri nasihat berhenti merokok,jangan melepak sampai larut malam,ajak bantu uruskan hal rumah tangga.

Akhirnya isteri terpaksa guna perkataan minta tolong basuhkan pinggan,tolong jemurkan baju,tolong cucikan tandas. Terpaksa tag suami dalam penulisan difacebook.

Takkan pinggan yang kita makan dah bertahun tahun tu tak reti nak basuh sendiri? Please la. Isteri ini bukan orang suruhan untuk kita petik jari semuanya terhidang depan mata.

Isteri tag kita demi kebaikan bersama. Kadang kadang isteri ini tak tahu bagaimana lagi nak tegur sikap kita. Sekurangnya dengan penulisan begitu tercapai matlamat apa yang isteri ingin sampaikan. Jadi kita kena fahamlah. Jika kita tak buat salah,mustahil kita nak sentap. Bahkan kita jadikan pengajaran dan pedoman.

IKLAN

Jika sentap,itu bermakna kita ada kekuranganlah tu,dan kita cubalah perbaiki dan menambah baik. Sebab bahagia perlu disemai sentiasa,kadang kadang boleh jadi kurang.

Takkanlah pasal isteri tagged dalam penulis ‘suami kena cuci tandas,pasal rokok,basuh pinggan,bawa isteri pergi shopping’ kita anggap isteri demand atau aibkan kita? Habis tu jika bukan kita siapa lagi isteri nak tag?

Ada pula yang kata. Tak usahlah tag,hantar je mesej ke suami. Jika tag pun bukan dia baca. Habis tu hantar mesej tu dia baca tak? Silap silap bluetick je. Sekurangnya bila tagged akan sentiasa dapat notification.

Mungkin tadi suami rasa isteri demand macam-macam,mudahan terbuka hati suami apabila baca orang komen nak sama sama hidup bahagia,nak sama sama baiki yang kurang.

IKLAN

Adakalanya Kita dah rasa segalanya kita buat,rupanya banyak lagi yang masih belum kita buat. Isteri hanya memendam rasa,pendam segala kesakitan jiwa. Isteri minta pun kadang kadang kita bagi jawapan yang mengecewakan.

Tengok posting ustaz ebit lew,program keluarga sunnah beliau. Setiap hari beliau update penulisan hal rumahtangga. Saya tengok ribuan orang tag suami isteri termasuk saya juga. Semuanya nak bahagia.

Ramai yang dapat manfaat,ramai suami mula sedar tanggungjawab mereka bukan sahaja sediakan makan minum sahaja, sebaliknya tanggungjawab kepada jiwa seorang isteri.
Yang tak dapat manfaat tu kita kita yang dok kondem ni,yang sentap tak habis habis ni.

Jangan sampai satu masa nanti tiada siapa lagi tag kita di facebook. Tiada siapa lagi pedulikan kita. Isteri tag sebab dia sayang,dia nak jadikan kita ketua keluarga yang terbaik. Dia nak sama sama perbaiki dan masuk syurga sama sama.

Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w selalu nasihatkan kepada kaum suami supaya sentiasa berbuat baik kepada isteri. Nabi s.a.w dia punya sayang,romantis sampai kita tak boleh nak follow. Sehingga romantis nabi s.a.w ini tercacat dalam hadith Sohih. Punyalah romantisnya walaupun seorang Rasul yang paling sibuk di dunia,paling banyak tanggungjawab.

Kredit: Muhammad Hassan

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI