Penat balik kerja terus hilang bila tiba di rumah. Nak nak lagi bila rumah tampak kemas dan cantik. Itulah yang membuatkan ramai ibu-ibu suka menghias rumah. Biar penat dan mengambil masa yang banyak, namun demi memastikan kediaman tampil menarik dengan konsep yang diingini membuatkan diri rasa semangat nak hias rumah kan.
Tidak hairanlah jika di atas meja Wajib ada majalah atau buku yang berunsurkan dekorasi. Selain idea sendiri, mata dijamu dengan konsep di dalam majalh tersebut sedikit sebanyak memberi ilham baru ke si ibu untuk menghias.
selain kotemporari, konsep ala Inggeris sering menjadi pilihan memandangkan ia tampak lebih moden, ringkas dan sedap mata memandang.
Gaya moden dilihat lebih ringkas gaya susun aturnya dan paling penting nampak cantik serta bertahan lama. Bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek pans. gaya ini tidak makan dek zaman.
Untuk ibu-ibu yang mahu menghias rumah, jom semak tip mudah ini. Mungkin dapat membantu anda. Selamat membaca!
1. Bentuk Ringkas
Paling utama gaya moden dilihat daripada senibina bangunan dan rekaan yang bersifat ringkas. Tidak menjurus kepada mana-mana bentuk tetapi ringkas. Kalau ada bajet lebih, bolehlah ubah rumah kita yang sedia ada supaya nampak lebih ringkas.
2. Cat
Itu cerita luar rumah. Hiasan dalam rumah moden juga tidak keterlaluan. Cat adalah perkara paling utama kita nampak ketika masuk ke sesebuah rumah. Nak nampak moden, jangan cat rumah dengar warna sembarangan.
Ads
Banyak kajian mengatakan supaya elakkan warna hijau, ungu atau oren di dalam ruang tamu. Pemilihan warna asas putih dan hitam, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik adalah citarasa moden.
3. Perabot Kena Ringkas
Selain cat, perabot pun memainkan peranan. Elakkan pakai sofa dan perabot lain dengan kemasan yang sarat dan berkerawang. Pilih sahaja rekaan perabot yang ringkas tanpa kemasan sarat dengan pemilihan elemen warna yang bersesuaian konsep.
4. Besi, Kaca & Cermin
Kalau nak nampak lagi moden, waktu pilih gaya hiasan suntik sedikit elemen besi, kaca atau cermin dalam rumah. Mungkin boleh pakai sofa dengan besi di bawahnya atau besi pada pencangkuk langsir dan bingkai gambar. Pasu berkaca telus pandang yang besar misalnya menampakkan gaya moden.
Ads
Cermin besar di ruang yang sempit buat serlah ilusi moden. Nak tambah moden kontemporari, campurkan sedikit elemen kayu-kayuan.
5. Tukar Pencahayaan
Pencahayaan juga kena tepat. Rumah cita rasa moden selalunya jarang gunakan pencahayaan terus seperti lampu kalimantang. Tukarlah pencahayaan asas downlight digabung pencahayaan aksen warna warm light. Mood pasti berubah.
6. Hiasan Dinding
Kena berani dan tak kekok menampal pelbagai hiasan pada dinding. Tapi janganlah gantung gambar yang kurang sesuai. Berikan nafas moden ikut kreativiti sendiri seperti gambar hitam putih. Nak buat sendiri corak geomatrik pun boleh.
7. Langsir Tanpa Corak
Langsir pun memainkan peranan penting. Jangan pakai langsir yang sarat dengan corak. Less is more. Gunakan warna polos dan moden sepertikelabu, putih atau warna pastel. Kalau suka warna terang, kena berani mainkan warna dinding supaya lebih seimbang.
Ads
8. Kabinet Ringkas
Kalau di dapur, kabinet citarasa moden memang selalu jadi pilihan. Warna ringkas seperti hitam dan putih menampakkan gaya ekslusif dan moden. Atau mungkin anda mahu ubah kepada warna cita rasa anda. Merah Jambu misalnya, namun jangan keterlaluan. Less Is More!
Nak cantik lagi, jangan pakai warna yang banyak di dapur, baik pada kabinet dan keseluruhan perkakasan seperti pinggan mangkuk dan gaya hiasan lain.
9. Teknologi
Teknologi kenalah seiring. Di dapur, kalau dah pasang kabinet, gunakanlah dapur moden dengan hud lengkap serta dapur rata berkaca yang selari. Tapi terpulanglah pada kemampuan anda.
10. Bunga Segar
Kalau suka dengan bunga, elakkan bunga jenis artificial atau jenis plastik. Bunga segar lebih menampakkan gaya alami dan moden. Tapi kalau anda bukan kategori yang rajin nak menjaga, boleh sahaja gunakan artifical tetapi belilah jenis bunga yang nampak mahal. Belanja lebih sedikit untuk nampak cantik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nafkah al-Quran ditemukan masih selamat meskipun keadaan rumah penuh berlumpur akibat banjir benar-benar menginsafkan buat kita yang melihatnya.
Begitulah yang dirasai oleh Zumigawati yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas.
“Keadaan al-Quran itu sedikit pun tak kena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik,” kata Zumigawati Mat Adam, 49.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik Harian Metro, difahamkan Zumigawati setiap kali selepas solat, akan membaca al-Quran. Kemudian akan meletakkan al-Quran tersebut atas ‘toto’.
“Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya.
“Ketika melihat kejadian ini depan mata, tiada lain yang diungkapkan selain memuji kebesaran Allah SWT,” katanya ringkas.
Tambahnya lagi apa yang membuatkan dia terkejut apabila terdapat labah-labah pada rehal itu.
“Keadaan rumah saya penuh lumpur dan berselut. Kalau tengok bahagian dalam al-Quran hanya basah sikit tapi macam terkena air bersih.
“Bahagian atas al-Quran pula bersih dan sedikit lumpur pun tak ada, kemudian, ada labah-labah kecil betul-betul atas rehal. Saya teringat kisah labah-labah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Gua Hira,” katanya.
Tidak dinafikan segelintir ibu bapa tanpa sedar menyamakan dalam menegur anak dengan menegur orang dewasa. Akibatnya mereka menggunakan kata-kata kasar.
Jika hal tersebut terus menerus ia akan memberi kesan dalam diri anak-anak termasuk emosinya.
Ikuti perkongsian ini.
Saya fikir selama ni EQ boleh dididik. Rupanya ini tidak tepat. Menurut Dr. Rozanizam Zakaria emosi perlu dibimbing.
Kita adalah coach atau jurulatih kepada anak-anak. EQ tidak boleh disub pada pihak lain seperti IQ. Seperti akademik, anak lemah matematik kita tak pandai ajar, boleh hantar pusat tuisyen, panggil tutor datang rumah.
IBU BAPA BENTUK EMOSI ANAK
Namun untuk emosi ia datang dari ibu bapa. Ia tak terbentuk dengan sendiri. Kita yang membentuk EQ anak-anak. Anak belajar mengawal marah dan emosi lain dari kita.
Satu proses yang perlahan. Slow and steady process. Mungkin apa yang kita buat hari ni mereka tak buat sekarang, mungkin 20 tahun nanti mereka amalkan. Siapa tahu?
Salah satu cabang dalam lima cabang dalam membentuk EQ anak adalah self-reflection. Keupayaan anak melihat diri sendiri dari luar dirinya. Self reflection atau bahasa lainnya self-awareness, sedar diri, muhasabah diri.
Bila self relection ada dalam diri anak mereka mampu menilai kembali perlakuan atau tingkah laku sendiri contohnya selepas bergaduh dengan adik,
“eh aku ni kasar sangat dengan adik tadi..”
Bila ni ada dalam diri anak. Anak akan sedar yang setiap tindakkan atau tingkah laku seperti berkasar tadi pada adik telah tinggalkan kesan emosi pada orang lain dan diri dia juga. Bila ni ada dalam diri anak, bermakna dia sedar diri.
Menjadi masalah hari ni bila generasi kini ramai yang tidak sedar akan diri sendiri. Clueless. Clueless generation.
Siapa sangka hari yang bermakna setiap tahun bagi ibu ini bertukar tragis apabila kejadian tidak diingini berlaku sekelip mata. Hari lahir yang ingin disambut bersama anak-anak tersayang menjadi lain apabila anak nombor tiga dan empat terhempap peti ais.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh ibu yang bernama Allief Hayat di laman Facebook miliknya, jom ikuti kisah yang dikongsikan ini..
IBU TERKEJUT DENGAR BUNYI MELETUP, RUPANYA ANAK KENA HEMPAP PETI AIS
Ibu itu memberitahu dia menerima sebiji kek daripada rakannya dan menyimpanya di dalam peti sejuk. Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk menyiapkan anak-anak sebelum menyambut tarikh penting itu bersama-sama.
Tanggal 10.01.2022 dapat suprise hari jadi dari sahabat asbab birthday saya hari ni tapi tak jangka nak jadi tragedi pula. Lepas sahaja dapat kek suprise tu terus simpan dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, sedang asyik dia menyiapkan anak nombor lima, tiba-tiba satu bunyi pecah dan meletup dengan kuat. Apabila dia bergegas ke dapur, dia terkejut melihat freezer meniaga bersaiz besar jatuh menghempap anak nombor tiga dan empat.
Siap mandi-mandikan lima orang anak dengan harapan siap cantik-cantik dan boleh pokok kek sama-sama ,tengah dok pakaikan baju pampers anak nombor lima ,anak nombor empat senyap sebab ingat tengah leka main, terdengar bungi yang kuat pecah dan seolah meletup.
Kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana rak pinggan yang berada di dapur. Jelasnya, kedua-dua mereka begitu teruja mahu melihat kek hingga bertindak memanjat freezer tersebut tetapi malang tidak berbau, lain pula yang jadi. Alahai….
Tanpa fikir panjaang terus berlari ke dapur rupanya freezer meniaga yang besar jatuh, anak no 3 dan no 4 bawah pintu freezer tu. Meraung menjerit tarik anak-anak sebb ingat kena hempap, Alhamdulillah asbab rak pinggan sebelah peti sejuk rosak tu penyelamaat dari freezer tu jatuh hempap anak-anak.
Masing-masing muka pucat lesi tak berdarah, saya hampir kena heart attack. Terus tarik anak-anak peluk periksa luka ke apa ke, Alhamdulillah cuma terkejut. Panggil anak yang sulung dan angah tanya kenapa, apa jadi, along kata adik-adik panjat peti sejuk nak ambil nak tengok kek ibu.
Allahu anak, dorang jarang sangat dapat makan kek, sanggup panjat peti sejuk yang mega besar tu, syukur Allah selamatkan anak-anak. Kalau tak mungkin…. Pengajaran untuk saya sendiri ibu anak lima orang.