Dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, Anisa wanita berjiwa kental ini seboleh bolehnya mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.

Kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buat dirinya  untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.

“Jika Tak Cari Rezeki, Bagaimana Nak Hidup.” Tular Di TikTok, Anisa Ibu ‘Istimewa’ Çekal Cari Rezeki Bikin Ramai Kagum!

Pemilik nama sebenar, Khairul Anissa Mat Samsuddin yang juga  ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.

Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.

“Jika Tak Cari Rezeki, Bagaimana Nak Hidup.” Tular Di TikTok, Anisa Ibu ‘Istimewa’ Çekal Cari Rezeki Bikin Ramai Kagum!

“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.

“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.

“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

“Jika Tak Cari Rezeki, Bagaimana Nak Hidup.” Tular Di TikTok, Anisa Ibu ‘Istimewa’ Çekal Cari Rezeki Bikin Ramai Kagum!

Sebagai manusia yang asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, Anisa ada ketikanya bagai hilang punca dihukum dan dikutuk seperti tiada hati dan perasaan.

“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis.  Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.

“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)…bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.

“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya.

IKLAN

Ikutkan cabaran dan dugaan besar Anisa tidak pernah terhenti. Hingga saat dia berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shakir, wanita itu terus diuji.

“Jika Tak Cari Rezeki, Bagaimana Nak Hidup.” Tular Di TikTok, Anisa Ibu ‘Istimewa’ Çekal Cari Rezeki Bikin Ramai Kagum!

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.

“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.

“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.

“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.

Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.

“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.

IKLAN

Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.

 

“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.

“Jika Tak Cari Rezeki, Bagaimana Nak Hidup.” Tular Di TikTok, Anisa Ibu ‘Istimewa’ Çekal Cari Rezeki Bikin Ramai Kagum!“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling. Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya sebelum menutup perbualan.

@anisa_samsudin Nak berjaya? Nak kaya? Perlu ada usaha. #fyp #bisnes #ilmu #belajar ♬ Helikopter – Fazlija

Sumber: Anisa_ Samsudin


 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI